
Melihat dinding rumah yang ada kesan rekahan memang menyakitkan mata, terasa tidak sempurna kediaman yang dihuni.
Pun begitu, mencedok idea yang dikongsikan oleh puan Nor Surianty ini mungkin ada baiknya untuk atasi masalah tersebut buat sementara waktu.
Modal yang diperuntukkan pun bukanlah besar, dan sesiapa pun boleh lakukannya. Jadi jom semak perkongsian ini.
Cover dinding retak… en somi dok sebut ja… camana nak tutup retak kat dinding tu.. so taraaaa.. tu hasilnya bila isteri campur tangan..
Dan ini hasilnya, dengan hanya menggunakan form 3D Sticker yang dibeli dikedai eco siapa sangka bukan sahaja mampu menutup pandangan mata daripada melihat dinding rumah yang retak malah memberi gaya dekorasi yang menarik.
Idea tu datang sendiri ja.. sebab dah lepas treatment dinding tu… buruk ja rupanya… kalau nak cat balik pun.. masih nampak.. so saya fikir letak ja sticker tu.. lagipun dah nak raya.. nanti tetamu datang nampak buruk ja rupanya.
Lama dinding tu dah macam tu.. dekat 6 bulan jugak.. sebab husband dok continue wat treatment.
Tempoh masa dalam kurang dari 1 jam sebab nak kena gunting 3D form tu ikut kreativiti dan kos cuma RM 8.40 sahaja.
Ternyata dengan modal yang tidak seberapa tetap memberi efek yang menarik untuk kediaman ini.
Melakukannya juga cukup mudah, hanya gunting blok-blok tersebut dan tampalkan mengikut kreativiti.
Sumber : Nor Surianty Othman via kelab kaki deko barang eco/mr. diy
Usaha Pulihkan Batuk Berpanjangan Dengan 6 Langkah Ini, Jom Cuba!

“Dah macam-macam jenis ubat saya makan, ke klinik sana sini dan tukar ubat tetapi batuk masih juga tak reda. Mungkin ubat tak serasi. Setiap hari bangun pagi kahak menebal di kerongkong. Susah hati dibuatnya…”
Luahan dan rungutan rakan-rakan kita mengenai masalah batuk selalu kita dengar. Nak membantu pun tak tahu caranya bila setiap kali dia alami batuk teruk.
Batuk berpanjangan buat kita rasa tertekan dan mengganggu kerja-kerja kita. Walaupun setelah berjumpa doktor dan makan ubat-ubatan yang disarankan mengikut jadual dan waktu yang ditetap namun batuk masih tidak reda. Mungkin hilang sekejap tetapi kembali berlarutan.
Sebenarnya tak salah jika kita ingin mencuba pula petua tradisional yang diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu. Perkongsian Petua Ibu di facebook ini boleh juga kita cuba. Mana tahu salah satu petuanya serasi dan mujarab dengan tubuh kita. Jom kita cuba!
1. Bawang Putih
Ambil bawang putih dan buangkan kulitnya. Kemudian bakar di atas api hingga beberapa minit dan makan perlahan-lahan begitu sahaja. Pastikan bawang dibakar terlebih dahulu supaya tidak terasa ditekak. Cuba mana tahu serasi dengan batuk anda.
2. Belimbing
Belimbing juga dikatakan membantu meredakan masalah batuk. Ambil beberapa biji belimbing, perah dan minum jusnya. Jangan tambahkan gula, hanya minum jus asli sahaja. Amalkan.
3. Kicap & Limau Nipis
Ambil satu sudu kicap dan perahkan sebiji limau nipis ke dalamnya. Kacau rata dan terus sahaja diminum. Boleh juga ditambahkan sedikit garam seperti yang disyorkan. Amalkan sehingga batuk beransur pulih.
4. Halia
Hiris halia dan masukkan ke dalam air panas yang berisi lemon. Campurkan sedikit madu dan amalkan minum pada pagi dan petang.
5. Lada Hitam
Ambil satu sudu lada hitam dan masukkan ke dalam segelas air panas. Campurkan dua sudu makan madu dan kacau rata. Tutup dan biarkan direndam selama 10 minit. Amalkan minum air ini.
6. Air Asam
Masukkan sedikit asam jawa ke dalam air suam. Kacau hingga sebati dan biarkan direndam seketika. Amalkan minum air ini setiap 2 hingga 3 jam setiap hari.
Batuk?
Kebanyakan orang menganggap batuk sebagai satu masalah kecil. Batuk berterusan dan teruk boleh menyebabkan kerumitan kerana tekanan intratoraks dan intraabdomen kepada sistem badan.
Masalah batuk juga terbahagi kepada dua iaitu batuk kering atau yang berkahak. Batuk kering tidak menghasilkan mukus, manakala batuk berkahak kedengaran seperti berair dan menyebabkan pengeluaran kahak (mukus).
Batuk yang kering dan nyaring mungkin menandakan radang larinks, manakala batuk yang kerap dialami secara berulang dengan nafas yang ditarik panjang seperti berdesis mungkin menandakan jangkitan salur pernafasan yang disebabkan oleh pertusis. Batuk berdengking pula mungkin disebabkan oleh jangkitan virus pada pita suara, larinks dan trakea.
Perlu berjumpa doktor untuk memulihkan batuk berpanjangan. Dalam masa yang sama anda boleh juga usahakan dengan beberapa petua ini untuk membantu meredakan. Selamat mencuba!
“Nekad Berhenti Kerja Mengenangkan Keadaan Ibu” -Rezeki Anak Muda Ni Tak Putus Bila Berbakti Pada Ibu

Kisah seorang anak bongsu yang dikenali sebagai Mohd Amiruddin Ahmad Moktar, 35 yang sanggup berkorban melepaskan jawatan hebat di bandar demi ingin dekat dan menjaga ibu tercinta cukup memberi inspirasi.
Hakikatnya bila seorang anak yang memuliakan orang tuanya pasti akan mendapat ganjaran pahala dan diperluaskan nikmat rezeki kepadanya. Kata-kata azimat ini harus dipegang dan yakinlah tiada usaha yang sia-sia bila kita lakukan demi ibu dan ayah tercinta.
Memetik kisah lanjut berkenaan kehidupan yang dilalui oleh Mohd Amiruddin di myMetro, walaupun pernah melepaskan pekerjaan bergaji lumayan agar dekat dengan ibunya, kehidupan Mohd Amiruddin Ahmad Moktar, 35, tidak pernah teruji bahkan lebih berkat apabila dia kini mampu memperoleh pendapatan lumayan serta mampu membahagiakan ibunya, Latipah Ahmad, 66.
Katanya, dorongan utama adalah doa dan restu ibu, maka disebabkan itu dia tidak menyesal melepaskan jawatan sebagai jurutera kepada pekerjaan yang mempunyai masa lebih fleksibel iaitu bidang takaful.
Hati Tak Tenang & Mahu Dekat Dengan Ibu
Graduan kejuruteraan mekanikal daripada universiti di Jepun itu tular di media sosial apabila berkongsi kejayaan hidup berkat menjaga ibunya serta kerap meraikan wanita itu, termasuk membawanya melancong.
Baru-baru ini dia membawa ibunya menginap di tiga hotel mewah dengan layanan VIP ketika bercuti di Langkawi.
“Saya belajar di Jepun selama lima tahun sejak 2006 dan selepas itu bekerja di sebuah kilang di Kulim pada April 2011, namun bapa (Ahmad Moktar Ismail) meninggal dunia tujuh bulan selepas itu dan saya pula mendapat tawaran sebagai jurutera syarikat lain dengan gaji lebih lumayan di Cyberjaya, dua tahun kemudian.
“Hati jadi tidak tenang apabila mengenangkan ibu di Kampung Haji Bunga, Pendang. Walau tahu adik beradik lain menjaga ibu yang hanya bergerak dengan kerusi roda, tapi saya mahu dekat dengan dia.
“Saya nekad berhenti kerja pada 2015 kerana mengenangkan keadaan ibu walaupun mendapat tentangan daripada adik beradik dan ibu sendiri,” katanya yang mempunyai kakak dan dua abang yang masing-masing memiliki kedai komputer di Pendang serta pegawai bank.
Ubahsuai Rumah & Jual Kereta ‘Sport’
Anak bongsu itu berkata, dia sememangnya rapat dengan arwah ayah dan ibunya, malah setiap minggu akan pulang ke kampung untuk menziarahi mereka ketika bekerja di Kulim dan setiap dua minggu sekali ketika berkhidmat di Cyberjaya.
“Saya yakinkan keluarga bahawa keputusan berhenti kerja supaya saya mempunyai masa lebih fleksibel dan ibu akhirnya merestuinya. Kini saya bergelar ejen takaful di Kuala Lumpur dan turut membawa ibu tinggal bersama saya selepas ibu terjatuh di rumah pada Mac 2020 yang menyebabkan tulang pinggul dia retak,” katanya.
Bagi keselesaan ibunya, dia mengubahsuai rumah agar memudahkan pergerakan wanita itu menggunakan kerusi roda dan adik beradiknya terutama kakak kerap mengunjungi mereka untuk membantu menguruskan Latipah.
Mohd Amiruddin yang mesra disapa Amir juga memberitahu dia terpaksa menjual kereta ‘sport’ dua pintu dan membeli kereta yang lebih sesuai untuk membawa ibunya apabila mereka keluar bersama.
“Sebelum ini sudah dua kali saya membawa ibu menunaikan umrah, selain kami juga kerap melancong bersama kerana dengan cara ini saya rasa dapat membahagiakan ibu.
“Bagi saya, apa saja kerja yang kita lakukan, restu seorang ibu sangat penting dan saya percaya rezeki yang diperoleh hari ini juga adalah berkat daripada doa dan restu insan yang paling saya sayangi ini,” katanya.
Cerewet Dalam Memilih Jodoh
Ditanya soal jodoh, pemuda itu mengaku lebih cerewet dalam soal memilih pasangan hidup kerana mahukan wanita yang dapat menyayanginya dan menambat hati ibunya juga.
“Buat masa ini, saya selesa dengan kehidupan bersama ibu kerana dapat memberi lebih tumpuan kepadanya walaupun sibuk bekerja.
“Bagi saya, wang boleh dicari namun membahagiakan ibu tercinta sementara dia masih ada adalah sesuatu yang amat berharga dan tidak ternilai,” katanya.
Sumber : myMetro
ARTIKEL MENARIK : Akui Sibuk Kerja & Kini Ibu Ni Kesal Biarkan Anak Bermain ‘Phone’ Sampai Mata Merah & Sembab!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Kalau Boleh Allah Cabutlah Nyawa Saya Sekali Dengan Anak-Anak.” Sayu Dengar Amanat Terakhir Zarina Zainuddin!

Ibu hatinya penuh dengan kasih sayang dan sentiasa berkorban jiwa dan raga demi yang tersayang.
Bagi yang mengenali Pelakon dan juga usahawan, Zarina Zainuddin, pasti sudah tahu beliau mempunyai sepasang anak kembar autisme. Azil menghidap hyper Autisme dan tidak boleh bercakap secara verbal. Manakala Azal pula mild autisme yang dikesan sejak umur 3 tahun lagi.
Ibu kepada 4 orang anak ini walau bagaimana pun tidak pernah malu dan selalu membawa anak-anaknya di khalayak.
Satu perkongsian Zarina Zainuddin di dalam program ‘A Bit With Ebi’ bersama Ustaz Ebit Lew baru-baru ini mengundang sebak di hati penonton.
Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Ustaz Ebit Lew di laman instagramnya ketika mengemukakan pertanyaan kepada Zarina Zainuddin.
Jawapan yang diberikan oleh ibu tabah ini nyata mengundang sebak tak kurang yang mengalirkan air mata mendengarnya.
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
“Jika ini lah hari terakhir saya di dalam dunia ini, untuk anak-anak saya mahu pergi bersama mereka.
“Biarlah kami pergi bersama-sama kerana saya tak sanggup tinggalkan mereka di dunia ini. Sedangkan saya pergi tinggalkan mereka.
“Kalau boleh Allah cabutlah nyawa saya dengan anak-anak sekali.
Pengakuan ikhlas Zarina Zainuddin membuatkan pengacara dan juga penonton terkedu buat seketika.
Bak kata Ustaz Ebit Lew, beginilah hati seorang ibu walau diberi lagi 100 tahun..sejuta tahun..mereka ingin bersama anak mereka..
“Ibu hanya Fikir tentang anak mereka..inilah sifat Ar Rahman Ar Rahim Allah beri rasa cinta seorang ibu buat anaknya.
Tidak hanya pengacara berasa sebak, ramai pengikut termasuklah ibu bapa yang memiliki anak autistik turut berkongsi rasa yang sama dengan Zarina Zainuddin.
wizcakes@sos_sos17 semoga ganjaran syurga buat Puan, suami dan keluarga. Didoakan panjang umur dan murah rezeki.
zian1979Sungguh ustaz, x sanggup nk tinggalkn ank
soezariantiParents yg ada anak istimewa ni, akan rata2 beri jawapan yg sama. Mereka risau bila mereka tiada nanti, siapa yg akan jaga anak2 mereka. Tak semua yg faham atau sanggup. Semoga Allah memberkati mereka, InsyaAllah
zahfiraneka_azlMasyaAllah. betul sgt, doa mak2 mesti lebih kurang aje bila melibatkan anak2. ♥️♥️
qishmir_rayyan@ros.linda83 semoga Allah selalu ade untuk puan dan anak puan. ..Kuat kan semangat puan Ye. ..semoga Allah juga selalu melindungi anak dn diri puan..insyallah amin ya allah amin…
qishmir_rayyan@sos_sos17 Subhanallah. ..ya allah semoga Allah selalu melindungi puan dn keluarga. .semoga Allah selalu memberi peluang untuk puan hidup dn akhirnya bersama2 anak2 syurga puan…sy di sini ikhlas mendoakan puan …insyallah amin ya allah..amin..
bakar.idaBetul ustaz..dlm kepala ni..ingatan mmg hanya pada anak..hr2 rindu dgn anak walaupun anak bersama dgn diri kita.
shamsiahsaanSubhanallah.. Allalhuakhbar..sebaknya.. Semoga Pn Zarina dan anknya2 sentiasa ddalm rahmat dan hidayah Allah..
timahmaaninSaya pun ada anak istimewa 2 orang..hampir setiap mlm saya memikirkan tentang anak2 saya..apa akan jadi jika saya tiada lagi didunia ini.. jika saya masih hidup pun tiada yg ambik peduli..kami hidup umpama sebatang kara..saya dan suami serta anak2 saling melengkapi ,, saling sayang menyayangi dan berpaut pada satu sama lain.. ustaz doakan kami kuat dalam menjalani kehidupan ini..
Sumber: IG ebitlew