Kadang2, bila isteri dah buat yg terbaik dlm rumahtangganya, dlm menjalankan tugasnya sbgai seorg isteri, seorang ibu, tapi suami tak nampak, tak hargai, tidak hiraukan, tidak memberi respon terhadap apa yg dibuat isteri, tidak membalas perbuatan itu dgn sewajarnya, maka lama2 kebaikan yg isteri buat tu akan berkurangan, akan pudar…
Lama2 kebaikan itu akan hilang…
Dia mgkin akan berhenti dari buat apa yg selalunya dia buat, sbb dia dah jemu, dia dah bosan, dia dah tawar hati utk buat yg terbaik…dan ketika itu, kita plak cari jalan utk meninggalkan dia dengan alasan isteri tak layan kita baik2…
Nak dilayan mcm mna lagi sebenarnya…? Tanya diri sendiri…
Kita harus jadi berakal dgn apa yg kita nak…hargainya sementara dia masih mahu buat yg terbaik sbb nnt bila dia dah jemu, bila dia dah bosan, dah tak peduli, xnak ambik tahu, maka dia takkan ada keinginan dh utk buat yg terbaik…
Dia tetap akan buat seperti biasa, ala kadar dan tidak keterlaluan…
Ugutan utk “mencari lain” takkan membawa apa2 makna dan kesan terhadapnya pada ketika itu kerana hatinya sudah keras hasil drpd layanan yg diberikan suaminya ketika dia masih bercita2 utk menjadi seorang isteri yg terbaik…✌️
Tip yang disediakan ini mungkin dapat membantu bagaimana untuk menjadi isteri mahupun suami terbaik buat pasangan anda:
Berlaku adil
- Jangan sesekali mengelakkan diri daripada pasangan, bimbang mengundang masalah yang lebih serius. Sebaiknya berbincang dan dengar pandangan pasangan anda. Usah bersikap pentingkan diri sendiri dan hanya mahukan pandangan anda dituruti. Mungkin idea atau nasihat pasangan lebih baik daripada anda.
- Seimbangkan masa dengan baik untuk kerjaya dan rumah tangga. Bagi wanita pula, biar sehebat atau setinggi mana jawatan anda di luar, di rumah anda adalah seorang isteri dan ibu.
Keterbukaan
- Sikap ini perlu ada di dalam diri setiap pasangan baik yang baru mahupun yang sudah lama berkahwin. Komunikasi dua hala sering kali menjadi penyelamat dari sebuah konflik. Jika ada benda-benda yang kurang berpuas hati, selesaikan dengan segera.
- Tidak perlu cepat melenting, sebaliknya minta penjelasan daripada pasangan tentang apa yang terbuku di hati anda. Jangan biar masalah menjadi duri dalam daging dan mengganggu perasaan.
-
Nasihat orang yang betul
- Jika anda dan pasangan sedang menghadapi masalah, jangan sesekali menceritakan hal tersebut kepada orang lain, terutama rakan sekerja. Bimbang nanti ia akan menambahkan lagi masalah. Jika mahu mendapatkan pandangan mahupun nasihat, cari mereka yang boleh membantu. Misalnya ibu bapa, sahabat rapat atau sebagainya.
- Jangan mengutuk mahupun menceritakan keburukan pasangan anda, sebaliknya minta nasihat bagaimana kaedah terbaik untuk berkomunikasi dengan pasangan anda.
Bertolak ansur
- Setiap orang mempunyai pendapat dan pendirian masing-masing. Sebaiknya, untuk menjadi pendengar yang baik jangan cepat membantah atau menolak sekiranya pasangan anda mengemukakan pendapatnya. Dalam hal ini, harus ada memberi dan menerima.
- Bertolak ansur antara satu sama lain adalah perkara asas dalam sesebuah rumah tangga yang harmoni. Tidak kiralah jika apa yang anda rasa betul dalam sesuatu perkara itu, tetapi fikirkan juga tentang sensitiviti orang lain. Mungkin baik untuk diri anda tetapi tidak daripada pandangan mereka atau sebaliknya.
Tarik perhatian pasangan
- Bagi anda yang baru mahupun sudah lama berumah tangga, harus sentiasa memikat hati pasangan . Suami isteri perlu berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada pasangan. Bukan sekadar memberi perhatian kepada penampilan diri semata-mata, sebaliknya dari segi layanan, mengambil berat, bermanja dan sebagainya.
- Tunjukkan penghargaan terhadap pasangan anda. Hargai apa yang mereka cuba lakukan. Penghargaan tidak semestinya berbentuk materialistik, cukup sekadar dengan hanya menyatakan terima kasih. Apabila anda menghargai pasangan, pasti segala masalah yang wujud boleh diselesaikan dengan cara yang mudah.
Komunikasi dua hala
- Jangan disebabkan tekanan atau kesibukan kerja, anda tidak mahu meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan pasangan. Penat bagaimana sekalipun, ‘curi masa’ untuk berbuat demikian. Jangan sesekali membawa pulang kerja pejabat ke rumah. Fokus kepada rumah tangga dan pasangan anda.
- Selain menjadi pendengar yang setia, anda juga perlu juga meluahkan rasa jika mempunyai masalah. Jangan selesaikan sendiri biarpun ia perkara yang mudah buat anda. Ini akan membuatkan pasangan terasa tidak dipinggirkan.
- Jangan biarkan pasangan tertanya-tanya kenapa sikap anda berubah. Berterus terang adalah satu sikap yang baik untuk mengelakkan masalah dalam rumah tangga.