Dulu lain, sekarang lain! Jika dulu ramai wanita bergelar surirumah, tetapi kini ramai wanita yang bergelar isteri dan bekerjaya. Namun pada masa yang sama mereka juga kena mahir menguruskan rumahtangga.
Namun ini tidak bermakna, semua urusan menguruskan rumahtangga diletakkan sepenuhnya kepada wanita tetapi seharusnya dilakukan bersama suami. Jadi bila isteri bekerja, suami kena selingsing lengan bantu mana yang mampu.
Inilah yang dinyatakan oleh Khairul Hakimin Muhammad dilaman facebooknya. Sungguh bermanfaat perkongsian ini.
______________________________________________________________
Rata-rata ibu bapa sekarang mempunyai anak perempuan yang bekerjaya. Dan dalam masa sama juga mereka ini jika mahu berkahwin, perlu mahir:
1. Memasak.
– beli barang di pasar.
– basuh bahan mentah
– simpan dan organize dalam peti ais
– masak menu sarapan dan makan malam sekurang-kurangnya.
– kemas dapur.
– basuh perkakasan memasak.
– buat hidang atas meja makan.
– kemas meja.
– basuh pinggan.
2. Mengemas.
– pandai guna vacuum.
– bersihkan ruang tamu, mop seminggu sekali.
– cuci sekurang-kurangnya 3 tandas dalam rumah seminggu sekali.
– cuci bilik tidur, mop dan vacuum sekurang-kurangnya seminggu sekali.
– basuh garaj sebulan sekali.
3. Mengurus pakaian.
– menjadi konsultan tak berbayar kepada pemakaian suami dan anak-anak.
– membasuh mengikut spek dan kriteria baju, termasuk hal dalaman suami dan anak-anak
– mahir menggunakan mesin basuh.
– pandai menyidai pakaian.
– melipat dengan teknik kung fu dan taici tahu tahu dah siap walau malam tadi bertimbun.
– menggosok mana yang perlu kalau yang power siap gosok seminggu sekali terus banyak-banyak.
– kebijaksanaan mencari baju seluar suami dan anak-anak yang hilang.
– mengutip baju seluar anak-anak dan suami yang selamba salin depan pintu toilet.
– mengurus baju sendiri termasuk tudung, baju liplap, serta aksesori.
4. Jaga diri sendiri.
5. Menjaga anak.
– pandai menyusukan anak.
6. Bersopan denga ibu bapa mentua.
– asal jumpa memberi salam dan menghulur salam
– rajin memasak dah hantar lauk.
– selalu bertanya khabar jika duduk jauh
– manis muka dah sering bersembang.
– tidak menyusahkan dan selalu menyenangkan.
– tak banyak merungut jika sesekali emak ayah mentua tegur salah silap.
7. Bijak berbelanja.
– sangat hebat bab membeli belah. Bajet 200, belanja RM199.99 sen.
– mengutamakan anak-anak.
– berjimat adalah sebuah kepentingan.
– mengurus wang rumah tangga dengan hemah.
– tak suka shopping benda tak perlu.
– selalu beli barang keperluan sahaja.
Ya, ini baru 7. Belum lagi tambah bab batin, bab keselamatan anak, kesihatan ada yang demam bagai termasuk kalau suami sakit dia punya manja mengalahkan anak-anak.
Semuanya isteri kena buat, akur dan taat.
Kawan-kawan, kalau kita memahami apa yang isteri buat, kita bantu mereka dengan sediakan pembantu (bibik). Kalau tak mampu, memang para suami kena bersama.
Saling tolak ansur, penat sama-sama dan saling bekerjasama. Itulah kasih sayang.
Dulu kita boleh cakap suami penat kerja di luar, hello, hari ini isteri kita juga bekerja, jadi dah sampai masa balik rumah selinsing lengan dan bantu mana yang mampu.
Tak pandai tak apa wahai para suami sekalian, ada sekali di dapur atau bantu tengok anak sekejapan adalah sesuatu yang sweet. Dan kawan-kawan, nak jadikan isteri kita kesayangan mentuanya, kitalah kena bantu mereka! Itulah cinta woih!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Suamimu Mr. Perfect 10