Bergelar seorang isteri dan ibu serta pada masa yang sama turut mempunyai kerjaya, adalah suatu cabaran yang besar buat wanita itu.
Lebih lagi, jika anak-anak sedang membesar dan aktif. Malah pelbagai kerenah yang kena ibu kendalikan.
Kadang kala, sikap anak membuatkan ibu kerap memarahinya. Sedangkan, dalam hati begitu menyayanginya.
Dalam hal ini, jelas menunjukkan ibu itu berasa terbeban dengan tanggungjawab yang berat sehingga memberikan tekanan kepada dirinya.
Ketika ini, suami harus main peranan untuk membantu isterinya.
Sebagaimana perkongsian oleh Mohd Fhais
mengenai masalah isteri yang mengalami tekanan perasaan sehingga kerap memarahi anak. Justeru, katanya, suami harus segera tolong isteri apa yang patut. Bukan goyang kaki ye.Ikuti perkongsiannya.
BILA ISTERI KERAP MARAH ANAK
Bila seorang ibu kuat memarahi anak itu tanda emosi dalam badan dia sedang kuat bergelut.
Fahamilah wahai lelaki sekalian..
Ibu yang penyayang, lembut dan penuh empati dalam hati mustahil akan boleh ada rasa marah pada anak yang di kandung 9 bulan tanpa sebab.Tak mungkin!
Melainkan ada ‘pergelutan’ emosi yang amat dasyat dari dalam badan mereka !
Marah bukan emosi utama !
Sebaliknya marah adalah ‘impak negatif’ hasil daripada pergelutan emosi utama dalam badan. Kira marah ni emosi kedua, bukan emosi genuine.
Ada dua emosi utama yang selalu menyumbang kepada marah iaitu takut & sedih.
Takut ni termasuk la anxiety, depresi dan stres. Manakala emosi sedih pula ialah kecewa, sakit hati dan tawar hati.
Bila semua emosi ini di pendam terlalu lama, tanpa sebarang usaha ‘penyembuhan’ sejak dari awal lagi maka pintu api kemarahan sedikit demi sedikit akan terbuka.
Dengan sedikit pencetus sahaja, dah mampu buat si ibu yang dahulu lembut hati jadi keras sekerasnya. Nauzubillah.. kesian anak-anak selalu jadi mangsa keadaan.
Sebab itulah para suami kena pastikan emosi isteri kat rumah tu sentiasa stabil dan selalu ingatkan mereka untuk buat Self Healing & Self Love.
JANGAN BIARKAN ISTERI TERLALU PENAT
Alah tak susah pun. Pastikan isteri tak terlampau penat, bagi mereka buat perkara yang mereka suka dan paling penting jangan goyang kaki semasa isteri sedang kelam kabut mengurus anak.
Jangan terkejut pula, bukan setakat emosi marah boleh hilang, kenakalan anak-anak pun boleh hilang sekali.
Wallahu A’lam,
Saya Mohd Fhais percaya isteri yang baik emosinya sahaja boleh pastikan emosi anak sentiasa baik
#bolehSHARE
p/s : banyak lagi tips urus emosi ibu saya kongsi dalam telegram, ini link telegram saya jika nak baca tips,
Klik 👉 t.me/CoretanFhais
Kredit: Mohd Fhais