Bergelar seorang isteri dan ibu serta pada masa yang sama turut mempunyai kerjaya, adalah suatu cabaran yang besar buat wanita itu.
Lebih lagi, jika anak-anak sedang membesar dan aktif. Malah pelbagai kerenah yang kena ibu kendalikan.
Kadang kala, sikap anak membuatkan ibu kerap memarahinya. Sedangkan, dalam hati begitu menyayanginya.
Dalam hal ini, jelas menunjukkan ibu itu berasa terbeban dengan tanggungjawab yang berat sehingga memberikan tekanan kepada dirinya.
Ketika ini, suami harus main peranan untuk membantu isterinya.
Sebagaimana perkongsian oleh Mohd Fhais mengenai masalah isteri yang mengalami tekanan perasaan sehingga kerap memarahi anak. Justeru, katanya, suami harus segera tolong isteri apa yang patut. Bukan goyang kaki ye.
Ikuti perkongsiannya.
BILA ISTERI KERAP MARAH ANAK
Ads
Bila seorang ibu kuat memarahi anak itu tanda emosi dalam badan dia sedang kuat bergelut.
Fahamilah wahai lelaki sekalian..
Ibu yang penyayang, lembut dan penuh empati dalam hati mustahil akan boleh ada rasa marah pada anak yang di kandung 9 bulan tanpa sebab.Tak mungkin!
Melainkan ada ‘pergelutan’ emosi yang amat dasyat dari dalam badan mereka !
Marah bukan emosi utama !
Sebaliknya marah adalah ‘impak negatif’ hasil daripada pergelutan emosi utama dalam badan. Kira marah ni emosi kedua, bukan emosi genuine.
Ads
Ada dua emosi utama yang selalu menyumbang kepada marah iaitu takut & sedih.
Takut ni termasuk la anxiety, depresi dan stres. Manakala emosi sedih pula ialah kecewa, sakit hati dan tawar hati.
Bila semua emosi ini di pendam terlalu lama, tanpa sebarang usaha ‘penyembuhan’ sejak dari awal lagi maka pintu api kemarahan sedikit demi sedikit akan terbuka.
Dengan sedikit pencetus sahaja, dah mampu buat si ibu yang dahulu lembut hati jadi keras sekerasnya. Nauzubillah.. kesian anak-anak selalu jadi mangsa keadaan.
Sebab itulah para suami kena pastikan emosi isteri kat rumah tu sentiasa stabil dan selalu ingatkan mereka untuk buat Self Healing & Self Love.
JANGAN BIARKAN ISTERI TERLALU PENAT
Ads
Alah tak susah pun. Pastikan isteri tak terlampau penat, bagi mereka buat perkara yang mereka suka dan paling penting jangan goyang kaki semasa isteri sedang kelam kabut mengurus anak.
Jangan terkejut pula, bukan setakat emosi marah boleh hilang, kenakalan anak-anak pun boleh hilang sekali.
Wallahu A’lam,
Saya Mohd Fhais percaya isteri yang baik emosinya sahaja boleh pastikan emosi anak sentiasa baik
#bolehSHARE
p/s : banyak lagi tips urus emosi ibu saya kongsi dalam telegram, ini link telegram saya jika nak baca tips,
Klik 👉 t.me/CoretanFhais
Sejak dahulu lagi, masyarakat kita dimomokkan dengan sikap ibu tiri yang bengis, garang dan suka mendera anak tiri. Padahal itu semua tidak berlaku malah ada antara ibu tiri yang penyayang biarpun anak tersebut bukan darah daging sendiri.
Lihat sahaja contoh selebriti kita iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Lisdawati, Memey Suhaiza dan ramai lagi. Keakraban dan kasih sayang yang ditonjolkan membuatkan anak-anak tiri lebih selesa dan hormat seperti ibu sendiri.
Begitu juga dengan penyanyi yang suatu ketika dahulu popular dengan lagu Bagaikan Puteri, Farah Asyikin Zulkifli.
Menerusi satu perkongsian di instgramnya, penyanyi ini berkongsi sekeping gambar bersama keluarganya.
Di ruangan kapsyen tersebut, Farah memperjelaskan tentang hubungannya bersama tiga orang anak tiri yang sering dipertikai oleh sesetengah netizen.
Menurut Farah, hubungannya bersama anak tiri tidak mempunyai masalah dan baik-baik sahaja, bukan seperti yang disangka oleh segelintir pihak.
“Ramai pengikut saya meminta gambar bersama anak tiri, sebenarnya saya pernah berkongsi gambar bersama mereka dahulu.
“Kalau ‘scroll down’ profil saya, anda akan jumpa gambar kami bersama. Terima kasih kepada Snow White dan Cinderella yang memberi impak kepada stigma masyarakat yang membenci ibu tiri.
“Saya sayang keluarga saya, saya sayang anak tiri dan menghormati privasi mereka,” jelasnya.
Foto tersebut diambil pada jamuan makan malam ke-24 anak sulung suaminya, Raja Asilla pada Februari lalu. Di sebelahnya adalah kembar Raja Muzaffar dan Raja Shahirah.
Manakala lelaki kacak yang paling jauh di dalam foto itu adalah kawan rapat anak-anaknya.
Farah Asyikin berkahwin dengan Raja Iskandar Raja Mukhtaruddin pada Jaunuari tahun lalu.
Sumber: Sinar harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebenarnya nak mendidik anak ini memang mencabar. Jika salah didik, anak akan menjadi seorang yang berperwatakan tidak mempunyai budi pekerti yang baik.
Hakikatnya untuk mempunyai anak yang baik, salah satunya dalam diri mereka perlu ada saling menyayangi antara satu sama lain.
Jadi, asasnya adalah kasih sayang ibu bapa itu kepada anaknya. Dengan ini secara tidak langsung membentuk kendiri yang baik untuk anak itu.
Begitulah perkongsian oleh Dr Taufiq Razif di facebook miliknya.
Ikuti perkongsiannya
” Anak suka pukul orang kalau dalam dirinya tak penuh “
Sebelum solat isyak tadi saya sempat We Time dengan bidadari saya. Sambil pegang tangan dia saya akan tanya bermacam macam soalan tentang aktiviti seharian dia dengan anak anak.
Sambil sambil tu dia ada kongsi teknik dan formula yang dia sendiri amalkan untuk handle anak anak yang suka pukul dan gaduh dengan orang lain.
Bidadari saya ni suka jaga anak anak yang umur 6 tahun ke bawah. Anak anak jiran pun kadang dia tolong jagakan.
Memang kadang tu mereka akan bergaduh dan saling memukul.
” Nabilah perasan bila kita banyak peluk anak anak ni jadi kurang pukul dan gaduh dengan orang lain. Untuk memberi dan berkongsi mereka kena penuh dulu “
Jika kita nak anak kita beri kasih sayang, mereka kena ada kasih sayang dulu. Biar dada dan hati mereka penuh dengan kasih sayang, barulah mereka boleh bagi kasih sayang tu pada kawan kawan dan adik beradik mereka.
Jika dalam hati anak kosong, lesu dan kurang kasih sayang maka mereka akan pancarkan benda tu pada adik beradik dan kawan kawan mereka. Mulalah mereka jadi ganas, suka pukul dan suka merampas.
Jadi betullah pegangan saya selama ni tentang satu ayat ni ” You can’t give what you don’t have”
TAK PERLU MARAH ANAK TAPI PELUK DAN PEGANG TANGANYA
Kadang kita tak perlu marah anak balik pun kalau mereka terbuat silap.
Ada masanya kita cuma kena pegang tangan mereka, sayang mereka dan peluk mereka ketat ketat tanpa perlu berkata kata apa apa pun kerana love needs no words as it is the universal language from the heart “
Bekas personaliti televisyen (TV), Puan Sri Datin Normala Samsudin akui sebak ketika menemani cucu lelakinya yang masih bayi melalui proses berkhatan.
Kata Normala Samsudin lebih sayu apabila melihat cucu sulungnya yang bernama Aamin Yusuf itu menangis kesakitan selepas proses berkenaan di sebuah hospital swasta kelmarin.
“Meleleh airmata tok mama bila hari berkhatan AY (Aamin Yusuf).Mula dengan RTK test (ujian pengesanan Covid-19) khatan dan hinggalah ke malam, bila nak membuang air yang pertama tu menjerit pedih, jadi anak lelaki harus kuat ya nak, biar ujian apa sekalipun..
“Tok mama Tak tahan dengar sayu tangisnya. Moga Allah sempurnakan dirimu jadi anak yang sihat walafiat dan soleh.
“Benar luka berkhatan itu pedih dan bisa supaya kita sentiasa bertasbih, berselawat dan sentiasa ingat kebesaranNya dan berserah kepadaNya. Supaya kita istiqamah dan melihat kesalahan diri dan perbaiki diri,” tulisnya dalam sebuah entri di akaun instagram miliknya.
Menerusi perkongsian berkenaan dia memuat naik video yang disunting dari mula proses berkhatan itu hingga selesai.
Aamin merupakan cahaya mata pertama anaknya yang juga seorang doktor iaitu Ruhila Roslan yang dilahirkan pada 15 Jun lalu.
Dalam pada itu, Normala sempat menitipkan doa untuk anak-anak yang turut berkhatan pada hari berkenaan.
“Ucapan kepada anak-anak yang berkhatan sama hari dengan Aamin Yusuf, didoakan jadi insan solihin dan takut pada Allah dan taat ibu ayah. Aamiin Ya Rabbal Alamin,” ucapnya.
Imbas kembali, Ruhila dan suaminya Majid Nazli selamat dijabkabul dalam majlis serba sederhana ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Januari 2021.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.