Bila Ibu Tidur Dalam Keadaan Tak Selesa, Leher Jadi Sakit. Buat 5 Perkara Ni Untuk Atasinya!

Share

Menyentuh bab tidur berkualiti, umumnya bagi seorang ibu jadual hariannya begitu padat. Dari buka mata hinggalah ke malam hari, masih banyak lagi yang harus dilakukan bagi memastikan anak-anak dan keluarga terurus dengan baik.

Atas sebab ini juga, sering kali terjadi bila terlalu letih dan ingin merehatkan tubuh di atas sofa umpamanya, mata kita terlelap dan tertidur buat seketika. Keadaan tidur ketika itu tidak berapa selesa dan bila terbangun menyebabkan leher sakit seakan rasa terseliuh. Boleh jadi ini kesan daripada keadaan tidur yang tidak selesa, kedudukan kepala yang tidak sesuai atau penggunaan bantal yang tidak selesa dan sebagainya.

Sekiranya rasa sedemikian, jadi apa cara atau petua yang  boleh kita lakukan untuk pastikan keadaan leher tidak berpanjangan merasa sakit dan jika boleh tidak berulang lagi?

Cara 1: Ambil tuala bersaiz kecil kemudian rendamkan dengan air panas. Setelah itu tuamkan pada bahagian leher dan lakukan sedikit regangan di bahagian kiri dan kanan leher seakan melakukan senaman, iaitu toleh ke kiri dan letakkan tangan kanan di dagu dan lakukan sedikit tolakan. Begitu juga lakukan perkara yang sama dengan menoleh ke sebelah kanan dan lakukan sedikit tolakan oleh tangan kiri di bahagian dagu.

cara 2:Terjaga sahaja dari tidur dan bila dirasakan leher tidak selesa, maka urut seperti memicit-micit bahagian leher dengan perlahan. Lakukan dengan keadaan yang tenang dan jika ada minyak angin boleh juga disapukan pada bahagian leher untuk meredakan ketidakselesaan tersebut.

Cara 3 : Jemur bantal. Ada orang tua-tua dulu pesan, jika tengkuk atau leher sakit dek kerana salah tidur cara nak hilangkannya adalah dengan menjemur bantal tersebut. Berjaya atau tidak dengan mengamalkan cara ini tiada jaminannya, namun tidak salah untuk kita mencuba.

Cara 4 : Selain itu, ada juga petua orang lama mengatakan perlu menepuk-nepuk dengan ‘manja’ bahagian leher yang sakit menggunakan  bantal yang kita gunakan ketika tidur. Walau pun seakan pelik, namun ramai juga yang amal petua ini.

Cara 5 : Pastikan sebelum tidur pilih bantal dan tilam yang selesa agar tubuh dapat baring dengan sempurna dan tiada lagi masalah tersalah tidur.