Pastinya menjalani hidup ini akan sentiasa ada ujian dan masalah yang dilalui oleh setiap antara kita. Atas sebab ini juga, setiap kali berdepan dengan masalah dan ujian kita turut berasa takut, bimbang, resah gelisah dan sedih. Itu adalah tindak balas normal, namun andai perasaan resah gelisah dan hidup tidak tenang sepanjang masa, bimbang tidak menentu dan sebagainya dirasakan dalam diri, maka perlu cari puncanya.

Memahami permasalahan hati ini, Ustazah Asma Harun ada menyenaraikan 12 punca yang perlu di ambil perhatian. Cuba semak satu persatu adakah diri kita atau ahli keluarga ada melakukannya. Jika ada segera lakukan perubahan agar dapat menjalni kehidupan yang lebih tenang dan bahagia. Nak tahu lanjut apakah punca-punca tersebut, jom lihat perkongsian ini.

PUNCA HATI TIDAK TENANG RESAH GELISAH :

1. Melakukan SYIRIK dan maksiat.

2. Tinggalkan atau menangguhkan solat.

3. Tidak membaca alQuran dan zikrullah.

IKLAN

4. Makanan minuman atau harta daripada sumber yang haram atau syubhah.

5. Tidak menutup aurat dengan sempurna.

6. Bersangka buruk pada Allah dan manusia.

IKLAN

7. Sukar memaafkan dan selalu marah-marah.

8. Terlalu mengejar Dunia dan lupa Akhirat.

9. Tidak buat persiapan untuk mati.

IKLAN

10. Takabbur, ujub, riya', Suma'ah.

11. Kedekut dan terlalu berkira-kira.

12. Banyak berbohong.

sumber : Asma Harun

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI