Diduga memiliki anak istimewa bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Namun, hati ibu dan ayah ini cukup besar dan cekal orangnya. Betapa kuatnya suami isteri ini melangkah, kental jiwanya biar diduga dengan ujian yang sedemikian hebat. Bukan calang-calang orang dan mereka adalah antara insan terpilih.
Namun Muhammad Hamka atau dikenali sebagai Hamka Mekar menerusi facebooknya, dan isteri Nurhaniza memilih untuk REDA, kekal KUAT demi anak-anak tanpa menyimpan rasa kecewa mahupun mahu mempersoalkan apa yang sudah ‘dihadiahkan’ oleh Yang Maha Pencipta untuk mereka.
“Tapi ibu bapa mana yang mahu anaknya OKU, lalu kami nafikan dan tetap hantar sekolah tu walaupun tahu anak tak belajar apa sebab bukunya kosong, cikgu cakap, anak banyak tidur dan jika tak tidur kacau orang, lalu saya baca di internet masalah anak dan syak anak saya ni autism.
“Bila bawa dia jumpa doktor tak boleh sahkan, banyak ujian cara kerja, pertuturan, bertulis tapi tak dapat sahkan kerana bukan pakar, masa terbuang, sementara itu anak di sarankan hantar ke tadika lain oleh guru tadika sebab tak normal. Masa tu susah cari tadika yang boleh terima anak OKU, tadika khas untuk anak autism dah penuh dan kena tunggu giliran,” ujar Muhamamd Hamka memulakan bicara awal tentang anak istimewanya.
“Kami akan cari sebanyak masa yang ada untuk buat aktiviti bersama. Dengan anak normal, saya banyak ajar mereka bertanyakan soalan, apa sahaja soalan dan jika mereka tiada soalan, saya akan tanya. Dari situ akan dapat tugasan atau sasaran untuk di selesaikan bersama, bagi anak syurga pula saya ikut nasihat pakar dan cuba bermain permainan yang mampu meningkatkan kemahiran motor, pertuturan dan pergaulan.
“Dalam permainan anak tanya ayah jawab (biasanya dalam kereta, di meja makan, atau sebelum menonton) dari kesempatan saya menjawab soalan tentang masalah hidup dari anak-anak, dari masa ke semasa saya terangkan kelebihan ada adik syurga, kenapa dia adik syurga? Bagaimana dia bantu kita di sana dan bermacam macam lagi semuanya melalui komunikasi bersemuka.
Bersyukur dan bersabar tip elak hidup tertekan
Dalam pada itu, Muhammad Hamka turut berkongsi tip mengelakkan diri dari tertekan.
“Saya dan isteri mengamalkan dua perkara dan cara ini membolehkan semua masalah hidup menjadi mudah insya-Allah. Dua cara tersebut adalah bersyukur dengan segala nikmat walaupun sekecil kecil nikmat, dan bersabar dengan segala ujian walaupun sekecil kecil ujian, saya bersyukur juga dikurniakan pasangan yang berjiwa ‘fighter’.
“Teringat saya pada kisah di mana ada orang jumpa Nabi dan beritahu tak pernah cium anak-anak sebab sibuk beribadat, dan Nabi kata, sebaik baik manusia tapi masih mencium anak, memeluk dan berkasih sayang. Ada juga pesan ulamak: Siapa yang tak bagi masa pada anak dia, maka anak dia akan hilang dari dia. Suami yang tak bagi masa pada isteri dia, maka isteri akan hilang dari suami dia. Orang yang tak bagi masa pada agama, maka agama akan hilang dari orang itu. Orang yang tak bagi masa pada al-Quran, maka al-Quran akan hilang dari orang itu.