Bercakap tentang rutin harian menjadi seorang isteri dan ibu, memang tak dapat dibilang dengan jari. Bayangkan setiap kali balik kerja, belum pun kita sempat membuka tudung akan terus ke dapur menyinsing lengan untuk sediakan bahan-bahan untuk dimasak. Dalam masa yang sama, dekat fikiran asyik teringat pula kain diampaian belum diangkat dan macam-macam hal lagilah yang ingin segera disiapkan. Hakikatnya semua perkara tersebut menyerabotkan fikiran dan mengganggu emosi.

Jadi alangkah baik dan bagusnya sekiranya suami dapat memainkan peranan untuk menenangkan hati isteri agar dapat merasai suasana kehidupan yang lebih tenang dan terurus.

Ini sebagai mana perkongsian daripada Puan Izzah Rosli  tentang pengalamannya apabila dalam keadaan emosi yang sedang kusut, tiba-tiba dengan sekalip mata boleh berubah menjadi lebih baik apabila disapa oleh suami dengan tindakan yang lebih cool.

Jom semak perkongsian ini dan bolehlah dijadikan panduan agar kehidupan kita sebagai  suami isteri lebih tenang dan bahagia.

Perempuan dan Emosi

Ads

Dah dua tiga kali cuba bukak pintu rumah dengan kunci yang sama tapi masih tak boleh bukak.. mula la nak bebai hentak-hentak pemegang pintu tu. Dalam hati dok beletiaq, dah la tengah dukung anak, satgi masuk rumah nak angkat barang, nak bagi Fahem tidoq, nak iron baju Fateh sekolah, pintu pun time-time nih la susah nak bukak..

Bila Emosi Mak-mak Berserabot, Buat Apa Pun Tak Menjadi. Nak Bagi Tenang, Ada Yang En Suami Kena Buat!

Tetiba suami turun. dengan tenang cakap “mai sini kunci tu,biaq abang bukak” sekali cuba terus terbuka..ajaib betul. Lepas tu abang pesan,”orang bukak pintu guna kunci, bukan guna emosi.” Dah-dah p masuk rumah satgi abang setel barang-barang. Terus stabil emosi-emosi yang berkecamok tadi..

Ads

Nampak macam perkara kecik, tapi memang terkesan kalau untuk makhluk yang bernama perempuan. Jadi time-time nih la tugas lelaki nak tunjuk cool dan tenangkan keadaan.

Bila isteri lambat terkial-terkial nak bersiap untuk keluar, jangan marah tapi cuba offer sesuatu yang dapat cepatkan kerja-kerja dia. Contohnya “Ok sayang, kita nak p kenduri satgi.. sayang siapkan pakaian, abang siapkan anak-anak” 

Ads

Bila bagitau isteri esok kita nak balik kampung, jangan terkejut dan marah-marah bila dia siap-siapkan beg macam nak pindah rumah. Tapi kena buat-buat cool tanya dekat isteri “Ada apa-apa lagi tak yang abang nak kena angkat masuk kereta sayang?”

Lagi satu, bila isteri tengah belek tudung berjam-jam depan cermin sebab tudung tak jadi, jangan dok tunggu depan muka dia lepas tu ulang-ulang dok tanya lambat lagi ka.. konpem lagi-lagi la tak jadi tudung tu.. cuba tukaq cakap macam nih plak. “Takpa la yank oii, kalau tudung tu tak jadi-jadi esok abang beli tudung baru ja taw” Wohaaa mesti isteri ceria seceria mentari pagi walaupun tudung dia heqot-heqot tadi..

*pintu hati sayang pun abang boleh bukak, apatah lagi pintu rumah.

sumber : Puan Izzah Rosli

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI