Bila Disakiti Kita Juga Pernah Menyakiti. Deep Perkongsian Ustazah Ni!

Share

Walaupun bukan mudah memaafkan orang yang suka menabur fitnah atas diri dan keluarga kita, yakinlah dengan memaafkan hati kita lebih tenang.

Dan menyentuh tentang pernah disakiti dan menyakiti hati orang lain, ustazah Asma’ ada berkongsi tazkirah berkenaan hal tersebut.

Semoga dengan membaca perkongsian ini kita akan terus hidup berkasih sayang  dan sentiasa bersangka baik dan ikhlas dalam memberi kemaafan.


Bila kita disakiti, ingatlah kita juga pernah menyakiti. Bila kita dizalimi, ingatlah kita juga pernah menzalimi. Jika kita rasa sedih hari ini oleh seseorang, ingatlah kita juga pernah membuatkan orang merasa sedih.

Apabila orang yang menyakiti kita jatuh atau ditimpa musibah, ia bukan kerana karma atau kerana hebatnya doa kita. Itu adalah bahagian ujian masing², kita sendiri bakal hadapi ujian sendiri. Usah menanti derita orang lain. Tiada manusia akan bahagia atas penderitaan orang lain, kerana ia bahagia yang palsu.

Kita semua tidak sempurna, pasti berdosa pada Allah dan bersalah pada manusia, maka jangan selalu dihitung salah manusia pada kita, kerana ia membuatkan kita mudah lupa pada kebaikan orang pada kita. Ketika sayang bertukar menjadi benci, yang baik tetap harus diingati, maka kita tidak akan lupa diri.

Akhirnya, carilah damai dalam sesuatu peristiwa, memaafkan orang lain pada hari ini bererti kita memaafkan masa lalu kita. Mudahan orang yang pernah kita sakiti juga memaafkan kita hari ini.

Yang dilihat bahagia
Mungkin sedang derita
Yang nampak hina
Mungkin dia mulia

Yang dilihat salah
Mungkin ia benar
Tak rugi mengalah
Yang penting tetap sabar

Muhasabah diriku sendiri

Sumber : Asma’ binti Harun