Setiap kali diri diuji pastinya saat getir itu harus dilalui dengan tabah. Pun begitu apalah daya kita untuk tidak berasa sedih.
Pun begitu, persoalannya bagaimana untuk kita segera keluar dari zon tersebut dan sekali gus boleh bangkit melalui kehidupan serperti normal.
Oleh itu, saranan daripada penceramah ini jadikan panduan.
Ini perkongsiannya.
Berfikir berlebihan tentang perkara yang telah berlaku atau kata-kata manusia sangat merugikan masa, tenaga, emosi dan akal kita.
Bahkan ia boleh menjejaskan kesihatan. Kita tak boleh sesekali mengubah apa yang telah berlaku walau dengan air mata darah sekali pun. Apa yang boleh kita buat saat ini,
➡Kesat air mata tu,
➡Tarik nafas,
➡Zikir, Ya Qawiyy (terpulang jumlahnya), Ya Allah Yang Maha Kuat, berilah aku kekuatan jiwa untuk menghadapi Ujian ini.
➡Zikir, Ya Fattah (terpulang jumlahnya), ‘Ya Allah Yang Maha Membuka, bukakanlah jalan keluar daripada kebimbangan, kesulitan, keresahan dan kesempitan ini.
➡ Lepas tu cepat²lah buat kerja, atau apa² aktiviti fizikal, yang suri rumah kemas rumah atau buat operasi ke, yang berniaga buat betul², yang di pejabat jaga masa dan kualiti kerja. Kita semua ada banyak kerja nak dibuat.
Jatuh Itu biasa. Bangkit setiap kali jatuh Itu luar biasa. Jatuh kerana manusia, bangkitlah keranaNya. Allah sentiasa inginkan kebaikan untuk kita, Dialah Allah ya Barr Yang Maha Baik, Dialah yang paling Dekat dengan kita !
sumber : Asma Harun
Wanita Ni Kongsi Kisah Di Sebalik Talam Lauk Ayahbonda. Deep Perkongsiannya!
Lumrah kehidupan bila usia semakin tua, ingatan juga tidak setajam usia muda remaja. Pendengaran tidak berapa nyata, pandangan juga semakin kabur.
Ini sebagaimana kisah dikongsikan oleh seorang anak ini yang menjaga orang tuanya yang uzur.
Walau apa dugaannya, tetap sabar menjaga dan melayan orang tuanya dengan baik sekali.
Semoga apa yang tersurat dan tersirat dalam perkongsian ini akan menjadi tauladan buat semua dalam menyantuni orang tua dengan sebaiknya.
Talam Lauk Ayahbonda
Kisah 1:
Tengah hari semalam seorang kakak saya singgah di rumah ayahbonda ketika dalam perjalanan ke kedai.
Tanya kakak saya:
Ada apa2 yang nak dikirim tak?
Lalu jawab ayahanda:
Kalau ada sotong yang elok tolong beli sikit.
Berkerut juga dahi saya mendengar pesanan ayahanda itu. Terfikir juga saya di dalam hati. Sotong? Nak buat apa? Dalam peti ais pun banyak lagi sotong. Lagipun sejak PKP ni sudah beberapa kali saya masak lauk sotong. Saya lihat ayahanda tidak makan sangat pun.
Selepas kakak saya berlalu pergi,
saya pun bertanya Kepada ayahanda,
Sotong tu nak masak apa?
Jawab ayahanda saya dari atas kerusi rodanya, Sotong masak gulai (kari) sedap. Dah lama tak makan.
Lama juga teringin nak makan gulai sotong tapi tak ada siapa buat.
Saya terpinga2..
Baru 3 hari lepas saya masak kari sotong. Saya potong bulat2 sotong tu. Saya lihat ayahanda makan tapi ayahanda asyik mencedok kuahnya sahaja.
Ketika saya mencuci pinggan mangkuk pada malam tersebut, saya juga hairan mengapa kuah kari sahaja yang kering sedangkan sotongnya masih bergelimpangan di dalam mangkuk?
Tapi saya biarkan soalan itu mati di situ sahaja.
Namun persoalan itu terjawab sendiri tatkala saya berkata: kan 3 hari lepas saya baru masak kari sotong?
Jawab ayahanda..
Mana ada kari sotong???
Bapa tak nampak pun…..
Allahhu..
Hati saya meraung….
Kisah 2:
Kisah ini terjadi lebih kurang seminggu lebih yang lalu.
Seorang sahabat saya datang menghantar sebekas kari itik. Kari itik ni boleh dianggap makanan rare di langkawi. Memang susah nak jumpa di sini.
Kebetulan pada hari tersebut bonda berpuasa sunat rejab walaupun keadaan diri sangat uzur. Puas saya menghalang namun bonda tetap berkeras.
Ketika saya menyusun hidangan lauk di dalam talam untuk makan tengah hari, berkali2 bonda memesan kari itik itu simpan sikit untuk mak.
Walaupun saya sudah cakap ya,
bonda masih lagi memesan.
Teringin sungguh agaknya.
Sehinggalah sampai waktu berbuka,
saya gubah talam lauk bonda macam biasa. Biar semua tersusun rapi dalam mangkuk yang serba bersih. Memang itu style saya.
Semua lauk ada termasuk kari itik. kuih-muih pun ada. Air kosong, air manis dan nasi siap saya hidangkan.
Lalu saya minta diri pada bonda untuk bersolat maghrib awal kerana anak2 menanti untuk membaca quran. Maksudnya saya tidak menemani bonda berbuka puasa seperti 2-3 hari yang lalu.
Selepas solat isyak, big boss, ayahanda dan anak2 makan nasi berlaukkan hidangan yang saya sediakan untuk bonda berbuka puasa sebentar tadi.
Setelah selesai saya lihat semua hidangan hampir licin jadi mudahlah untuk saya mengemas.
Namun,
tatkala saya melangkah keluar dari bilik sekitar jam 5 pagi keesokan harinya, saya lihat bonda yang dalam keadaan lemah sedang bertahajjud di tempat solatnya.
Sebaik menyedari kelibat saya lalu bonda berhenti daripada membaca alQuran dan bertanya:
Mana gulai itik yang mak suruh simpan semalam?
Allah..
Terkedu saya seketika..
Mak, saya hidang gulai tu dalam talam. Saya letak betul2 di hadapan pinggan mak.
Mak tak makan ke?
Soal saya dalam nada terkejut!
Jawab bonda sayu….
Mak tak nampak pun gulai tu…….
Allahhuakbar..
Air mata saya berderai di hening subuh itu…
Konklusinya:
Daripada dua kisah ini,
maka ada satu perkara yang saya faham.
Tatkala ayahanda dan bonda sudah berusia maka banyak deria yang mereka miliki Allah telah ambil kembali satu persatu.Pandangan semakin kabur, ingatan semakin kurang, tenaga semakin lemah,
dan deria rasa juga kian terhakis.
Maka tanggungjawab kita bukan sekadar memasak dan bukan juga sekadar menghidangkan cantik2.
Namun kita harus duduk bersama, bercerita tentang setiap hidangan, mencedok, mengupas makanan, membuang tulang atau apa sahaja yang perlu sepertimana apa yang mereka lakukan ketika kita masih kecil.
Maka hari ini,
saya memasak kari sotong lagi. Saya tidak potong sotong itu. Biar besar2 supaya senang ayahanda saya nampak.
Sebelum ini banyak kali saya lihat ayahanda mencedok kuah, namun yang masuk ke pinggan sedikit sahaja.Yang lain semua tumpah ke meja.
Saya terlupa bahawa mata ayahanda sudah kelabu.Aim ayahanda sudah tersasar.Bersalahnya saya..
Jadi..
Hari ini saya cedok banyak2 kari sotong itu ke pinggan ayahanda walaupun ayahanda menolak.
Untuk bonda juga begitu.
Isi ketam saya keluarkan dan saya susun di tepi pinggan ayahanda.
Bonda mahu makan ketam sendiri. Saya biarkan.
Kesimpulannya
kita selalu berusaha untuk berbuat baik kepada ayahbobda. Kita sedih apabila kebaikan itu ada kalanya seolah2 tidak dihargai oleh mereka.
Hakikatnya kita yang terlupa bahawa kebaikan yang kita tabur itu harus seiring dengan usia ayahbonda kita yang kian terhakis ditelan masa.
Hargai Selagi Masih Ada.
Stayathome.
Hikmah dalam duka.
sumber : Busseroa Abd Jalil
“Allah, Laju Je Air Mata Ni Keluar”. Warganet Sebak Lihat Calon SPM Kehilangan Bapa Pada Hari Peperiksaan.
Di kala seorang anak mendambakan doa ibu ayah bagi memohon restu menempuh peperiksaan, sebaliknya buat seorang pelajar ini yang kehilangan bapa hari ini.
Khabar sedih diterima ketika memasuki dewan peperiksaan untuk mengikuti kertas sejarah. Hati mana yang tidak pilu, menghadapi saat ini.
Menerusi perkongsian facebook milik seorang guru, Badariah Mohd Mohaidin berkongsi duka dengan berita ini.
_______________________________
Al-fatihah, kuatkan semangat.
Menghampiri pukul 10.00 pg utk peperiksaan Sejarah K2.. Van jenazah singgah ke sekolah.. Seorang ayah yg sudah tidak bernyawa dibawa berjumpa anak buat kali terakhir.. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Muhammad Haikal Iskandar utk menjawab SPM (SMK Simpang Beluru)..
Mohon doakan Allah berikan kekuatan kepada Muhammad Haikal Iskandar utk menjawab SPM…Anak ini diuji dengan pemergian ayahnya hari ini…Allahu Akbar…
Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh… aamiin ya rabbal’alamin
MOGA TABAH DIK!
Berat bahu memandang berat lagi bahu yang memikul, rata-rata warganet melahirkan rasa sebak dan simpati kepada pelajar berkenaan dengan mendoakan agar tabah hadapi dugaan itu. Antara luahan hati warganet.
“Allahu.. Tak tergambar betapa sedihnya.
Sumber: Badariah Mohd Mohaidin
Suri Rumah Pun Perlu Berduit! Ada Sebabnya Yang Ramai Tak Ambil Tahu
Menggalas tugas sebagai suri rumah tangga sepenuh masa tidak semestinya anda hanya bergantung pada sumber kewangan yang diberikan oleh suami semata-mata. Sebenarnya, ada keperluan lain untuk anda memiliki duit kocek sendiri.
Mungkin lain orang lain pandangannya, namun wanita ini senaraikan 5 sebab kenapa dirinya mahu cari pendapatan sendiri walau pun bergelar suri rumah sepenuh masa.
[su_highlight background=”#ebf7e1″ color=”#ec281f”]1- Nak ada ‘kuasa’ membeli.[/su_highlight]
Orang perempuan ni kalau ke pasar raya, pasar malam tu pun syok dah dapat jamu mata. Kekadang teringin tudung rm20 je pun, (bukan Duck, bukan juga Fareeda, hehehe) tapi nak minta suami, rasa tak gamak sebab kita pun tau kan komitmen dia. Tapi dengan adanya pendapatan sendiri bila teringin boleh la guna apa yang kita ada kan?
[su_highlight background=”#ebf7e1″ color=”#ec281f”]2- Nak saving[/su_highlight]
Masa mula-mula buat bisnes saya buat matlamat nak saving at least rm500 sebulan. Rm500 sebulan besar kan. Kalau setahun dah rm6000. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Setuju?
[su_highlight background=”#ebf7e1″ color=”#ec281f”]3- Nak bantu suami waktu kecemasan[/su_highlight]
Belajar dari pengalaman lalu, masa mula bina kehidupan berumahtangga. Masa tu kereta selalu rosak. Temperature naik lah, aircond rosaklah. Bila balik kampung timing kena betul. Seboleh-bolehnya cuba elak balik waktu jem. Awal pagi lepas subuh pun tak mengapa sebab risaukan keadaan kereta. Dengan adanya duit simpanan waktu kecemasan inshaAllah dapat bantu suami bila keadaan memerlukan.
[su_highlight background=”#ebf7e1″ color=”#ec281f”]4- Nak ‘beli’ medical insurans untuk family[/su_highlight]
Alhamdulillah syarikat suami cover kos perubatan untuk kami 4 beranak tapi ada limit dengan jumlah rm6500 seorang setiap tahun. Kiranya kalau sakit demam, pening dan sebagainya memang tak perlu keluar duit sendiri. Ada satu hari, saya terbaca satu artikel kisah pesakit yang menghidap penyakit kronik memerlukan bantuan untuk membiayai kos perubatan. Masa tu terfikir, kalau lah sakit ‘berat’ menimpa, macam mana nak cover kos perubatan? Di sinilah perlu saya cari pendapatan untuk cover insurans kami sekeluarga. Alhamdulillah kami 4 beranak dah ada medical insurans sejak beberapa tahun lalu.
[su_highlight background=”#ebf7e1″ color=”#ec281f”]5- Nak bagi mak abah duit setiap bulan[/su_highlight]
Mustahil bagi saya seorang suri rumah dapat hulur wang pada mak abah kalau saya tiada pendapatan. Saya tekad tanam impian nak buat semua tu sementara dorang masih ada. Walaupun saya tahu dengan pencen sebagai guru besar inshaAllah cukup untuk mak abah, tapi saya percaya lebih berkat rezeki apabila kita beri kepada kedua ibu bapa. Tak semestinya banyak, sekurang-kurangnya ada.
Sumber : Nurlia Mohd Nor