
Peringatan dan motivasi yang dikongsikan oleh ustazah Asma Harun ini dalam kita mendepani ujian dan masalah hidup, wajar dijadikan panduan.
Menurutnya setiap kali kita berdepan dengan ujian, ingatlah tiga perkara agar membantu untuk kita tempuh dugaan hidup dengan tabah dan redo.
Untuk mengetahui apakah tiga perkara itu, ikuti perkongsian daripadanya ini. Jom semak.
Ketika mana kita sedang berhadapan dengan ujian dan masalah, ingatlah tiga perkara ini :
1) Ianya adalah bersifat sementara, lama atau sekejap tergantung pada kita untuk terus memikirkan atau melepaskannya.
2) Ianya sudah ditakdirkan Allah, ia tetap dan pasti berlaku dengan izin Allah, berhenti berterusan menyalahkan diri sendiri atau orang lain, tarik nafas dan lepaskan beban itu, fokus pada jalan penyelesaian jika perlu.
3) Ianya adalah satu peluang untuk mendapat ganjaran pahala sekiranya kita bersabar. Lagi cepat redha dan sabar lagi cepat dapat hikmahNya. Manfaatkan peluang ini.
Sumber : Asma Harun
Rasa Tak Adil Untuk Keluarga, Aamir Khan Pilih Rehat Lepas 35 Tahun Kerja Tak Henti!

Siapa sahaja yang tidak mengenali watak utama dalam filem legend, Mann, siapa lagi kalau bukan Bintang Bollywood Aamir Khan!
Baru-baru ini, Aamir hadir dalam sebuah acara yang dianjurkan oleh salah seorang teman baiknya, di Delhi, India.
Dalam acara yang dihadirinya itu, Aamir sempat berkongsi mengenai karier dan perancangan masa depannya.
Salah satunya, pesohor itu mengatakan akan mengambil cuti panjang dari dunia seni.
“Apabila saya bekerja sebagai pelakon filem, saya terlepas banyak perkara dalam hidup saya.
“Sepatutnya saya akan terbabit dengan sebuah karya selepas filem Laal Singh Chaddha selesai.
“Tajuknya Champions. Skrip sangat menarik dan ia sebuah naskhah yang baik. Tapi saya memutuskan untuk berehat.
“Saya mahu menghabiskan masa bersama ibu, keluarga dan anak anak saya,” ujar Aamir Khan seperti dilaporkan Hindustan Times.
Meski demikian, pelakon yang turut membintangi filem 3 Idiots ini mengatakan syarikat miliknya, Aamir Khan Productions akan bekerjasama dengan Sony Pictures International Productions, India, dan 200NotOut Productions selaku penerbit filem Champions.
Menyambung bicara tentang rencana ‘percutiannya’, Aamir mengaku ia akan menjadi rehat pertamanya selepas 35 tahun bekerja tanpa henti.
“Saya rasa telah bekerja tanpa henti selama 35 tahun dan hanya memberi fokus terhadap kerja selama ini.
“Saya rasa sikap ini tidak adil untuk orang terdekat saya. Jadi kali ini saya mahu menghabiskan masa bersama mereka dan melalui pengalaman hidup yang berbeza.
“Saya tidak sabar menanti tahun, terutama apabila mengingatkan diri tidak akan bekerja sebagai pelaaku seni selama setengah tahun,” tambahnya lagi.
Sementara itu, untuk tahun ini, wajah bintang berusia 57 tahun itu akan kelihatan sebagai cameo menerusi filam Iakonan Kajol, Salaam Venky yang dijadualkan tayang bulan depan.
Sumber : Gempak Via Hindustan Times
Kalau Pergi Bercuti, Jadilah Jurugambar Isteri. Pikat Hati Sampai Hari Tua. Deep!

Semua pasangan suami isteri ingin bahagia. Begitulah rumahtangga, walaupun nampak biasa-biasa aje perbuatan itu, tapi ia meninggalkan kesan yang mendalam.
Walaupun sekadar hanya mengambil gambar, ia sudah cukup membuatkan kasih suami isteri makin melimpah.
Ikuti perkongsian ini.
Kalau pergi bercuti, jadi lah jurugambar isteri.
Adat orang perempuan, suka nampak lawa. Tapi nak dapatkan sekeping gambar yang dia puas hati tu bukan senang! 100 keping gambar sama belum tentu dia upload lagi.
Jadi kalau nak jimat masa kena la study sikit pose yang dia suka. Dua benda je sebenarnya orang perempuan suka tengok dekat gambar mereka. Nak nampak tinggi dan kurus!
Nak dapatkan gambar macam tu tak susah pun. Kena la guide beliau sikit sebelum snap.
” ok baby ke kiri sikit bagi center, kaki lurus ke depan sikit, angkat dagu sikit, toleh kiri kanan belakang depan, 3,2,1 cisss!”
Jangan angkat camera main tekan je kang jadi gambar tak lawa pulak buang masa.

Ok dah dapat gambar yang beliau suka. Masalah timbul bila semua gambar cantik!
Nak pilih gambar 1 je dari pagi bawa ke malam. Jadi ikut pengalaman saya akan delete je senyap-senyap biar tinggal 2-3 keping gambar sebelum dia tengok. Kejap je dia boleh pilih kompem!
Bila dia dah pilih satu gambar yang paling cun. Soalan biasa akan keluar,
” baby, gambar ni ok tak?”. Kat sini kita tak boleh jawab “ok je”. Terlalu simple dan terlalu jantan.Ini bakal merosakkan mood mereka.
Jawapan perlu disertakan dengan huraian. ” ok ni darling, lighting on point, tudung nampak tajam baju nampak flowy, bulu mata lentik, nampak kurus nampak tinggi dan sebagainya “.
Macam ni baru mereka seronok dengar!
Tak ada apa yang sukar bila kita senang berkomunikasi dengan isteri. Ambil sedikit masa buat mereka rasa dihargai.Senang hati isteri dilayan macam puteri. Sentiasa jadikan mereka yang pertama di hati.
Bersabarlah melayan isteri kita,Mereka pembawa bahagia. Pikatlah hati mereka,
Walau sampai hari tua.
Semoga kita menjaga hubungan yang baik dengan pasangan.
Kredit: Syamsul Fitri
“Buat Tabungan Guna Duit Nafkah Untuk Tambah Berkat Rezeki Suami Berniaga.” Wanita Ini Buat Tabung 52 Minggu & Tabung ‘Suamiku Kaya’. Kreatifnya!

Mengumpul tabungan mengikut jenis warna duit mungkin sudah terbiasa bagi kita. Ada yang mengumpul untuk tabung anak, travel, simpanan tetap malah tak kurang juga tabungan untuk hadiah diri sendiri.
Berbeza dengan Hani Mynis yang menyediakan sebuah tabung cukup kreatif, mengikut caranya sendiri. Tabungan 52 dan Tabung Suamiku Kaya ni memang unik. Nak tahu tabung jenis apa ni, jom baca.
Selalu ada tabung hijau (rm5) dan tabung oren (rm20) kan, tp tahun ni Hani tak buat tabung warna warni tu dan hanya buat tabung dua ni iaitu tabung 52 minggu dan tabung “suamiku kaya” ?
Masuk tahun ni, ni tahun ke 4 Hani buat cabaran simpanan duit 52 minggu ni. Masa jadi pelajar dulu, memang dihujung tahun dapat kumpul duit ni sangat berguna. Macam dapat duit kutu gitu haha. So dengan duit ni lah kalau hani nak
tebus wish list ke apa.
Percaya tak dengan duit tabung ni dua tahun lepas dapatlah sponsor sikit untuk hantar mummy pergi umrah (alhamdulillah?) dan tahun lepas dapat bagi 30 hadiah sempena besday husband yg ke-30. Semua guna duit sendiri
campur duit tabung ni (padahal student lagi tak bekerja gitu ?).
Untuk tabung “suamiku kaya”, baru tahun ni Hani mula sebenarnya. Sebab nak tolong tambah keberkatan rezeki suami berniaga je. Nak tolong je hahaha ?. Macam Hani pernah mention dulu, walaupun isteri ada pendapatan / duit sendiri,
suami elok juga bagi nafkah @ duit poket untuk isteri sebelum pergi kerja supaya berkat lagi duit suami.
Walaupun dua ringgit insyaAllah ada lah keberkatan dia kat situkan (tetiba bertukar mode ustazah nak bagi tazkirah pulak haha)
Duit poket yang alif beri setiap pagi sebelum kitorang keluar rumah, Hani masukkan dalam tabung sambil berdoa semoga Allah limpahkan banyak rezeki buat suami dan diberkati setiap duit yang masuk. Ha Sebab tu nama tabung ni : tabung suamiku kaya ?? mana tahu berkat doa isteri dan masin mulut suami jadi kaya haha.
Hanya berkongsi, mana yang nak mula tabung 52 weeks tu sempat je mula lagi. Details dalam caption gambar ye ??
Konsep dia setiap minggu masukkan duit ikut lah itu minggu ke berapa kan.
Kalau sekarang ni dah masuk minggu ke 13, boleh masukkan dalam tabung tu RM13. Dan seterusnya. Hani masukkan duit setiap hari Jumaat.
Mana yang baru nak mula minggu ni. Masukkan terus RM91 dalam tabung ni (dah gaji kan haha). So minggu depan teruskan je masukkan RM14 dan seterusnya. Seminggu sekali je masukkan duit, bukan hari-hari. Sebab tu tabung ni namanya
tabung 52 minggu.
Simpan lah dalam bekas apa-apa. Kalau takut terpakai, guna tabung yang tak boleh bukak (jenuh nak bukak, bukan tak boleh haha).
Free printable nak keep track senang. Total RM1378 banyak kan sapa nak bagi haha.
Ada yang nak masukkan nilai-nilai lain. Macam seminggu RM10 ke. Terpulang. Tulis amount kat sini so kita ingat minggu ni dah masuk ke belum duitnya.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Hani Mynis