Bila Demam Tengah Malam & Ubat Pun Tak Ada, Usahakan Petua Ni Untuk Redakannya!

Share

Demam, boleh katakan inilah yang kerap terjadi. Kalau bukan anak yang demam, diri kita sendiri pula.

Andai tiba-tiba suhu badan naik pada waktu tengah  malam, dan ubat tiada. Bolehlah dicuba beberapa petua ini.


PETUA NAK TURUNKAN DEMAM PANAS ANAK.

”Kalau anak demam panas boleh guna cara nie.Mmg cpt turun suhu.”

Bahan-bahan :

Lemon 2-3 slice
Air sejuk semangkuk
Tuala kecil

Cara-caranya:
1. Satukan air sejuk dengan lemon.

2. Ambil tuala kecil dan rendamkannya di dalam air sejuk tadi.

3. Letakkan  di dahi.

”Semalam danish suhu paling tinggi 38.9
Lepas tu turun 38.3 > 37.5. Sekarang dah 37.1″

Kredit : Hani Pembor

Selain cara ini, orang tua-tua dulu ada juga menggunakan bahan-bahan lain untuk meredakan demam.

Daun bunga raya

Ambil beberapa helai daun bunga raya kemudian diramas-ramas di dalam rendaman air yang sedikit. Kemudian letakkan di dahi dan di kepala.

Asam jawa

Ambil asam jawa, kemudian bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes yang pekat. Kemudian sapukan pes tersebut pada bahagian dahi.

Minum banyak air

Bila suhu badan meningkat, pastikan mengambil air putih secukupnya untuk menurunkan suhu panas tersebut.

Pun begitu, perlu diingat usaha ini hanya bertujuan membantu mengurangkan suhu panas badan, namun jika tidak serasi segeralah bertemu doktor untuk dapatkan rawatan.