Sekarang ini boleh dikatakan mudah sangat anak-anak kita demam, batuk dan selesema. Bila ini berlaku, kita sebagai ibu akan berasa rungsing.
Apa tidaknya, melihat anak lesu tidak mermaya ditambah pula merengek dan menangis, semua ini boleh buat kita risau melihat keadaan anak.
Lalu kita mengharapkan agar suhu panas segera dapat diturunkan dan sekali gus anak kembali sihat dengan memberi makan ubat. Meskipun begitu, bagi membantu dan mengelakkan daripada demam mencapai suhu yang lebih tinggi, biasanya kita akan lap badan anak dengan tuala yang lembab. Bahkan ada sesetengah ibu tidak membenarkan anak mandi.
Pun begitu tahukah anda, petua untuk cepat turunkan suhu badan anak yang demam adalah dengan mandi! Bukan sekali malah 3 kali sehari.
Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar.
Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
Bila selsema tetap mandikan 3 kali sehari supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu-ibu hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku, anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kena pun 3 hari.
Batuk tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak dia dah longgar tepuk belakang anak everytime dia batuk takpa dia muntah lebih baik jadi semua lendir-lendir tu keluar)
Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk.
Ads
Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap.
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.
Mandi dia ada cara. Mulakan dari kaki dahulu, selepas itu badan jirus dalam 3-4 kali bagi wap panas keluar, last sekali baru ke kepala.
Ads
Dah keluar bilik mandi lap hidung terlebih dahulu takut air masuk hidungkan nanti selsema pula.. inshaAllah akan baik.
Cara ke 2 mandi guna buah lemon. Hiris-hiris selepas itu letak dalam tab mandi atau baldi.
Kredit : Kiyuka Hamid
Ads
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
Masih mood berhari raya selagi namanya masih bulan Syawal. Mungkin ada yang merancang mengadakan jamuan potluck raya di tempat kerja namun masih buntu tentang menu yang ingin dibawa.
Apa kata sediakan sahaja menu yang ringkas ini dan dijamin digemari ramai.
CAKE OREO CHEESE GUNA 3 BAHAN JE
bahan-bahan:
biskut oreo ( 2 paket yang panjang tu )
200ml (anggaran 1 kotak kecik ) susu dutch lady coklat ( susu pun boleh )
cheddar ( kalau nak )
cara buat :
1. Blend hancur oreo sekali dengan krim biskut oreo tu.
2. Masuk kan susu coklat sikit demi sikit
3. Masukkan dalam bekas
4. Kukus 20 minit, tunggu sejuk , terbalik kanp arutkan cheddar dan letak coklat chip
DAN SIAP kurang 30 minit dan bajet rm10 je ( tanpa cheese )
Perghhh serius sedap . lembut gila aku tengok dok viral bubuh coklat cair tapi aku rasa macam manis sangat.
Jadi aku tukar dengan cheddar , dia ngam-ngam rasa tak manis sangat , lemak-lemak gitu.
selamat mencuba
p/s : untuk cake gambar ni aku guna dua bungkus oreo
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bayangkan hanya dalam tempoh empat bulan semuanya berubah. Jika empat bulan lalu mereka sekeluarga masih boleh gembira melancong bersama, namun hari ini isterinya hanya terlantar tanpa boleh melakukan apa-apa. Segala urusan termasuk memandikan dan membersihkan isteri wanita ini dilakukan oleh suaminya.
Kaki dan tangannya mengering dan kehitaman. Ustaz Zaheer Zainal yang menziarahi wanita berkenaan berkata, asnaf ini menangis mengenangkan nasibnya.
“Dalam masa empat bulan kaki dan tangannya bertukar hitam. Lebih menyedihkan sebelah tangannya mereput dan terpaksa dipotong.
“Menurut cerita asnaf itu, sakitnya berpunca dari bakteria yang sangat aktif dan ganas. Dia ini mengidap kencing manis kronik. Sehingga kini, doktor masih mencari cara untuk merawat asnaf ini.
Kata Ustaz Zaheer lagi, melihat isterinya menangis, si suami turut menangis mengenang nasib isterinya yang amat mengejutkan ini. Suami inilah tempat bersandar si isteri yang tak mampu mengurus diri sendiri.
Penulis sebak mendengar cerita Ustaz Zaheer. Pastinya lebih sebak mereka yang menanggung ujian ini.
Allahuakhbar, bantulah mereka mendapat jalan kesembuhan. Bersamalah kita doakan keluarga ini tabah.
Alhamdulilah, asnaf miskin ini menerima bantuan dari Zakat Selangor sejak tahun 2018 iaitu menerima bantuan kewangan bulanan (RM400 sebulan) serta makanan bulanan
Melihat kepada penyakit kencing manis kronik dan juga jangkitan kuman pada kedua-dua belah tangan dan kedua-dua belah kakinya, bantuan perubatan akan dipertimbangkan untuk mereka. Alhamdulillah, syukur.
Bersamalah kita doakan semoga beliau terus tabah dengan ujian ini. ?
Bila bercerita tentang berdiet, tidak semua punya hati kental untuk lakukan secara konsisten. Apatah lagi andai tiada siapa yang memberi sokongan.
Pun begitu, beruntungnya suami ini apabila si isteri bersungguh-sungguh menjaga diet suaminya hingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 28kg selama 3 bulan.
Usaha yang konsisten seperti ini oleh isterinya, harus diberi pujian dan sekali gus diharapkan dapat menyuntik semangat kita sebagai ibu dan isteri untuk menjaga pemakanan keluarga agar semuanya sihat dan memiliki berat badan ideal
Teruja mengetahui lanjut, jom kita baca perkongsian dari seorang isteri ini.
Bagaimana suami saya hilang 28kg dalam masa 3 bulan tanpa sebarang ubat kurus dan tanpa stress dengan hanya 4 langkah mudah.
(1) Makan suku-suku separuh. Ini penting. Suku karbohidrat. Suku protein. Separuh gabungan buah dan sayuran. Makan 3 kali sehari ikut portion ni. Bila lapar, makan buah. Tapi diet ni jarang buat kita lapar sebab nutrisi cukup. Tapi awas ye, sukatan kena tepat. Jangan mengelat. Contoh2 menu suku-suku separuh ada di gambar.
(2) Buat senaman yang kita suka. Suami hanya bersenam 1 jam setiap hari. Samada berenang atau jalan-jalan di mall. Senam tak semestinya yang membebankan. Bila kita buat benda yang kita terpaksa, benda tu takkan bertahan lama. Buat benda yang kita enjoy.
(3) Air kena cukup. 3 liter sehari. Ikut keperluan badan dan aktiviti hari tu. Kita boleh tahu body kita tak cukup air bila bibir merekah dan air kencing bewarna pekat. Dan yang penting untuk tips minum air, apa yang penting adalah penyerapan air, bukan berapa banyak liter yang kita minum. Jadi, tips penting, minum sikit-sikit tapi dengan kerap.
(4) Tidur yang cukup. Makan awal. Lepas maghrib dah kena stop makan. Suami selalu akan tidur tidak lewat dari jam 10 malam dan bangun jam 5 pagi. Tidur yang cukup dapat elak body stress. Stress akan menggangu penurunan berat badan.
Ini antara menu yang disediakan untuk suami tercinta.
Semoga bermanfaat & dapat beri inspirasi kepada yang masih berhempas pulas untuk dapatkan berat ideal.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...