Perkongsian daripada salah seorang pemilik akaun fb yang dikenali sebagai Norliza Mohd Salleh, cukup menarik. Beliau banyak berkongsi kebaikkan jamu dan petua orang lama untuk dimanfaatkan bersama.
Dan ini merupakan satu lagi perkongsiannya yang boleh dicuba sekiranya diri kita ataupun sesuai juga untuk diamalkan oleh anak dara kita yang menghadapi masalah bau badan.
Umumnya, bau badan terjadi pada seseorang wanita bila berlaku perubahan hormon terutamanya yang baru mencapai aqil baligh. Pun begitu, tidak dinafikan masalah berat badan berlebihan juga boleh menimbulkan masalah badan berbau.
Jadi bagaimana cara untuk atasi bau badan ini?
Petuanya tidak susah, hanya menggunakan air rebusan sireh dan daun inai yang diminum secara konsisten. Untuk mengetahui lebih lanjut jom ikuti perkongsian daripadanya.
Tempoh hari seorang rakan mengadu bahawa anak gadisnya yang semakin meningkat remaja mengalami masalah bau badan serta punya masalah jerawat di badan akibat perubahan hormon.
Maka, saya mencadangkan anaknya meminum air rebusan sirih dan inai,
Petua turun- temurun ini sesuai juga diamalkan tak kira lelaki atau wanita.
Rebusan Daun Sireh Dan Inai
Bahan-bahan:
Daun Sireh -3 helai
Daun Inai – segenggam
Air – 3 gelas
Cara-cara:
1. Direbus kesemuanya degan api sederhana kecil dari 3 gelas menjadi 1 gelas
2. Tapis dan minum bila sudah suam. Diamalkan seminggu sekali. Lebih elok diamal setelah period.
Sesuai juga untuk:
Angin dalam badan
Cirit birit
Sengal-sengal badan
Sakit kepala/menyejukkan badan
Segarkan badan
Mengalami jerawat muka dan badan
Melicinkan kulit
Hilangkan gatal-gatal kulit