Bila Dalam Rumah Jenis Tak Masuk Cahaya, Hidup Ke Pokok Ditanam? Ni Perkongsiannya Boleh Follow!

Share

Seronoknya kalau dapat cantikkan dekorasi rumah dengan adanya  pokok-pokok hidup sepasu dua. Pasti nampak segar dan indah mood kediaman.

Namun sering juga menjadi tanda tanya, pokok jenis bagaimana sesuai ditanam?

Maklumlah, melihat  pokok dalam pasu  yang sedia ada di luar rumah pun tak berapa subur, ni kan pula di dalam rumah yang terhad menerima cahaya matahari.

Apatah lagi jika tinggal di rumah jenis flat, apartmen atau seumpamanya, umumnya tidak semua  rumah  ada cahaya matahari masuk.

Jadi boleh ke tanaman hidup jika di tanam?

Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian Huda Zainal untuk info bersama buat anda  yang ingin mencuba hobi tanam pokok di dalam rumah.


Ada pokok hidup dalam rumah ni memang sangat mendamaikan. Kadang-kadang boleh jadi kawan bersembang.

Namun keadaan rumah yang kurang pencahayaan matahari menjadi masalah kepada pokok hidup.

Baru ni dapat message:

“Sis, I teringin sangat nak letak pokok hidup dalam rumah. Masalahnya, rumah I ni jenis tak masuk cahaya matahari. Ada tak pokok yang sesuai dengan masalah I?”

Dalam buku “Grow In The Dark” yang dikarang oleh Lisa Eldred terdapat beberapa jenis pokok hidup yang mampu bertahan dengan keadaan yang gelap atau kurang pencahayaan. Antaranya:

1. Aglaonema (Chinese Evergreen)

Terdapat 6 spesies Aglaonema. Mampu hidup dengan cahaya yang amat sedikit namun apabila terlalu lama tidak mendapat cahaya, warna pink dan merah pada daun akan semakin pucat.

Usah risau, bawa keluar. Letakkan di tempat teduh selama 7 hari. Warna pink, merah, kuning atau hijau pada daun akan kembali pada warna asal.

2. Dracaena Fragrance (Corn Plant)

Antara pokok yang tidak memerlukan pemerhatian yang tinggi. (Low maintenance houseplant).

Sesuai diletakkan di kawasan kurang pencahayaan, namun perlu mengurangkan siraman air. Mudah mati jika terlebih sekiranya berada di ruang yang gelap.

3. Epipremnum Aureum (Pothos / Devil’s Ivy)

Pokok yang paling versatile. Sangat sesuai dalam pelbagai keadaan termasuk ruang yang hanya bergantung pada pencahayaan lampu sahaja.

Mampu hidup dalam air, dalam tanah ataupun digantung.

4. Malanta Leuconuera (Prayer Plant)

Nak warna merah dan hijau kekal berseri, jauhkan daripada cahaya matahari. Dalam keadaan gelap, daun ‘prayer plant’ akan menegak keatas.

5. Sanseviera (Snake Plant)

Jika diletakkan pada kawasan kurang pencahayaan, warna hijaunya akan bertukar kepada hijau yang agak cerah berbanding jika mendapat cahaya.

Tidak suka pada tanah yang terlampau basah. Siram sekali sahaja dalam tempoh 2 minggu sekiranya berada dalam rumah dan jauh daripada pencahayaan matahari.

6. Zamioculcas Zamiifolia (ZZ plant)

Dikategorikan sebagai ‘slow growing plant’. Namun mampu membiak melalui batang ataupun daunnya.

Juga sangat sesuai pada ruang kurang pencahayaan.

6 ini antara pokok yang sesuai dengan pencahayaan yang sangat sedikit dan paling penting turut tersenarai dalam “Hard To Kills Plant”. Jadi untuk rumah yang ada masalah pencahayaan, boleh cuba dengan 6 jenis pokok ni dulu.

Huda Zainal: 4 daripada 6 ni pokok yang Huda berjaya bela dalam keadaan kurang pencahayaan.

Sumber : Huda Zainal 

Nak macam-macam info lagi? Join channel Telegram keluargagader club