Dalam keghairahan kita mengejar kekayaan dan nikmat hidup bermewah, kadang kita alpa dengan penjagaan kesihatan diri. Makan apa sahaja, tiada senaman dan pastinya kesihatan diabaikan. Namun, tidak selamanya kita hidup sihat. Tetapi jika diberiNya harus disyukuri dengan istiqomah. Bagaimana pun ada juga antara kita diduga masalah kesihatan dengan pelbagai penyakit.
Perkongsian yang dipaparkan oleh Suhaimi Saiful sungguh membuka minda bahawa penjagaan dan pemeriksaan kesihatan adalah keutamaan selain kesibukan mengejar harta dunia.
Beliau juga berkongsi kisah sedih bagaimana ibu saudara telah disahkan mengidap kanser tahap empat hanya dalam sekelip mata. Bukan tidak percaya ketentuan Ilahi, tetapi sebagai hambanya harus hidup dalam kesederhanaan agar kehidupan lebih seimbang buat diri dan keluarga. Moga perkongsian ini memberi kita inspirasi, buat kita BELAJAR SESUATU ‘ bahawa nikmat kesihatan yang tidak boleh didustakan. Moga muhasabah diri.
_______________________________________________________________________
“AKU BELAJAR SESUATU…”
Semestinya, korang yg membaca posting ni nak tau kan? Sbb apa korang nak tau? Sebab korang jenis yg sukakan ILMU…Klu tak, mesti korang tak terus scroll down..
Okay semua. Saja sy nak share something. Sesuatu yg mungkin biasa bagi korang tapi bagi sy ianya sgt memberi kesan yg mendalam..
Apa yg sy belajar?
NIKMAT KESIHATAN. Nampak ringkas. Tapi sebenarnya ianya penuh dgn maksud yg sgt2 mendalam.
Lebih kurang awal tahun ni, makcik saya disahkan menghidap penyakit KANSER STAGE-4.. Apa yg mengejutkan, kanser tersebut sebesar telur ayam di payudara beliau..
Takut? Korang yg baca ada rasa takut? Klu kena pd korang, rasanya apa TINDAKAN korang? Terus check doktor kan?
.
Berbeza dgn makcik sy.. beliau tak mengambil serius. Sekadar menganggap ianya ketulan biasa.. Tapi akhirnya, ianya merupakan ketulan KANSER yg sudah membesar..
Mungkin bila dh terlalu sakit, beliau merujuk ke hospital.. Namun, itulah hakikat yg harus diterima..
Then, after check up dan lain2, sebelah payudara beliau dibuang. From time to time, beliau teruskan jugak check up & chemo dgn hospital..
.
Dan semalam kami sekeluarga dikejutkan dgn berita yg kanser tersebut dah merebak ke bahagian kepala, dada, punggung dan jugak kaki..
.
Semasa sy terima berita ni, sy tgh meeting dgn team flerr hq.. Selesai meeting, sy terus ke rumah makcik utk tengok keadaannya.. Kami sekeluarga ada berbincang tentang alternatif yg ada..
.
AJAL MAUT DI TANGAN TUHAN
Yes.. Sy sendiri tak nafikan tentang perkara ni. Cuma, berita ni agak mengganggu fikiran sy. Sejak malam semalam sy memikirkan apa yg patut sy bantu.. fikirkan utk makcik sy.. tapi, sy sendiri BLANK! Hospital cuma bagi ubat tahan sakit.. Kat situ maybe ada signal drpd pihak hospital..
Apa yg kami sekeluarga cuba lakukan, mungkin membeli ubat mcm yg pakar cadangkan.. Pakar Onkologi HKL, Dr Ros Suzanna ada suggest beberapa jenis kaedah perubatan dan kos pun +- RM250K.. Mampu?
.
Wlupun ianya bakal menelan belanja ratusan ribu ringgit, kami mungkin akan cuba usahakan..
.
Apa yg ada dlm fikiran sy adalah, KANSER skrg dah mcm penyakit yg biasa di kalangan kita.. BREAST CANCER especially mcm something yg biasa.. Ada ahli keluarga kita yg kena.. sedara mara.. kawan2.. staff.. atau mereka di sekeliling kita..
Kita wajib peka dgn apa yg berlaku skrg. Bila dah sakit, bru kita tau NIKMAT KESIHATAN.. Bukan lagi NIKMAT HARTA.
Misalnya kita diuji Allah menghadapi kanser.. apa jenis kanser.. ADAKAH KITA MAMPU MENERIMANYA???
.
Korang yg baca posting ni, sy mohon doakan semoga makcik sy diberikan kesembuhan oleh Allah SWT.. Tak ada tempat utk kita meminta selain drpdNYA..
.
Hanya Allah yg Maha Menentukan segala2nya.. Bru kita TAHU & FAHAM bahawa segala apa yg berlaku merupakan KETENTUAN drpd Allah juga..
JAGA PEMAKANAN
Pesan sy, korang jaga diri baik-baik. Tolong jaga pemakanan. Especially org perempuan, buat la check up mungkin setahun sekali ke.. At least korang tahu tentang tahap kesihatan sendiri..
Jika kita ada duit banyak pun, tapi kita tak sihat, tak guna jugak kan? Dan akhirnya kita sedar yg DUNIA HANYALAH JAMBATAN KITA KE AKHIRAT..
Klu kita balik pd Sang Pencipta nanti rasanya apa bekalan yg kita bawa. Teruskan berbuat kebaikan.. Jgn berhenti! Bantulah ramai org.. Tak cukup sekadar beribadah semata2.. Islam ni syumul.. Meliputi segala aspek kehidupan..
Klu korang ada bisnes yg blh dikongsikan pd ramai org, kenapa perlu disorok? Sampaikanlah.. mana tau sedikit sebanyak blh tampung belanja seharian diorang kn?
BAYANGKAN… KITA DUDUK DI KUBUR TANPA DITEMANI AHLI KELUARGA. Amalan di dunia ni akan menjadi bekalan kita di sana nanti..
Abu Darda berkata..
“Tiga perkara yang membuat aku ketawa dan menyebabkan aku menangis. Antara tiga perkara itu ialah orang yang mengejar dunia, padahal kematian sedang mengejarnya.. Individu yang ketawa terbahak-bahak, tetapi dia tidak tahu adakah Tuhannya redha kepadanya atau memurkainya.. Dan individu yang lalai padahal Allah tidak pernah lalai kepadanya..”
Sy doakan korang semua diberikan kesihatan yg baik oleh Allah..
Wallahu’alam…