Pengalaman sebagai pesakit Covid-19, apatah lagi apabila disahkan satu keluarga positif bolehlah dikatakan ibarat satu mimpi ngeri yang cukup menakutkan bagi yang pernah melaluinya. Dan bila mana anak beranak sama-sama bertarung ‘melawan’ Covid-19 dan akhirnya diberi kesembuhan, nyata ia adalah suatu rahmat yang tidak ternilai dirasakan.
Atas rasa ingin melahirkan rasa kesyukuran, pelakon Mawar Rashid telah menunaikan nazarnya dengan niat bersedekah menyumbangkan keperluan hospital untuk pesakit-pesakit Covid-19.
Menurutnya, pengalaman dia bersama keluarga menjadi mangsa Covid-19 selama dua minggu cukup membuatkan dia trauma dan berharap tidak akan berlaku lagi di dalam keluarganya.
Hal ini ada dikongsikan oleh Mawar Rashid di instagram miliknya.
Tunai Nazar
Alhamdulillah Mawar dah lepas niat bernazar ke atas Family Mawar & Mommy Mawar 🥺 Mawar bernazar sekiranya kami semua sembuh dari Covid-19 dengan izin Allah Swt, Mawar berniat tuk sedekah keperluan2 di hospital untuk pesakit2 Covid di hospital.
Bila dah kena baru tahu betapa serious and scary sgt 😭 Selama ni duk baca kat socmed je.
My brother @eddydatorashid called Hospital Selayang & Hospital Ampang untuk tanya apa yang diperlukan and within my donation budget. So Mawar mampu donate 15x Oxygen Tank, 5x Trolley Oxygen Tank & 5 Pressure Regulator untuk Hospital Selayang. 4 Divider & 5 oximeter untuk Hospital Ampang.
Tapi amount yang Mawar sumbang tak cukup untuk keperluan hospital.. hospital urgently perlukan 2 unit Lifting Trolley Bernilai RM35k each. Sebab tu Mawar terfikir untuk nak buat Live dan raise fund untuk hospital.
Ads
Sama-sama Menyumbang
Alhamdulillah, thank you kepada kawan2 Mawar, @eyra.hazali @zoeyrahman @shahasan22 and @nurinafiqaaah @aleeyazailan @anjoulielavocah1 sebab sama2 create awareness dalam Live Mawar. Together we have collected another RM74k++. Thank you jugak kepada semua followers yang dah donate di Live kitorg haritu. Tak lupa jugak yang donate dari IGS Mawar. We appreciate it so much. Murah rezeki korang semua. Rakyat Malaysia sangat pemurah 🥺🤍
For this, Mawar dah contact with hospital utk order dan hantar 2 Lifting Trolleys, Tapi unfortunately Bila order stock yang beharga RM35k berada di luar negara and mengambil masa 8-10 minggu untuk sampai ke pihak Hospital, apa yang kami jumpa yang ready stock adalah RM 52,000. 😭, Pihak mawar tgh berbincang dengan Hospital untuk mencari supplier yang ready stock dan harga yang +-RM35k. dan Pihak hospital telah suggestkan untuk kami membeli lifting Trolley 1 unit dan Baby Warmer 1 unit. Harga Baby warmer adalah RM35k, sama dengan Lifting trolley.
Baby Warmer adalah utk pihak hospital menjaga anak kepada patient covid. Nanti kami share dengan you all perkembangan. Dan kami akan upload resit2 pembelian juga ya.
Kepada supplier2 Barang hospital. Boleh hubungi Manager Mawar juga tau.
Ads
Ni hanyalah bahagian pertama derma yang mawar ikhtiarkan. Bahagian kedua adalah daripada sumbangan-sumbangan ulls. Untuk sumbangan yang kita raise sebanyak RM75 141.90 haritu, Mawar akan buat LIVE pada hari tersebut bersama artis-artis yang terlibat. InsyaAllah. Doakan @eddydatorashid dipermudahkan untuk dapat barang-barang hospital tu..
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Cili padi kalau di tanam sepokok dua di laman rumah bolehlah digunakan untuk masakan harian, lebih-lebih buat keluarga yang suka makan masakan yang pedas. Memang tidak sah kiranya kalau tidak menggunakan cili padi di dalam masakan apatah lagi ketika menyediakan sambal belacan. Berpuluh-puluh cili padi digunakan untuk pastikan sambal belacan yang disediakan pedas menyengat, barulah ada umpph katanya.
Jadi memberi lebih rasa kepuasan, bertambah istimewa kiranya cili padi yang digunakan adalah yang dipetik di laman sendiri. Apa yang pasti cili padi lebih segar dan bila-bila masa sahaja boleh dipetik. Ini memandangkan pokok cili yang ditanam biasanya akan mengeluarkan hasil yang banyak. Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh Cikpooja ini. Walau pun dirinya bukanlah pakar dalam bidang tanam menanam, namun hasil tuaian pokok cilinya memang memberangsangkan.
Nak tahu apa yang dia lakukan, jom semak perkongsian ini.
Hai semua …Pagi nie….Cikpooja nak belanja picture pokok cabai burung@cili kampung@cili padi. Tanam dalam pasu kat balkoni umah je… Alhamdulillah..sepokok je pon!! Makan tak habis.- Cik pooja
Kepada yang bertanya cara tanam… Cikpooja ni tak lah pakar sangat…semua ni bidang terjun je nih. Ni cara cikpooja tanam cili ni ye.
*Cikpooja tanam guna biji cili yang dah masak ranum (lenyek-lenyek je kat tanah dalam pasu semaian)
*Selepas seminggu…InsyaAllah dia akan bercambah…
*Masa ni kita cuma kene pantau kelembapan tanah je…jangan terlebih siram ya…tak yah guna baja lagi…(sat g baby pokok panaihteruih KO)
*bila pokok dah keluarkan daun dalam 5,6 helai…(tempoh tanam dalam sebulan gitu)…Okey boleh ubah ke pasu baru yea!
Cikpooja tak tau kaedah apa yang cikpooja guna ni…janji hidup subur sudah.
*bahan-bahan untuk kaedah cikpooja tanam nih
-Anak pokok cili
-Pasu yang diisi tanah bakar(pasu yang berlubang dibawah yea)
-Baldi(yang ngam-ngam dengan pasu yea) bancuhan baja AB
Step-stepnya…
*tanam anak pokok cili dalam pasu
*letak pasu di atas baldi yang diisi dengan air bancuhan baja AB tu…(air baja tu isi agak-agak bila letak pasu…bontot pasu cecah air baja yea…)
cikpooja guna cara ni sebab mudah dan senang…tanah akan sentiasa lembap…
bila air baja dah nak kering..kita topup lagi
bila pokok dah naik segar elok…cikpooja guna kaedah CUBIT2 buang pucuk pokok cili tu supaya dia bertambah tunas-tunas baru…InsyaAllah akan lagi merimbun pokok cili kita lepas tu
*1 je masalah bila tanam cili ni…serangan bena(mende yang putih2 tu)…cikpooja tak guna pape racun serangga pon…Cuma hari-hari cikpooja akan intai-intai bawah-bawah daun tu…dan tenyeh-tenyeh deme tu…daun yang patut buang…kita buang…
Apa itu buah kulim? Mungkin ramai yang tidak pernah dengar atau melihat bagaimana bentuk dan apatah lagi merasa buah kulim ini.
Menurut petua orang lama, buah kulim ini banyak manfaatnya dari segi penjagaan kesihatan.
Pun begitu, ada baiknya kita baca perkongsian daripada Dr Suri Roowi dari sudut fakta sains. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
BUAH KULIM @ BAWANG HUTAN UNTUK MASALAH BUAH PINGGANG ?
Saya ditanya oleh seorang rakan FB tentang Buah Kulim, adakah ia sesuai untuk pesakit buah pinggang?
Saya telah merujuk kepada beberapa kajian saintifik tentang Buah Kulim tetapi tidak banyak kajian yang dilakukan ke atas buah ini.
Tiada juga info tentang adakah buah ini sesuai atau tidak untuk pesakit buah pinggang.
Buah Kulim dikenali juga sebagai Bawang Hutan dan berbau seperti bawang.
Ikut pengalaman saya, antara bahan berbau yang biasa dijumpai dalam tumbuhan jenis ini adalah Sulfur.
Di antara sumber Ubat Dari Dapur yang ada Sulfur seperti bawang merah, bawang putih, petai dsb
Saya teruskan kajian literature dan sangat tertarik kepada kajian Saintis dari Mexico, Iran dan Turki (sila rujuk kajian di bawah).
Hasil Kajian
Hasil kajian mendapati BAWANG PUTIH mengandungi bahan khasiat Allicin.
Bahan ini boleh membantu pesakit buah pinggang kronik (CKD) dengan memperbaiki fungsi buah pinggang, mengurangkan tekanan darah tinggi dan tekanan oksidatif.
Caranya adalah, ambil 2@3 ulas bawang putih, asingkan kulitnya, ketuk, biarkan 10 minit, tuangkan air suam, tambahkan sedikit madu asli dan diminum.
Untuk info lanjut tentang bawang putih dan penyakit buah pinggang, sila rujuk Jurnal di bawah
Justeru, lebih mudah masuk dapur je..’instead of’masuk hutan
1. Int. J. Mol. Sci. 2017, 18, 1980 doi:10.3390/ijms18091980 (Saintis Mexico)
2. Renal Failure, 33(7): 718–725, (2011) (Saintis Turki)
3. Iranian Journal of Kidney Diseases | Volume 7 | Number 5 | September 2013 (Saintis Iran)
Pastinya semua pasangan suami isteri mempunyai impian untuk hidup bersama sehingga hari tua.
Namun ajal maut jodoh dan pertemuan semua di tangan Allah. Siapalah kita untuk menghalangnya. Namun sebagai manusia biasa, kita tidak lari dari rasa sedih memikirkan apa terjadi.
Terbaru menerusi muat naik video di Instagram milik pelawak dan pelakon, Shuib, warganet meluahkan rasa sebak melihat keluarga itu yang baru kehilangan orang tersayang.
Biarpun Shuib kelihatan bersahaja memaparkan wajah ceria membawa minuman kegemaran anak-anaknya, namun jauh disudut hatinya tidak dapat melupakan insan tersayang.
Malah menerusi video berkenaan, peminatnya ada yang melihat dibahagian akhir video kelihatan wajah Shuib bagaikan termenung dengan padangan ‘kosong’.
Biarpun dirinya sedang berduka, sebagai seorang ayah jiwanya kuat dan tabah untuk memberikan keceriaan buat anak-anak.
Selalunya ibu yg akan orderkan Bubblebee utk budak-budak ni. Budak2 ni pon dah berapa hari abis kuarantin,jadi harini teringin sgt katanya nak makan Bubbblebee,,,So arini kita layankan diorang Bubblebee,,,Bg diorang HAPPY 😊 Alhamdulillah #SentiasaRindu
Untuk makluman, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM jam 5.13 pagi, Isnin lalu. Allahyarham merupakan isteri kepada pelawak dan pelakon, Shuib. Pasangan itu yang berkahwin pada 26 Februari 2011 terlebih dulu dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6 dan bayi baru lahir, Ayash Affan.
Tersalah beli rumah, ini nasihat apa kena buat oleh perunding hartanah. Membeli rumah adalah salah satu keputusan kewangan paling besar dalam kehidupan.