Bila Dah Jodoh! Jarak Usia 37 Tahun, Anak Tak Sangka Dapat ‘Ayah Muda’
Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah. “Kun Fayakun” (“Jadilah, maka jadilah…”). Kita sebagai umat Islam kerana reda dan percaya itu ada hikmahnya.
Semakin hebat amal dan pendekatan seseorang kepada Allah, semakin Allah sayang. Bila Allah semakin sayang, pastinya Allah nak serahkan diri kita pada jodoh yang paling terbaik. Yang akan menyayangi dan menghargai kita sepenuh hati.
Begitu juga dengan kisah pasangan unik ini. Perkahwinan dengan pasangan jarak usia kini seakan menjadi biasa.
Lelaki yang berkahwin dengan perempuan muda biasa. Namun jarang kita dengar lelaki muda berkahwin dengan perempuan yang lebuh tua. Kalau dah jodoh tidak ke mana dan usia tua bukan penghalang untuk mendirikan rumah tangga.
Menerusi menerusi hantaran yang dimuat naik di laman TikToknya, seorang wanita memaklumkan ibunya berkahwin sekali lagi selepas berpisah dengan suaminya terdahulu
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Perkongsian itu telah menarik perhatian netizen apabila ibunya yang berusia 60 tahun itu telah memilih seorang jejaka yang berusia 23 tahun sebagai suaminya. Pelbagai respon pelbagai reaksi netizen.
Melihat gambar perkahwinan wanita berkenaan di majlis perkahwinannya dengan suaminya yang berusia 28 tahun dan ini bermakna, bapa tirinya adalah lima tahun lebih muda berbanding dengan suaminya.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa dan meluahkan teruja melihat pasangan bahagia itu walaupun jarak usia yang jauh.
Rezeki dikelilingi orang yang baik-baik. Selebriti, Betty Rahmad dipuji wargamaya kerana menyantuni pembantu rumahnya dengan baik.
Menerusi Instagramnya, Betty memuat naik videonya bersama anak kesayangannya, Ardy Wira yang menemukan pembantu rumahnya dengan anaknya yang lebih lima tahun tidak bertemu.
Menurut Betty pertemuan itu sebenarnya dirancang pada awal September lalu namun terdapat sedikit halangan.
“Hadiah untuk orang baik. Alhamdulillah selepas 5 tahun lebih Bibik tak jumpa anaknya, Allah izinkan mereka bertemu,” tulis Betty menerusi kapsyennya.
Tambah Betty lagi, pertemuan itu bagi menghilangkan rasa rindu buat anak pembantunya sekian lama. Tambah pula bagi mengenang kebaikan pembantunya yang bekerja dengan baik dan ikhlas.
“Sepatutnya awal bulan hari tu dah datang, tapi tak lepas di immigration sana. Mungkin mereka ingat dia datang untuk bekerja bukan bercuti.
“Kita cuba sekali lagi Alhamdulillah this time lepas. Tapi kali ni anaknya naik flight dengan saudara sampai Penang, dari Penang naik bus ke KL.
“Semoga pertemuan ni dapat hilangkan rindu bibik pada anak. Yang kerja seikhlas hati & banyak tolong family saya selama ni. I’m so happy for her. Kita semua berhak rasa bahagia & dihargai,” tulisnya dikapsyen.
Perkongsian Betty itu sudah semestinya dipuji wargamaya malah turut tersentuh dengan video pertemuan ini.
Sejak penularan wabak Covid-19 memasuki gelombang kedua bilangan pesakit dijangkiti terus meningkat termasuk di Malaysia.
Impaknya, PertubuhanKesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak ini sebagai pandemik dan ia menggambarkan betapa teruknya Covid-19 ini.
Lantaran ini, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa mengeluarkan kenyataan nasihat dan panduan di media sosial berkaitan wabak COVID-19 ini. Selain itu, portal lain turut memberi panduan seumpama itu termasuk AADK Perak yang memberi panduan berbentuk carta yang difahami merujuk simptom mengikut hari.
Secara umumnya, cara mengenal pasti Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI), individu dalam kalangan PUI dikenal pasti mempunyai gejala jangkitan Covid-19 seperti demam, batuk dan mengalami akut pernafasan dalam masa 14 hari.
Merujuk kepada perkongsian AADK Perak anda boleh check diri dan ahli keluarga simptom-simptom virus Covid 19 mengikut hari.
Jika didapati ada tanda-tanda ini segera terus pergi hospital berdekatan untuk buat ujian saringan COVID-19.
Salah satu tanda yang anak kita amat menyayangi kita (terutama golongan bapa kerana bapa jarang berada di rumah) adalah anak kita merindui kita.
Tanda anak merindui kita ialah:
1. Anak akan termenung (rasa kehilangan) 2. Anak akan bertanya di mana kita 3. Anak akan sentiasa memegang barang kepunyaan kita 4. Anak sentiasa merenung gambar kita 5. Anak akan segera berkejar ke pintu bila mendengar loceng pintu atau bunyikereta/motorsikal di halaman rumah kerana menyangka kita sudah balik ke rumah.
Cuba tanyakan keadaan anak ketika ketiadaan kita pada isteri atau pembantu rumah.
Apakah signifikasi kerinduan ini? Ini sebenarnya bermakna kita berjaya menunjukkan kasih dan sayang pada mereka, bukan rasa takut anak-anak pada kita.
Rindu seorang anak
Ramai yang cuba mengujudkan rasa takut anak-anak untuk mendapat rasa hormat, tanpa cuba memberikan kasih sayang.
Rasa takut juga perlu diwujudkan tetapi sepatutnya nisbahnya hanya sedikit dibandingkan dengan rasa kasih dan sayang.
Anak-anak yang sayang akan merindui kita. Anak-anak yang merindui kita akan mendoakan untuk kita bila kita sudah tiada.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...