Bila Dah Habis Bayar Pinjaman Kereta Atau Motosikal Pada Bank, Kena Buat Perkara Penting Ni Barulah Jadi Hak Sepenuhnya!

Share

Lapang dan lega  rasanya bila kita dapat tahu sekiranya bulan ini adalah bulan terakhir pembiayaan kereta atau motosikal yang perlu dilunaskan. Memang tidak tergambar betapa kita bahagia kerana lepas satu beban setelah bertahun-tahun membayar loan kereta kepada bank. Jadi selepas ini, adalah lebihan duit untuk disimpan atau dibelanjakan untuk kegunaan lain.

Pun begitu, mungkin ada yang belum tahu ada satu perkara penting yang perlu dilakukan apabila sudah langsai segala pembayaran pinjaman untuk pastikan kenderaan tersebut menjadi milik sepenuhnya.  Ini sebagaimana info yang dikongsikan oleh Nadia Izzati.

Perkara Kita Perlu Buat Bila Dah Habis Bayar Pinjaman Kereta atau Motosikal
Pernahkah anda melihat pada bahagian bawah geran kenderaan anda yang terdapat satu ayat tertera hak milik dituntut oleh syarikat pinjaman kereta di mana anda membuat pinjaman?

Maksud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Jadi, kenderaan tersebut bukanlah hak milik anda sepenuhnya lagi.
Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak.

Urusan menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman dipanggil E-Batal. Syarat utama untuk E-Batal adalah anda perlulah sudah habis bayar ansuran pinjaman tersebut. Jika belum, selesaikan hutang-piutang kenderaan terlebih dahulu.

Kebebasan bermula apabila sesiapa sahaja berjaya melangsaikan hutang pinjaman keretanya. Benar bukan?


Selesai sahaja pembayaran terakhir, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta yang anda berurusan. Kemudian, anda perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk mematikan hak milik peminjam.

Jadi, untuk meneruskan prosedur berikut, pastikan pihak pemberi pinjaman telah mengeluarkan surat pelepasan. Namun, lebih baik lagi surat tersebut terus mereka hantarkan kepada JPJ.

Prosedur E Batal

Prosedur selesaikan E-Batal di JPJ amat mudah sebenarnya. Perkara yang paling penting adalah anda harus menghubungi pihak pemberi pinjaman wang untuk belian kereta.

Pastikan anda bertanya sama ada surat pelepasan sudah dikeluarkan dan telah dihantar ke JPJ ataupun tidak. Jika sudah dihantar, terus ke cawangan JPJ berhampiran tempat tinggal anda.

Di cawangan JPJ tersebut, jangan lupa mengecop geran kereta anda mengikut prosedur mereka. Jangan risau, proses mengecop E-Batal bukanlah perkara yang rumit. Selepas geran tersebut telah di cop, kereta tersebut telah menjadi milik anda sepenuhnya. Mudah kan?

Kesimpulannya,
Ramai yang masih belum mengetahui perkara yang perlu dilakukan selepas habis bayar pinjaman kereta. Ada juga sehingga bertahun-tahun masih tidak membatalkan hak milik.

Jadi, bagi anda yang masih belum batalkan hak milik kereta, sila tukarkan sekarang untuk memudahkan urusan pada kemudian hari.

P/S : Boleh call JPJ untuk double confirm. Lain tempat lain caranya. COVID-COVID ni stay at home.

Sumber : Nadia Izzati

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club