Memang betul pun, bila ada anak, ibu ayah kena jadi serba boleh. Jika nak harapkan isteri seorang uruskan anak memang stress isteri dibuatnya.
Sebab itu pentingnya kerjasama dalam rumahtangga. Bila anak ajak lakukan aktiviti bersama, ayah boleh lah layan anak-anak, sementara isteri uruskan hal lain.
Begitulah yang ingin disampaikan oleh perkongsian saudara Mohd Fhais tentang ibu bapa haru jadi serba boleh atau versatile.
Mak Ayah Kena Versatile.
Serba serbi kena boleh buat. Tak boleh cakap tak pandai nanti anak ikut!
Baru ni ada sebelum pergi interview pa&ma ada person incharge ecah namanya, dia tanya saya,
Ads
“Fhais boleh ke datang berdua je dengan anak?”, Ecah
Saya kata boleh je. Dah biasa pun travel berdua dengan anak. Bahkan pergi tengok wayang berdua pun pernah.
Tak ada benda yang orang lelaki tak boleh buat kalau isteri kita boleh buat. Mudah je!
Ads
Bagi saya baik mak baik ayah ni kena jadi versatile. Serba boleh kata orang melayu.
Ada masa anak perempuan nak tocang rambut, ayah boleh tocangkan, siap buat lipan lagi. Nak main masak masak pun boleh.
Ada masa anak lelaki pula nak main lasak lasak, mak boleh tumpang sekaki. Tak dapat jadi kuda, jadi nenek kebayan pun boleh. Begitulah.
Ads
TAK ADA ISTILAH TAK BOLEH BUAT
Mana ada istilah lelaki tak boleh buat apa yang wanita buat, cuma satu je lelaki tak boleh buat. Iaitu beranak!
Mana yang dah sejak azali kita mahir tu kalau boleh kembangkan la, mana yang tak mahir tu jangan takut. Cuba buat dulu. Kadang-kadang ia tak sesusah mana pun.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Be a parent that kids want, and
They will be a kids that we want.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tutur bicaranya cukup sopan santun dan penuh kelembutan. senyuman manis tak lekang setiap kali beliau berbicara. Di sebalik kelembutannya berbicara, Ustazah Datuk Norhafizah Musa cukup petah berbicara terutama dalam membawakan isu-isu berkaitan dakwah membuatkan siapa mendengar terpikat dan terpesona.
Melihatkan latar belakangnya, anak kelima dari enam beradik ini bukan calang-calang orang. Dalam usianya yang sudah memasuki 43 tahun, ustazah Norhafizah berjaya menggenggam segulung ijazah doktor falsafah (PhD).
Kesibukan dengan urusan kerja serta urusan dakwah tidak membatasi komitmennya dalam rumah tangga. Ibu kepada 7 anak ini ternyata cukup dikagumi kerana mampu melaksanakan tugas sebagai isteri kepada Dr Azahar Yaakub, ibu dan juga wanita berkerjaya dengan baik dan sempurna. Salute!
komitmennya yang tidak berbelah bahagi kepada masyarakat membolehkan pensyarah Di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur layak menerima anugerah Tokoh Maal HijrahPeringkat Daerah Jempol, Negeri Sembilan.
Tidak hairanlah, beliau cukup dikagumi oleh wanita lain di luar sana. Baru-baru ini, seorang wanita bernama Nurul Husna Kamarudin menerusi laman facebooknya berkongsi mengenai Ustazah Dato Dr Norhafizah Musa.
Tahniah Ustazah Dato Dr Norhafizah Musa.
Inilah indikasi contoh terbaek untuk seorang “beauty with brain”.
Orang yang serba cantik raut wajah dan akhlaknya. Santun butir bicara dan lontaran katanya. Indah pakaian dan sejuk mata memandang. Beliau sepatutnya di jadikan idola seluruh muslimah Malaysia.
Ustazah Dato Dr Norhafizah Musa ni memang buat saya rasa inspired sangat nak berjaya macam dia. Even dia dah kaya dan femes dan ada Dato dah pun, tapi still dia spend time and effort unt PhD. PhD ni semua orang tahu bukan benda mudah. Bukan celik celik bangun pergi kelas ambil exam, siap. Bukan. PhD ni macam kena validate knowledge, invent new stand, prove knowledge and provide conceptual and theoretical framework untuk kajian tu.
Mudah kata memang bukan benda mudah. PhD ni bukan kena pandai je, tapi kena ada usaha dan semangat menuntut ilmu yang tinggi. Beliau; yang dah berilmu pun masih tak berhenti menuntut ilmu. Kita pun haris mencontohi beliau. Bekerja keras untuk belajar ilmu terutama ilmu agama; secara langsung (sampai PhD) mahupun secara tak langsung (hadiri kuliah/majlis agama). Semangat menuntut ilmu nak jadi “beauty with brain”. ??
Tahniah Ustazah. Semoga ilmu dan tauliah yang dicapai dapat menambah ‘power’ dalam dakwah Ustazah. Semoga Allah meredhai perjuangan ustazah.
Percayalah, tak sikit yang beliau berkorban untuk berada di tempat beliau sekarang. Dengan izin Allah, beliau menempa kejayaan demi kejayaan. Semoga terus sukses.
Dan semoga kita, muslimah; sentiasa berusaha untuk tambah ilmu pengetahuan (taksemestinya belajar PhD), sentiasa berusaha nak majukan diri, tak jadi pemalas yang pilih untuk goyang kaki.
Semoga kita, muslimah; tak ambil mudah dengan peranan seorang Wanita. Wanita ni “power” dia besar tau. Sebab dia yang akan didik anak dia. Dia pintu syurga anak dia. So kalo baek wanita tu, insya Allah baeklah generasi hasil didikannya. Jadi nak taknak, kena lengkapkan diri dengan ilmu agama sebaiknya dan kemahiran-kemahiran yang berguna juga.
Begitulah perempuan. Harganya bukan pada kecantikan mahupun pada hartanya. Tapi harga seorang wanita adalah pada hati dan fikirannya. Hatinya yang baik dan penyayang. Hatinya yang jernih dan penyabar. Fikirannya yang tajam dan berilmu. Dari hati dan fikiran yang baek; lahirlah akhlak yang mulia. Disitulah letaknya harga seorang wanita. Bukan pada cantik, bukan dengan pandai bergaya, bukan dengan harta mahupun kekayaan.
Tapi Percayalah, dengan agama, akhlak dan ilmu; seorang wanita akan jadi wanita yang paling cantik dan kaya. ?
Apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup ini selain Redha Tuhan akan kita? Apa yang kita cari dalam dunia ini selain keberkatan? Apa lagi yang kita mahu selain merasa senang dan sejuk hati memandang pasangan dan anak-anak kita? Itulah syurga dunia.
Wanita solehah ni digambarkan adalah sebaik-baik perhiasan. Semoga kita berjaya menjadi dan mendidik wanita solehah.
Dari rahim seorang ibu yang solehahlah akan lahir benih zuriat yang baik. Semoga kita sentiasa berusaha untuk itu.
Begitulah kehidupan
Kalo jadi manusia, jadilah manusia yang banyak memberi manfaat buat masyarakat.
Hidup adalah perjalanan menuju akhirat.
Buat semua muslimah yang berhajat menjadi “beauty with brain”, semoga all the forces be with you.
Semoga berbanggalah ibu ayah kerana mempunyai anak yang berilmu, cantik akhlak dan peribadinya.
Semoga beruntunglah suami yang memiliki isteri yang menjadi gedung ilmu dalam rumahtangga dan besar manfaatnya buat masyarakat.
Semoga berbahagialah anak-anak yang diasuh seorang ibu yang salim agamanya dan mulia akhlaknya juga bersih hatinya.
Semoga bergembiralah seorang wanita yang di sayang Allah dan seluruh makhluknya kerana ketinggian ilmu, akhlak dan budinya. Dan semoga perempuan itu adalah KITA SEMUA. Amiiin. ?
*ramai orang tertukar ibu saya Che Norisah Norika dengan ustazah Norhafizah ni. Kadang pernah orang beratur nak bersalam sebab muka nak sama. Masa pergi kenduri semua orang tengok sebab ingat Ustazah Norhafizah. Haha.
Doakan saya berjaya juga menjadi another “beauty with brain”. Sebuah perjalanan membaiki diri yang masih jauh dan panjang.
Cara Nabil Agihkan Masa Untuk Dunia Dan Akhirat Warganet Kagum, Jadi Inspirasi Ubah Diri.
Sebenarnya nak hidup berkat bukan susah. Sebagai muslim buat amalan simple Rasulullah pun dapat pahala.
Selain berzikir, membaca al-Quran sebagai rutin harian adalah terbaik. Banyak manfaat dengan membaca Al-Quran.
Jadi, tidak kira walau di mana kita berada misalnya, ketika sedang menunggu lampu isyarat, gunakan peluang beberapa minit itu untuk membaca surah mudah yang kita hafal.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Membaca al-Quran itu bukan dikira selepas membaca keseluruhan ayat atau surah, tetapi setiap huruf itu ganjarannya 10 pahala.
Abdullah bin Mas’ud menyatakan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, melainkan Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Sunan Tirmizi)
Nyata tular mengenai pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad sedang membava Al-Quran meraih perhatian warganet.
Biarpun hidup Nabil sudah dilimpahi dengan kemewahan namun dia tidak lupa amalan sebagai seorang muslim.
Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepadanya, Nabil dilihat membaca Al-Quran untuk gandaan pahala dan keberkatan buat dirinya.
Video berkenaan dikongsikan di TikTok oleh rakannya yang juga merupakan penyampai radio Gegar FM, Issey Fazlisham pada waktu pagi di dalam konti radio.
“Jam 7 pagi, meh tengok Nabil buat apa.”
Dalam pada itu, Isssey mengakui menyukai cara dan perjuangan rakannya.
“Sebab tu aku suka n minat Nabil punya perjuangan.”
Video berdurasi 19 saat itu telah meraih tontonan sebanyak 1.9 juta telah mendapat pelbagai komen daripada warganet.
Meninjau di ruangan komen, warganet meluahkan rasa kagum melihat pengacara itu. Antara komen adalah seperti berikut.
“Tq issey kongsi. nampak simple ja video awak tapi memberi kesan kepada semua yang ingin dan sedang berubah menjadi lebih baik dari semalam.”
“Dia tahu agihkan Masa,utk dunia Dan jgk akhirat..pesanan utk diri sndiri jgk..”
“Syukur Alhamdulillah. Smg penghijrahan Sdra Nabil menjadi inspirasi dan motivasi kpd yg ingin menuju Jalan Redha Allah swt. Krn Allah swt. Allahuakbar.”
“MashaAllah, alhamdulillah,jika Kita dah tanamkan rasa cinta Kita pada Allah, Kita sngguo buat apa sahaja untuk Allah, peringatan pada diri ini juga.”
Bagi ibu-ibu yang bekerja atau suri rumah yang mahu memudahkan kerja dapur, pasti banyak bahan mentah yang telah dipersiapkan lebih awal.
Mengisar cili, bawang merah dan bawang putih juga kisaran bahan-bahan lain pastinya amat membantu kerja-kerja memasak anda.
Semua bahan ini mungkin sudah disiapkan awal hujung minggu. Namun yang membuatkan kita malas untuk meletakkan kesemua bahan ini dalam bekas plastik adalah disebabkan bau yang ditinggalkannya.
Bau bekas plastik ini seakan berbau hapak dan kurang enak walaupun telah dicuci berkali-kali. Lebih-lebih lagi apabila makanan jenis berminyak dan bertambah sukar untuk dicuci. Bagaimana mengatasinya masalah bau ini?
Roti
Kepingan roti putih ini sangat banyak kegunaannya pada kita. Selain meletakkan di dalam kereta yang baru di beli, roti putih ini juga boleh anda letakkan di dalam bekas plastik yang sudahpun dicuci. Carik-carikkan roti di dalamnya dan tutup kemas. Biarkan semalaman dan lihat hasilnya.
Garam
Garam yang bersifat alkali mampu meneutralkan rasa dan bau yang terperangkap di dalam bekas plastik. Ambil satu sudu makan garam dan masukkan ke dalam bekas plastik berkenaan. Tutup dan goncang supaya seluruh kawasannya terkena garam. Biarkan seketika. Ia bukan hanya menghilangkan kesan makanan yang terperangkap bahkan juga menghilangkan baunya.
Lemon
Rendaman lemon dengan air panas juga dikatakan baik untuk menghilangkan masalah bau ini. Biarkan seketika asid masam lemon meresapkan baunya dan lihatlah hasilnya.
Kopi
Selain garam dan roti, kopi juga merupakan salah satu cara bijak menghilangkan bau. Kopi membantu menyerapkan bau yang tertinggal. Masukkan satu sudu kecil serbuk kopi ke dalam bekas yang berbau dan tutup. Biarkan beberapa hari, kemudian barulah dicuci seperti biasa.
Kertas Surat Khabar
Pilihan terakhir adalah menggunakan kertas surat khabar. Ramas beberapa helaian surat khabar kemudian celupkan dengan sedikit air. Letakkannya ke dalam bekas tersebut dan tutuplah kemas. Biarkan selama beberapa hari kerana bahan karbon yang terkandung di dalam kertas surat khabar mampu menyerap bau dari bekas plastik ini. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di