Bila Cuti Rumah Lagi Bersepah Dengan Mainan Anak. Tapi Wanita Ni Ada Cara Kemas Cepat!

Share

Bila hujung minggu inilah kita ada masa untuk mengemas rumah.  Tapi yang geramnya, baru je kemas sudah bersepah kembali.

Tak sampai 30 minit  bahkan penat mengemas pun belum hilang dah kita kena kemas semula.  Lebih-lebih lagi bab barang-barang mainan.

Jadi ini ada cara dan tip yang boleh dipraktikkan untuk pastikan mainan anak-anak tidak lagi bersepah dan mudah pula untuk diurus dikongsikan oleh Barely  Super Ummi.

Tips Mengemas Mainan Anak

allahu lepas subuh tadi secara tiba tiba datang kerajinan untuk mengemas mainan yumna dan aathif  #alhamdulilah.

Bila Cuti  Rumah Lagi Bersepah Dengan  Mainan Anak.  Tapi Wanita Ni Ada Cara Kemas Cepat!

Mengucap panjang tengok rumah bersepah dgn mainan ni kan haha tapi ni tak teruk sangat, pernah lagi teruk.

Rumah bersepah ada anak yang bijak kan.

ok here’s the tips,

1. RAJIN! hahaha
2. buang mainan yang dah rosak tak boleh guna tu
3. asingkan ikut kategori contoh mcm lego, puzzle, mainan masak masak, crayon dll


4. letak dalam plastik zip lock.


5. simpan dalam box
6. box tu simpan dalam stor. keluarkan sehari satu or dua plastik. supaya anak tak cepat bosan.


7. utk buku buku pula, susun kat rak buku kemas kemas, sehari keluar 2 atau 3 buku je. supaya tak penat ummi mengemas.

sumber : Barely  Super Ummi