Cuaca Panas, Sejukkan Badan Dengan Air Sedap Dari Bunga Telang Ni!
Diakui fenomena cuaca panas sekarang lain macam rasanya, membahang! Jadi kita sebagai mak-mak ni bimbang juga dan harus berjaga-jaga untuk pastikan anak-anak dan seisi keluarga kekal sihat.
Selain perlu minum air putih dengan kerap dan banyak, apa kata anda amalkan juga minum air telang selasih lemon ini yang dikatakan boleh membantu menyejukkan badan. Ini sepertimana yang dikongsikan oleh Dhia Raihana
.
Istimewanya juga air minuman ini mempunyai warna yang menarik kerana menggunakan bunga telang dan sekali gus boleh membuatkan ramai teruja untuk menikmatinya. Bahkan menurut Dhia Raihana juga air minuman ini bukan sahaja baik untuk menyejukkan badan malah boleh meredakan redakan batuk, kahak, sembelit dan baik untuk kesihatan.
Jadi jom kita lihat resipi penyediaannya.
Resipi Air Telang selasih Lemon
Bahan-bahan:
20 helai bunga telang
Sedikit molases (gula tebu) /orcs (gula organik)
1 sudu makan biji selasih
air suam
Hirisan lemon/peach/pear/epal/dragon
Cara penyediaan:
1.Bunga telang direbus dengan air dan masukkan juga gula organic atau gula tebu-Ketepikan.
2.Masukkan air suam ke dalam botol dan masukkan biji selasih.
3.Kemudian bila biji selasih telah mengembang ‘drop’kan air rebusan bunga telang dan jangan kacau. (ini untuk jadikan ia berlapis)
4.Kemudian masukkan hirisan lemon dan sedia untuk dinikmati.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club