Semenjak dua menjak ini cuaca cukup panas kita rasakan, bukan sahaja terasa bila berada di luar rumah bahkan di dalam rumah juga terasa bahangnya. Anak-anak tidak selesa dan menyebabkan kita seisi keluarga akan lebih kerap menggunakan penghawa dingin. Bahkan tidak dinafikan, bila cuaca panas kita juga menyebabkan kita mahu sentiasa minum air yang sejuk untuk menghilangkan dahaga. Jika ada penapis air tersedia, cukup memudahkan untuk dinikmati kesegarannya.
Pun begitu, tahukah anda dengan perubahan penggunaan alatan elektrik di rumah sepanjang tempuh cuaca panas ini secara tidak langsung akan memberi kesan pada peningkatan bil elektrik. Begitu juga dengan penggunaan mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan bil elektrik terutamanya ketika cuaca panas yang sedang melanda negara.
Ini dijelaskan lagi oleh Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor Ismail Lathifi Teh berkata peralatan elektrik yang mempunyai fungsi sedemikian seperti peti sejuk dan alat penyaman udara dan kini penapis air minuman menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu berkenaan terutamanya ketika cuaca panas.
“Pada cuaca panas seperti sekarang ini, mesin yang mempunyai kompresor akan menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu.
Ads
“Jadi lebih kerap kita membuka pintu peti sejuk dan lebih kerap kita mengambil air sejuk daripada penapis air di rumah, lagi banyak tenaga elektrik yang akan digunakan oleh peralatan berkenaan bagi mengekalkan suhu sejuk,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Kompresor Lebih Kerap Berfungsi
Beliau berkata contohnya, jika tangki penapis minuman yang menyimpan air sejuk habis ia akan diisi dengan air yang baharu dan kompresor akan berfungsi untuk menyejukkan air berkenaan.
Ads
Ismail Lathifi berkata jika lebih banyak isian semula berlaku, lebih kerap kompresor berkenaan berfungsi dan ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik.
Dalam pada itu, Ismail Lathifi turut menasihati pengguna agar menetapkan pemasa pada alat penyaman udara masing-masing selain menetapkan suhu antara 24 hingga 26 darjah Celcius sahaja bagi menjimatkan penggunaan elektrik.
Langkah Penjimatan
Ads
“Pengguna digalakkan menggunakan pemasa yang ada pada penyaman udara masing-masing dan menetapkan agar ia ditutup pada awal pagi kira-kira pukul 2 pagi dan ke atas kerana ketika itu cuaca mulai sejuk dan memasang kipas untuk mengekalkan suhu sejuk di dalam rumah,” katanya.
Ismail Lathifi turut menyarankan kepada pengguna agar melakukan servis terhadap penyaman udara secara berkala agar ia dapat berfungsi dengan lebih efisien dan jimat.
“Saya dapat aduan yang mengatakan mereka (pengguna) tidak menggunakan penyaman udara tetapi kenapa bil elektrik melambung, mereka lupa bahawa barang elektrik lain juga menggunakan elektrik,” katanya lagi.
Jika sampai ajalnya, ia akan tiba tepat pada waktunya, tanpa ditunda mahupun dipercepat.
Hasrat seorang lelaki untuk mengambil agihan daging korban di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Masjid Tanah di sini, hari ini tidak kesampaian apabila tiba-tiba rebah dan disahkan meninggal dunia.
Ini sebagaimana memetik laporan berita Kosmo, difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, Abd. Malik Bakar, 55, ditemui pihak penganjur dalam keadaan tidak sedarkan diri di pusat khidmat tersebut.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, hasil siasatan awal mendapati arwah dikatakan sedang menunggu giliran untuk mengambil daging korban yang diagihkan.
“Semasa majlis sedang berlangsung, nama arwah telah dipanggil oleh penganjur untuk menerima daging korban, namun tiada sahutan.
“Penganjur kemudian menjumpai arwah dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dia telah dibaringkan di atas sofa sebelum mendapatkan bantuan ambulans,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.
Tambahnya, panggilan kecemasan hospital telah dibuat oleh Pegawai Khas Parlimen Masjid Tanah dan ambulans dari Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru tiba di lokasi kira-kira 30 minit kemudian.
Arshad berkata, mayat arwah telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Katanya lagi, majlis agihan daging korban itu dianjurkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang turut dihadiri Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Selepas tiga tahun dapat anak lelaki, pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza bakal dapat baby girl pula.
Menerusi hantaran video Zahirah di Instagram, mereka baru je adakan majlis “baby gender reveal” iaitu satu majlis kejutan untuk tahu jantina anak. Ala-ala mat salleh gitu.
“Its’s a baby girl! Alhamdulillah,” – Zahirah Macwilson
Dalam video tu dapat tengok suar yang dilepaskan warna merah jambu tanda jantina anak mereka baby girl. Ijack mesti tak sabar nak dapat adik perempuan.
Rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat nampaknya turut join majlis tu. Dah join tu mesti lah masing-masing ucapkan tahniah kan.
Ruangan komen penuh dengan rakan-rakan artis yang tumpang excited sambil ucap tahniah.
Netizen pon dah macam turut serta majlis, ruangan komen penuh dengan doa-doa yang baik dari netizen.
“Allah sangatlah baik pada mereka, diberikan rezeki anak lelaki dan perempuan,” – Netizen
Ramai yang tak sabar nak tunggu baby girl keluar. Agak-agak muka ikut mak ke ayah? Biasanya anak perempuan ni ikut muka ayah kan hehe. Nanti kita tengok.
Sekadar ingin menyenaraikan beberapa petua tradisional yang diamalkan oleh orang-orang lama untuk mengawal bacaan gula dalam darah, ternyata memang banyak. Antaranya mereka akan amalkan makan peria, kacang bendi dan sebagainya.
Kali ini, melalui posting daripada Suriana Nasir turut berkongsi amalan yang dilakukan oleh mentuanya bagi mengawal penyakit kencing manis yang dihidapinya iaitu dengan menggabung tiga ramuan istimewa. Nak tahu lanjut, jom semak.
KAWAL BACAAN GULA DALAM DARAH GUNA 3 BAHAN MUDAH JE
Petua untuk kawal bacaan gula dalam darah ni Cik Na dapat dari mentua. Memang dah jadi amalan beliau sekelamin. Mudah je hanya minum sekali setiap bulan. Memang cantik je bacaan nye.
Tiap kali cek gula kat klinik, doktor kata bacaannya normal cun cun gitu. Permakanan lain kena la jaga juga tau. Dah amal petua ni bukan lesen untuk korang sesuka hati je nak belasah makan. Tapi memang membantu sesangat.
Semua bahan-bahannya mudah je nak dapat. Cik Na kongsi petua ini untuk manfaat kepada semua. Terutamanya yang ada kencing manis. Boleh try. Mana tahu berkesan untuk kawal bacaan darah tu. Ikthiar ikthiar.
Bahan bahan
2 helai daun pokok cermai
1/2 inci kunyit hidup
8 biji beras
Cara penyediaan
Cuci semua bahan bersih bersih.
Tumbuk semua bahan yang dah dicuci bersih sampai lumat lumat.
Masukkan dalam cawan. Minum sampai habis.
Ekstra tip * Dah minum jangan lupa minum air kosong banyak-banyak sebab rasanya pedas kelat gitu. Orang tua kata sulam dengan air kosong berbanyak banyak.
** Amalkan sekali saja dalam sebulan. Jangan tiap-tiap hari pula buat minum. Kang lain jadi nya.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...