Sesungguhnya hati yang tenang dengan suami yang setia, isteri yang mendengar kata, anak-anak yang mendamaikan jiwa mak ayahnya.

Biar kecil pun harta benda kita, asalkan kaya akhlak dan keperibadian. Macam mana nak peroleh itu semua. Kasih sayang selalu ustaz mahupun ustazah berceramah akan tekankan. Pandang penuh kasih, tenung wajah isteri dengan sayang.

Pesanan daripada Ustaz Sayuthi, Guru di SMA Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Al-Abidin dan Imam di Masjid Al-Hadi, Bukit Besar, Yan, Kedah ini amatilah betul-betul. Moga rasa kasih hadir dengan mengamalkan apa yang ustaz sarankan.

Bila Cium Suami Gugur Dosa, Cium Isteri Bahagia Selamanya!

Fadhilat Cium Suami

Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau di kucup dahi isteri.

Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami dan dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

Ads

 Fadhilat Mencium Isteri

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.
Sebab Itulah Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin / mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak diamalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.

Nota : Rugilah mereka yang sudah berkahwin tetapi malu untuk ciun pasangan mereka sendiri.. JANGAN BERCIUM DITEMPAT AWAM.

Wahai Ayah, Ciumlah Anak Dan Isteri Sebelum Keluar Bekerja. Ini Kelebihanya!

Ads

Untuk para ayah, amalkan kebiasaan mencium anak dan isteri sebelum keluar bekerja di pagi, amalkanlah, ya?

Dengan ciuman itu, hadir kebahagiaan yang di hati mereka kerana mendapatkan kuncupan dari suami tercinta.

Cium di dahi dan di kening satu-persatu dan cium pula di pipi kanan dan pipi kiri mereka dengan penuh kelembutan hati.

Tunjukkanlah kasih sayang kepada mereka. Jangan sampai isteri rasa jauh hati kerana rasa tidak dihargai atau disayangi.

Ads

Terkadang kita sering rasa hal-hal ini seakan-akan perkara remeh. Ciuman sering kita lupakan dalam kehidupan kita sehari-hari; namun itulah satu-satunya yang mengukuhkan dan mempererat lagi jalinan kasih sayang.

Oleh itu, jangan kedekut ciuman dan pelukan, ya!

Dengan ciuman itu akan ada kedamaian di hati mereka. Kuncupan lembut dan mesra dari suami kepada isteri atau dari seorang ayah kepada anak-anaknya amatlah diperlukan.

Keluargamu adalah amanah dan harta anda di dunia, jagalah mereka dengan penuh kasih sayang.

InshaaAllah.

Sumber: www.kifarahmedia.com

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI