Pada satu tempoh yang tertentu pagar rumah atau jeriji tingkap yang terdedah dengan hujan dan panas terik matahari akan menyebabkan besi tersebut berkarat.
Bahkan cat juga boleh terkopek dan menampakkan pagar atau jeriji tingkap rumah tidak menarik dan nampak usang. Malah jika dibiarkan terlalu lama bimbang juga besi akan karat mereput.
Umumnya cara paling cepat dan mudah untuk mengambalikan seri jeriji tingkap atau pagar rumah adalah dengan menggunakan cat. Namun jika hanya ditindan pada cat asal, itu suatau tindakan yang merugikan.
Ini kerana cat tersebut pasti akan mengelupas kembali dan tidak kekal lama.
Di sini ada dikongsikan cara yang terbaik boleh anda praktikkan sebagaimana yang dikongsikan oleh Ben Safwan untuk info bersama.
CARA CAT BESI OUTDOOR SUPAYA LEBIH TAHAN LAMA
Lama saya stop DIY PREMIUM kan,maka hujung tahun begini ambil kesempatan untuk touch up rumah. Hampir setahun duduk rumah ni, cat finishing asal developer guna dah mula tanggal. Kalau dibiarkan boleh melarat hingga karat makan habis tangga besi ni.
Dah mula terbit bunga karat di beberapa bahagian. Segelintir orang akan terus cat tindan je. . Tapi itu CARA YANG SALAH walau ambil masa yang cepat.
Sebab cat baru ditindan atas lapisan cat asal yang sememangnya dah mudah terkopak. Maka takkan bertahan lama. Nanti terkopak balik. Tak berapa efektif .
Cara betul dia. Kena buang lapisan cat lama dahulu . Ada 2 cara.
- Guna Paint Remover. Berbahaya .Pastikan anda pakai sarung tangan,cermin mata dan kasut getah. Kalau kena kulit,panas. Terus alirkan air ke bahagian kulit tanpa henti.
Guna Paint Remover cepat tapi leceh. Kena sapu bahagian demi bahagian,bersihkan bahagian itu dulu. Kalau lambat bersih ,akan jadi keras semula dan kena gosok dengan kertas pasir.
- Guna waterjet. Pastikan air paip anda cukup tekanan atau guna tangki air. Guna waterjet dan tanggalkan cat. Kalau kena cara sangat mudah.
Dah setel semua,bersihkan dan saya tutup dengan plastik untuk spray.
Guna cat primer iron oxide. Cat ni juga berfungsi untuk anti rust. Brand KTH ,LSC ada. Saya suka guna primer iron oxide finishing matte dulu dan baru untuk permukaan guna iron oxide gloss.
Walaupun suka matte, tapi kalau ditoreh dengan kuku pun dah nampak pada permukaan besi. Cantik tapi mudah calar. Maka sebab tu saya jadikan gloss sebagai top.
Bancuh dengan thinner dengan nisbah 1:1 kalau guna compressor seperti saya.
Bila dah siap semua, hujannn. Tapi takde masalah. Biarkan kering dulu esok petang baru touch up balik.
Sumber : Ben Safwan
Jom tonton video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur.
ARTIKEL MENARIK : DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!
Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club