Malang tidak berbau, inilah yang terjadi kepada seorang wanita yang mengalami detik cemas apabila disambar api akibat kebocoran gas ketika hendak memasak di dapur.
Biarpun sering berhati-hati ketika memasak, dia tidak menyangka ia terjadi kepada dirinya. Mujur bertindak pantas dengan meredakan api di dapur, menerusi facebook, puan Norma Samarudin berkongsi pengalaman yang dilaluinya ketika itu. Beliau berharap kisahnya menjadi iktibar bagi suri-suri agar dapat mengelak kejadian yang tidak dingini ketika berada di dapur.
Ikuti perkongsian beliau.
Baru hari ini ada kesempatan dan kekuatan nak cerita apa yg jadi dekat Norma hari Ahad baru2 ni. Ambiklaa cerita ni sebagai 1 pengajaran naa.
Gambaq baju ngn skirt tu adalah gambaq Norma terlibat dengan kebakaran. Yaaa Norma terbakaq naaa kawan2. Alhamdulillah semua selamat. Cuma kaki jaa kena api sikit. Tapi dah p klinik ambik ubat krim dah. No worry.
Dan bulu mata dengan kening pun turut terbakaq so muka Norma a bit funny sekarang sebab kening dengan bulu mata xdak. Ini telah menyebabkan kecederaan mental. Hilang keyakinan sekejap.
Tong gas dalam kabinet
Cerita dia.. Norma nak masak spagetti konon buat bekai makan tgh hari. Dekat rumah ni.. tempat masak memang ada kabinet sendiri. So tong gas dengan beras ada dalam kabinet tertutup tu. Tak pernah terpikiaq yang kalau tonggas dalam kabinet tertutup boleh sebabkan hal macam ni.
Macam biasa sebelom mulakan masak..check gas dulu kot2 ada bunyi atau bocoq. Alhamdulillah tak ada. So Norma pun mula masak dengan semangat. Tengah masak tu teringat ‘eh, nasi xmasak lagi!’ So, masa tunduk nk ambik beras tu..(ofkoz laa kena bukak pintu almari tu kan) masa tu laa api sambaq Norma.
Rasa kaki panas, bau terbakar
Masih jelas dalam ingatan nampak api oren terus mai sambaq baju dengan skirt. Allahu!! Teruih lari masuk bilik ayaq. Then p bukak tingkap dapoq bagi luas. Bukak pintu. Baru tutup api cabut kepala tong gas. Mengeletaq kaki tangan. Dok rasa panas kt kaki. Pastu bau terbakaq. Dok pikiaq kata tong gas nk meletup dah.
Nasib baik anak tidak bermain di dapur
Naseb baik laa masa kejadian tu, Harraz dengan Aaira tengah tengok tv dekat ruang tamu. Selalunya hari2 Aaira laa yg selalu p main dekat tmpat beras tu. Hobi dia. Ambik beras lambung buat macam hujan.
Mungkin gas tu ada bocoq tapi xdak bau sebab dia dekat tempat tertutup. So bila bukak ja kabinet, api dekat dapoq tu ‘trigger’ laa dengan gas yg baru kluaq dari kabinet tu.
KOMEN WARGANET
Dalam pada itu, warganet turut berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai kejadian tersebut.
Buka kabinet dapur sebelum masak bagi udara keluar
“Apa yg jd pd awak, sama mcm yg jadi pd saya 6 thn dulu..tambah2 masa tu tengah sarat 36w anak ke4… Serik sejak itu… Bila masak, mmg saya akan buka sedikit pintu kabinet… Utk elak gas berkumpul.. api biru yg keluar, menyambar kaki.. bhgn badan yg lain.. alhamdulillah.. tak smpai bbrp saat, terus padam.. langsung tiada kesan pd kabinet dapur.
“Seeloknya pintu kabinet untuk dapur gas gunakan yang ada ruang udara
“Kalau letak dlm kabinet jgn tutup rapat takde pengudaraan.. bahaya nnti haba panas kan.. hati2 ye bgtau suami&anak2 sama kot2 depa tertutup rapat kabinet tu.. Malang tk berbau..
3,4 tahun tukar hose baru
“Bawak2 study pasal mcm mana nk hidupkan api…ada knowledge baru boleh control…bukan sbb closed space or tak closed space…cerita dia kena always check hose..kalau dh 3,4 tahun tu ganti la hose baru…beli la yg bagus punya..jgn nk save duit utk nyawa…clip hose tu pasang 2,3 pon xpa..xrugi pon duit tu dari hilang nyawa..
Kredit: Norma Samarudin