Apabila kita resdung, memang tak selesa. Tambah lagi jika makan seafood. Bila buat rawatan tetap tak baik-baik.
Namun adakah kita benar-benar mengikut rawatan dan prosedur yang betul untuk rawatan.
Apa yang Dr Ezairy M. Sallih ini beri peringatan ada benarnya.
Ikuti perkongsiannya.
Setiap hari ramai yang bertanya saya bagaimana mahu mengatasi masalah resdung yang mereka alami? Bolehkah mereka jalani rawatan tradisional yang banyak ada sekarang ini? Kenapa tak sembuh-sembuh?
Masalah resdung ini adalah penyakit yang biasa kita di Malaysia alami. Ia merangkumi simptom seperti selalu selesema, kerap bersin, hidung tersumbat, mata telinga gatal dan akan jadi lebih teruk pada waktu pagi dan selalunya cuaca sejuk.
Ini yang selalu saya temui di kalangan pesakit saya. Ia bukannya seperti sakit demam dan batuk itu, makan ubat seminggu kemudian kita berhenti. Tidak seperti itu.
Ia perlu kepada kesabaran, konsisten dengan ubat yang doktor beri, selalu berjumpa doktor, kawal pemakanan, elak segala punca keadaan yang boleh buat gejala jadi lebih teruk.
Setiap orang tak sama, kalau anak anda akan jadi lebih teruk apabila terdedah pada habuk, maka elakkan. Jika anda jadi lebih teruk apabila ambil makanan seafood, maka kurangkan. Kalau jadi lebih bermasalah dengan cuaca sejuk seperti penghawa dingin, maka berpada-padalah.
Setiap penyakit itu ada ubatnya. Setiap masalah, ada jalan penyelesaian.
Kredit: Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak (ORL)
“Nad Zainal Kena Intubate Semula.. Belum Cukup Kuat Untuk Bernafas Sendiri” Ungku Ismail
Pelakon Ungku Ismail memaklumkan Nad Zainal terpaksa semula kepada alat bantuan pernafasan apabila paru-paru aktres tersebut masih belum kuat untuk berfungsi sendiri.
Ungku yang sempat menziarahi Nad petang Jumaat menjelaskan tahap oksigen aktres tersebut mulai merosot menjelang waktu malam.
“Nad Zainal kena intubate (bantuan pernafasan) semula. Ini adalah kerana paru- parunya masih belum cukup kuat untuk dia bernafas sendiri, walaupun dengan penggunaan high flow oxygen mask di ICU.
“Semalam pukul 3PM saya ziarah, dia sudah sedar daripada sedation (ubat penenang), dia angguk lebih lega dengan intubation sebagai oksigen dia merosot menjelang malam extubate itu,” ujarnya.
Ungku Ismail memaklumkan perkara berkenaan menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram Stories miliknya.
Dalam masa sama, Ungku Ismail turut memohon orang ramai agar tidak putus mendoakan kesembuhan ibu kepada dua cahaya mata itu.
“Sahabat semua, peminat, netizen yang prihatin dan menyayangi dia, teruslah titipkan doa agar Allah Sembuhkan paru paru dia jadi kuat dan dapat berfungsi seperti biasa semula.
“Kami pohon Yaa Robbana Keajaiban, agar pulih semula paru parunya seperti sedia kala. Tiada apa yang boleh Mengizinkan penyakit ini kecualiNya, Tiada apa yang boleh menyembuhkan kecuali-Nya,” tambahnya.
Malah, Ungku Ismail juga sempat berkongsi mesej balas dari pengikutnya yang berkongsi pengalaman sendiri seperti yang dilalui oleh Nad ketika ini. Semoga ada keajaiban buat Nad dan kembali sembuh sepenuhnya. Amin..
Terdahulu, Ungku Ismail berkongsi perkembangan Nad dengan memaklumkan dia sudah menunjukkan perkembangan positif apabila tidak lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Sumber : Instagram Ungku Ismail
Wanita Ni Kongsikan Petua Kurma Merah Yang Dia Dapat Dari Bos Cina. Rugi Kalau Tak Dimanfaatkan!
Mengamalkan pemakanan sihat untuk tujuan penjagaan tubuh badan tentunya akan diberi perhatian serius.
Apatah lagi bagi seorang ibu yang mahukan setiap makanan yang dimasak untuk keluarganya adalah yang berkhasiat dan terbaik.
Menyentuh tentang amalan makan makanan sihat, salah satunya adalah dengan makan kurma merah.
Walaupun hakikatnya, masyarakat cina lebih senonim dengan kurma merah ini, terasa rugi pula andai kita tidak manfaatkan kebaikan kurma merah ini yang dikatakan tinggi khasiatnya.
Jadi bagaimana caranya untuk menikmati khasiat kurma merah ini?
Jom ikuti perkongsian Linda Matori ini.
PEMINAT RED DATES? NAH TIPS YANG PENTING
Kurma merah atau yang disebut juga dengan Red Dates dapat memulihkan tubuh setelah sakit, baik bagi wanita yang menopause, period dan yang sedang berpantang.
Buah ini juga melindungi fungsi hati, dengan kandungan antioksidan yang berlimpah kurma merah juga baik untuk mencegah pertumbuhan sel kanser.
Dan masih banyak lagi manfaat dari kurma merah ini sehingga dalam rawatan china buah ini sering dimasukkan dalam resipi sinshe.
Tips yang Bos (Chinese) bagi:-
-Masak Red dates lebih sedap.
Biasa orang cina masukkan dalam sup
-koyakkan red dates untuk seimbangkan rasa manis dalam masakkan atau minuman.
-Buang biji red dates sebab menurutnya biji dia bersifat boleh memanaskan badan.
-Nak lebih sedap dan elok boleh letak gingko biloba dan longan kering.
-minum red dates lepas makan dalam keadaan suam sangat elok.
Ekstra info
Best tau kalau amalkan kurma cina ni. Terutama time datang bulan. Elok sesangat.
Kalau yang pregnant hb rendah pun Bos cakap elok amalkan.
Kiriman : Linda Matori via MAHN
Uncle Cina Kongsi Khasiat Sengkuang Cina, Patutlah Ramai Cari Buah Ni
Uncle Cina Kongsi Khasiat Sengkuang Cina, Patutlah Ramai Cari Buah Ni
Sebenarnya ramai yang tidak tahu khasiat buah sengkuang cina ini. Ia juga dinamakan sebagai water chestnut dalam bahasa Inggeris.
Sengkuang cina merupakan sayur-sayuran air yang sering menjadi makanan ruji bagi kaum Cina.
Biarpun buah ini mempunyai banyak khasiat, ia tidak begitu dikenali bagi orang melayu. Menarik dengan perkongsian ini, daripada perkongsian di facebook, puan Siti Hasnah AR menerusi Grup Masak Apa Hari ini , menyatakan seorang ‘uncle’ cina menegurkanya yang tidak menyangka dia meminati buah sengkuang cina.
Kagum dengan wanita itu, uncle cina itu berkongsi petua memberi tahu sengkuang cina ini bagus untuk menyejukkan badan yang menjadi amalan masyarakat cina.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Hari tu jumpa ubi sengkuang cina ni kat supermarket, tgh syok2 memilih ada sorang uncle cina tu menyapa.
‘halo.. hai.. you melayu ka?’.. saya pon ‘ ya uncle.. sy melayu’..
uncle tu pon mcm happy ‘wah! Tak sangka ar, olang melayu pon pandai makan ini!,biasa olang cina saja… You pandai a mkn ini?’..
saya pon ‘ya, pandai la jugak’..
‘apa mcm you makan ini?’ .
‘saya mkn mcm tu saja, kadang2 saya potong2 kecik2 letak dlm air atau laicikang’..
UNCLE CINA KONGSI KHASIAT
‘wah you manyak pandai ar, ini a manyak bagus o, kasi sijuk itu badan’.. uncle pon berlalu dengan senyuman.
Aku ingat dia nak tumpang pilih sekali. Maka kita pilih yg besar na.. sapa yg tak biasa mkn boleh try… Sedap rasanya macam air kelapa muda versi boleh di kunyah2.. hilang dahaga + kenyang jugak…
EXTRA
KHASIAT SENGKUANG CINA KENA TAHU
Menurut sorotan kajian yang lepas, tumbuhan ini memang punya banyak khasiat. Dalam pada itu, setiap 100 gram (3.5 auns) sayuran ini mungkin akan mengandungi nutrisi seperti yang berikut:
Kalori – 97 kcal
Karbohidrat – 23.9 gram
Lemak – 0.1 gram
Protein – 2 gram
Serat – 3 gram
1. Sebatian antioksidan
Sebatian antioksidan yang wujud secara semula jadi di dalam sayuran ini adalah sangat penting bagi melindungi tubuh badan individu daripada sebarang aktiviti radikal bebas.
Radikal bebas yang terkumpul dan terjadi di dalam tubuh badan mungkin akan melemahkan sistem imun lantas meningkatkan risiko kondisi kronik seperti diabetes dan kanser.
Berita baik buat anda, kandungan ferulic acid, gallocatechin gallate, epicatechin gallate, dan catechin gallate di dalam sayuran ini akan dapat bantu meneutralkan aktiviti radikal bebas itu.
2. Membantu dalam penurunan berat badan
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, tumbuhan ini mengandungi jumlah kalori yang sangat rendah. Jadi, ia sangat sesuai diambil jika anda mahu kawal berat badan.
Bukan itu sahaja, sengkuang ini juga adalah antara jenis high volume food dengan kandungan air sekitar 74% sekali gus mampu bantu individu rasa kenyang dengan lebih lama.
3. Menyokong sistem penghadaman tubuh badan
Dipercayai, 12% daripada jumlah keperluan serat seharian individu itu boleh dipenuhi hanya dengan ambil sengkuang ini lantas membuktikan ia memang kaya dengan nutrisi ini.
Dengan khasiat ini, maka masalah berkaitan dengan sistem pencernaan seperti kondisi sembelit, cirit-birit, buasir, asid refluks dan lain-lain lagi mungkin akan dapat dielakkan.
4. Mengurangkan risiko sakit jantung
Dalam amalan rawatan tradisional orang lama, sengkuang ini juga mungkin sering digunakan untuk membantu merawat masalah tekanan darah tinggi serta isu yang berkaitan.
Pengambilannya turut dipercayai mampu menurunkan risiko sakit jantung ekoran tekanan darah yang sudah terkawal serta sangat tinggi dengan nutrien kalium dan potasium.
Khasiat sengkuang ini #5. Menyejukkan badan
Antara khasiat yang mungkin paling menarik, sayuran ini turut dipercayai mampu menyejukkan badan. Ia adalah kesan yang hampir sama seperti ketika anda minum air kelapa.
Tambah lagi dengan cuaca di negara kita yang kerap sahaja panas, agak sesuai untuk anda ambil tumbuhan ini!
Khasiat sengkuang ini #6. Mengelakkan kanser
Antara oksidan yang wujud di dalam tumbuhan ini adalah ferulic acid. Saintis mendapati bahawa ia mampu membantu menghambat dan melawan pertumbuhan sel kanser.
Antara jenis kanser yang dipercayai dapat dielakkan adalah kanser kulit, tulang, tiroid dan payudara!
7. Bagus untuk bayi demam kuning
Penyakit jaundis itu mungkin biasa akan berlaku kepada bayi yang baru lahir. Dalam perubatan tradisional, ramai ibu bapa yang menggunakan kunyit, bawang dan lain-lain herba termasuk juga sengkuang ini untuk dijadikan ubatan sapuan.
Pun begitu, anda harus tahu bahawa tidak wujud bukti saintifik yang kata khasiat sengkuang cina ini betul berkesan atau tidak dan ia mungkin harus kekal sebagai alternatif sahaja.
Sumber: Siti Hasnah AR & HelloDoktor. com
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club