Dalam mendidik anak-anak, kita sebagai ibu ayah turut berasa bimbang andai apa yang kita lakukan selama ini tidak sempurna untuk membimbang anak-anak menjadi insan yang berguna. Besar harapan kita juga agar setiap pengorbanan yang kita lakukan akan dihargai oleh anak-anak bilamereka besar kelak.
Berkongsi tip untuk jadikan anak-anak akan berterima kasih kepada ibu ayah, Aminat Matt Yusoff ada berkongsi cara yang boleh dipraktikkan oleh yang lain. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Anak akan berterima kasih pada ibu ayah. Jika..
1. Kejut mereka solat subuh, seperti mengejutkan mereka lari dari kebakaran. Inilah yang arwah ayah saya buat dulu. Sebelum azan subuh, ayah akan ketuk pintu bilik sehingga anak-anaknya bangun dan berwuduk . Permulaan memang agak seksa dan payah tapi ibu ayah kena kental. Setelah anak-anak ini menjadi dewasa, mereka tidak akan putus-putus berterima kasih kerana bersabar dalam mendidik mereka.
2. Paksa mereka belajar al-Quran. Ajar sendiri atau cari guru mengaji. Arwah ayah guru agama tapi tetap menyuruh anak-anaknya cari guru ngaji sampingan untuk cuti hujung minggu dan cuti sekolah. Kat rumah waktu pagi wajib talaqi dengan ayah, malam bersama dengan kawan-kawan sekampung ke kelas ngaji. Sampai sekarang terasa indahnya zaman kecil-kecil dulu. Tiada perkara yang membosankan hidup, penuh dan bermanfaat. Kadang tu peristiwa yang berlaku dalam kelas ngaji buatkan kita belajar sesuatu dan kenangan itu terus subur hingga kini.
Ada kajian yang dilakukan pada tahun 2018 mengatakan bahawa ramai murid tidak menguasai bacaan al-Quran kerana mereka skip kelas mengaji.
Ads
3. Ajar mereka tentang ikhtiar hidup. Mula dengan tanam touge, pokok-pokok kecil sehingga kepada kemahiran dan aktiviti yang lebih mencabar. Jangan biarkan mereka hidup dalam dunia khayalan, mengisi masa dengan bermain semata-mata dan menjadikan phone teman sejati. Anak lelaki arwah ayah berikan mereka tanggungjawab dan tanamkan keberanian, anak perempuan arwah ayah akan sediakan kelas-kelas untuk tambah ilmu ketuhanan dan adab. Alhamdulillah syukur..
4. Bantu anak-anak berkomunikasi dengan baik. Banyakkan berinteraksi, bermunaqashah dan lakukan aktiviti bersama-sama. Sekarang, bila mengimbau kenangan lalu, buat saya senyum sendiri. Aktiviti yang saya anggap biasa-biasa dulu tapi hari ini ia memberi inspirasi. Berkelah tepi parit yang di kelilingi sawah padi, arwah ayah bentang tikar dan adik beradik duduk bersantai sambil melihat pepatung berwarna warni. Allahu.. Bila saya lihat gambar pepatung, kenangan tu datang menyapa.
Ads
5. Anak-anak akan sangat-sangat berterima kasih kepada ibu ayah yang tidak pernah jemu melakukan solat secara berjemaah, masak berjamaah, makan berjamaah dan kemas berjamaah. Semangat kekeluargaan akan lahir setiap kali ada unsur kebersamaan dalam setiap tindakan.
6. 10 tahun kemudian, kenangan ini makin segar dan subur dalam ingatan anak-anak kerana setiap suatu yang memberi kesan positif dalam hidup akan memberi moment terbaik kepada seseorang.
Selamat berusaha ibu ayah yang hebat. Sinsing lengan, ketatkan kilas..Anak-anak comel sedang menunggu.
Cabaran berumah tangga sememangnya mematangkan kita. Kematangan dan cara kita berdepan dengan masalah serta bagaimana rasionalnya kita menghadapinya adalah kunci mengekalkan rumah tangga bahagia.
Golongan muda yang membuat keputusan untuk melangkah ke alam perkahwinan patut dipuji. Mana tidaknya ketika usia masih muda dan masih lagi ligat dengan hal-hal duniawi, mereka sudah memegang amanah yang dijanjikan dengan Allah. Ia bukan satu keputusan mudah.
Demi menjaga keutuhan rumah tangga, apa lagi mengekalkan hubungan suami isteri hingga syurga, ada banyak perkara yang harus kita jaga. Bukan semuanya dipandang mudah. Apa perkara yang tidak harus kita lakukan dan dilarang dalam hubungan suami isteri? Pesanan Ustaz Kazim Elias ini patut kita dengar.
1. Jangan Puji Orang Luar
Jangan sesekali puji orang luar misalnya jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan. Ini akan buat suami atau isteri terasa diperbandingkan. Malah cara ini juga boleh menimbulkan rasa tidak senang dihati suami atau isteri. Jangan bangkitkan rasa cemburu atau kemarahan pasangan kita dengan memuji orang lain.
2. Jangan Tinggikan Suara
Jangan sesekali meninggikan suara apa lagi menjerit kepada pasangan. Kurang sopan. Tegur dan nasihatkanlah dengan nada rendah dan lembut agar tidak mengguris hati pasangan. Ingat bahawa pentingnya menjaga hati pasangan kita.
3. Jangan Abaikan Pasangan
Berusahalah untuk sentiasa menjadi pendengar yang baik buat pasangan kita. Ibaratkan seperti kawan, kita bercerita dan berkongsi segala masalah bersama pasangan. Ini buat hubungan jadi lebih baik. Jangan sesekali abaikan pasangan bila dia luahkan masalahnya. Jadilah pendengar yang terbaik.
4. Jangan Berbohong
Paling penting jangan sesekali berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar. Ingat tu!
5. Elakkan Jauh Dari Isteri
Jangan sesekali cuma menjauhkan diri daripada isteri. Meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah adalah perbuatan yang keji. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walaupun ketika isteri sedang haid.
6. Sentiasa Mengaku Salah
Setiap kali buat salah, mintalah maaf dan bersedialah untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sekali merasakan diri tidak sentiasa betul setiap masa. Kita pun manusia biasa!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dikurniakan anak yang ramai memang menyeronokkan walaupun agak ‘huru-hara’ untuk menguruskan mereka semasa kecil.
Kalau ditanya pada pasangan suami isteri yang ada ramai anak, mereka mengakui ketika anak-anak masih kecil memang agak mencabar tetapi bila semua sudah besar semuanya menjadi semakin mudah.
Jangan risau untuk mempunyai anak ramai kerana setiap anak itu sudah dtentukan rezeki mereka oleh Allah SWT.
Pelakon cantik berdarah kacukan, Emma Maembong sendiri rupa-rupanya memang berniat untuk mempunyai anak ramai sejak mendirikan rumah tangga lagi.
Emma mendedahkan sebenarnya dia dan suami memang merancang untuk mendapatkan anak kedua sebaik sahaja selesai berpantang anak pertama, Shariq Gabriel.
Memetik laporan mStar, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail berkata rezeki untuk menimang cahaya mata kedua berlum tiba lagi. Dia dan suami percaya Allah mahukan mereka memberikan perhatian lebih kepada anak pertama.
Suka Anak Ramai
Pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta yang terkenal mempunyai hubungan rapat dengan adik-beradiknya mengakui dia mahu memiliki anak yang ramai.
Isteri kepada seorang juruterbang ini sendiri sudah terbiasa dibesarkan dalam keluarga yang ramai dan dia sendiri mempunyai 11 orang adik-beradik. Emma juga terkenal suka menjaga anak-anak saudaranya sejak sebelum berumah tangga lagi.
“Saya memang ada mencuba untuk dapatkan anak kedua tapi belum ada rezeki lagi. Sebenarnya saya memang merancang untuk dapat anak cepat.
“Kalau boleh lepas pantang anak pertama itu, nak cuba terus dapatkan anak kedua. Itulah, kadang-kadang kalau kita nak sangat, susah nak dapat.
“Setengah orang nak tunggu anak besar sikit, tapi saya nak biar sekali penat. Adik-beradik saya pun 11 orang dan saya selalu jaga anak-anak buah.
“Jadi, misi saya berkahwin memang nak anak. Tapi belum rezeki…mungkin Allah nak saya beri perhatian lebih kepada anak pertama,” demikian beritahu Emma.
Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli Azhar pada 20 Feburari 2020 dan melahirkan anak pada 8 November 2020.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dato Sri Siti Nurhaliza baru-baru ini memuat naik beberapa gambar yang memaparkan dia hadir ke majlis resepsi kakaknya sebelah pengantin lelaki. Kelihatan dalam gambar tersebut ada bersama adalah ibu Datuk Siti iaitu Mak Salmah.
Menurut ibu kepada sepasang cahaya mata ini, gambar itu adalah anak-anak perempuan kesayangan arwah Pak Din (ayah Datuk Siti).
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai kerana tidak selalu isteri kesayangan Dato Sri Khalid berkongsi gambar bersama keluarganya buat tatapan umum.
Gambar tersebut diambil Siti menerusi Instagram milik adiknya, Siti Nursairah. Selain gambar, turut dikongsikan video mereka adik- beradik ketika mahu bergambar bersama pengantin.
Penyanyi Siti Norsaida Tarudin atau Saida, 45 kini bergelar isteri buat kali ketiga selepas melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya dikenali Aizal pada Disember lalu. Berita gembira tersebut turut dikongsikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga adik kepada Saida di Instagram rasmi miliknya.
Penyanyi Siti Norsaida Tarudin atau Saida, 45k bergelar isteri buat kali ketiga selepas melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya dikenali Aizal pada Disember lalu.
‘Buah hati pengarang jantung arwah Pak Din ❤️❤️❤️(anak perempuan) hujung tu anak kakida ye.
Demikian kapsyen yang dimuat naik penyanyi nombor satu negara ini bersama gambar satu keluarga.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.