Merancang untuk membeli rumah untuk tujuan pelaburan mahu pun untuk didiami, itu suatu permulaan yang bagus. Bila niat sudah ada, ilmu berkenaannya kenalah dicari agar serba sedikit kita tahu mana yang terbaik, mana yang boleh dan mana yang harus dijauhkan dalam membuat keputusan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh peguam ini berkenaan urusan membeli rumah subsale atau juga kita panggil membeli rumah second hand. Jom ketahui lanjut perkongsian bermanfaat ini.
URUSAN JUAL BELI RUMAH SUB-SALE BELUM SELESAI, BOLEH TAK PEMBELI NAK MINTAK KUNCI RUMAH UNTUK MASUK LEBIH AWAL?
1. Saya dapati ada pembeli rumah subsale yang kadang-kadang tak sabar untuk mendiami rumah yang dibelinya, walaupun urusan jual beli rumah tersebut masih belum sempurna sepenuhnya.
2. Kadang-kadang baru saja tandatangan perjanjian jual beli (SNP), dah nak mintak kunci rumah daripada penjual.
3. Antara alasan mereka untuk memasuki rumah tersebut lebih awal adalah :
– tuan rumah sewa nak balik rumah yang mereka sewa;
-mereka tiada tempat lain untuk tinggal;
-mereka juga kata mereka dah bayar deposit kepada penjual, jadi sepatutnya mereka dah ada hak terhadap rumah tersebut,
-mereka kata nak renovate rumah tersebut terlebih dahulu sebelum berpindah ke rumah tersebut, dan lain-lain alasan lagi.
4. Tahukah anda, dari segi amalan guaman hartanah yang sebenar, dalam urusan jual beli rumah subsale, milikan kosong sesebuah rumah hanya akan diserahkan oleh penjual kepada pembeli setelah pindah milik didaftarkan daripada nama penjual kepada nama pembeli, dan pembeli telah menjelaskan keseluruhan baki harga jual beli kepada penjual, sama ada melalui pembiayaan bank atau secara tunai.
Ads
5. Amalan guaman ini biasanya dinyatakan secara jelas di dalam SNP yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.
6. Oleh yang demikian, tindakan pembeli meminta kunci untuk mendiami rumah tersebut lebih awal adalah bertentangan dengan peruntukan dalam SNP dan bertentangan dengan amalan guaman hartanah yang sebenar.
7. Bukan itu sahaja, tindakan pembeli untuk mendiami rumah tersebut lebih awal sebelum milikan kosong diserahkan secara rasmi kepada mereka sebagaimana yang dinyatakan dalam SNP, juga akan mendedahkan pembeli kepada beberapa risiko kerugian.
8. Antaranya termasuklah:
A. Sekiranya berlaku sebarang masalah dalam urusan jual beli rumah tersebut yang menyebabkan SNP terpaksa dibatalkan, maka pembeli hendaklah menyerahkan kembali rumah tersebut kepada penjual.
Ads
Bayangkan ketika itu rumah tersebut telah penuh dengan barang-barang pembeli, bukankah ia akan menjadi masalah kepada pembeli untuk mengangkut keluar barang-barang tersebut? Dah lah terpaksa keluar kos untuk angkut keluar barang-barang, malu dengan jiran-jiran pun satu hal jugak.
B. Katakanlah ketika itu pembeli dah buat renovation terhadap rumah tersebut, sekiranya SNP terpaksa dibatalkan dan rumah tersebut terpaksa dikembalikan kepada penjual, segala renovation pada rumah tersebut jadi hak tuan rumah sepenuhnya. Tak fasal-fasal tuan rumah yang untung akibat ketidaksabaran anda. Dan perlu diingat, anda juga tak boleh tuntut sebarang ganti rugi terhadap penjual atas segala kos renovation yang telah dikeluarkan kerana ianya atas risiko anda sendiri.
C. Katakanlah berlaku kematian kepada penjual sebelum urusan jual beli rumah tersebut selesai, rumah tersebut akan dianggap sebagai harta pusaka simati dan waris-waris si mati berhak menuntut rumah tersebut sebagai harta pusaka.
Bayangkan ketika itu anda telah mendiami rumah tersebut lebih awal, dan waris kepada penjual pulak ingin menuntut rumah tersebut daripada anda, sudah pasti ianya boleh menyebabkan perbalahan dan pergaduhan antara kedua-dua belah pihak.
D. Selain daripada itu, kadang-kadang ada juga rumah yang dibeli itu, tanpa pengetahuan pembeli, dalam proses lelongan oleh pihak bank. Sekiranya anda telah mendiami rumah tersebut dan dapat tahu yang sebenarnya rumah tersebut telah dilelong, sudah pasti anda terpaksa menyerahkan rumah tersebut kepada pembeli yang berjaya dalam lelongan tersebut.
Ads
Pernah berlaku kes di mana rumah dah “diserahkan” kepada pembeli lebih awal, tiba-tiba rumah kena lelong dan dah ada pembida yang berjaya. Memang bergaduh lah jawabnya antara 3 pihak tersebut; penjual, pembeli dan pembida yang berjaya. Bukankah ini akan menimbulkan masalah kepada semua pihak terutamanya pihak pembeli?
9. Jadi elakkan lah minta kunci lebih awal daripada penjual sebelum urusan jual beli rumah tersebut sempurna.
10. Sebaiknya anda perlu merancang terlebih dahulu sebelum membeli sesebuah rumah. Pastikan sekurang-kurangya dalam tempoh 3 hingga 6 bulan urusan jual beli rumah tersebut, anda mempunyai tempat tinggal yang sepatutnya, bukannya sign sahaja SNP terus mengharapkan untuk memasuki rumah tersebut dengan serta merta. Ingat ni drama swasta ke? Sign je SNP terus dapat kunci rumah.
11. Jadi bawak-bawak lah bersabar demi kebaikan anda juga. Kata orang, takkan lari gunung di kejar. Jika rumah tersebut telah ditakdirkan rezeki milik anda, pasti anda akan dapat juga mendiaminya. Yang penting semua pihak selamat kerana mengikut undang-undang yang sepatutnya.
Kita merasakan lumrahnya anak-anak perempuan memang suka melaram apatah lagi bila sejak kecil mereka melihat kita sering memakai solekan setiap pagi untuk ke tempat kerja.
Tindakan kita itu juga, membuatkan anak-anak ingin mencuba untuk mengenakan solekan di wajah
mereka.
Bahkan kita sebagai ibu juga suka melihat anak disolek cantik bila ada waktu-waktu tertentu seperti menghadiri majlis dan sebagainya.
Paling ringkas, kita akan calitkan
pemerah pipi dan gincu bibir!
Pun begitu tahukah anda, bahawa sebenarnya tindakan kita itu mengundang bahaya.
Kanak kanak sememangnya secara semula jadi telah comel dan mempunyai kulit yang halus. Kulit mulus mereka TIDAK perlu dicemarkan dengan bahan kimia seperti alat solek.
Walaupun alat solek tersebut selamat bagi orang dewasa, ianya tidak semestinya boleh digunakan oleh kanak kanak. Ini adalah kerana kanak kanak mempunyai tahap metabolisma yang tinggi dan mampu menyerap bahan kimia dengan pantas.
Gincu – bahan meresap ke dalam membran
Eyeliner/solekan mata – BIG NO kerana kulit kelopak mata nipis
Pewarna kuku
Pewarna rambut
Lain lain bahan kosmetik
Sekiranya bahan kosmetik mengandungi Merkuri, ia boleh diserap ke dalam tubuh dan menjejaskan perkembangan otak dan membantutkan pertumbuhan neurological.
Bilakah waktu yang selamat untuk mereka mula menggunakan alat solek?
16 tahun ke atas adalah umur yang selamat untuk mula menggunakan alat solek.
Baru beberapa hari, personaliti media sosial dan usahawan Hafiz Mahamad berkongsi kisah membantu rakannya yang sakit. Kini, dia pula diuji apabila isteri kesayangannya, Syafiqah Aina mengalami keguguran.
Berkongsi kisah sedih tersebut di Instagram miliknya, akui Hafiz berita tersebut diterima ketika beliau berada di Kelantan untuk membantu sahabat baiknya. “Aina surprise saya minggu, katanya dah dua bulan hamil. Gembira sangat rasa, tambah pula Dr kata scan ada dua kantung.
“Andai kata betul kembar, lelaki saya namakan Haikal Aris dan perempuan tak fikir lagi. Sujud syukur dan teruja sangat sebab puteri sulung saya bakal dapat adik. Tapi…
“Semalam, waktu saya tengah bantu sahabat. Selepas angkat sahabat yang sakit semalam masuk dalam kereta dan terus terima panggilan dari Aina sebab dia pergi buat pemeriksaan. “ABANG, ANAK KITA DALAM KANDUNGAN DAH TAK ADA”
“Saya tak tahu nak react apa, saya tengah bantu sahabat saya dalam masa yang sama terima panggilan macam tu, korang boleh rasa tak perasaan saya?” kongsinya.
Bagaimanapun, Hafiz menganggap perkara itu sebagai sebahagian daripada ujian Tuhan kepada dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik.
“Saya belajar sesuatu, nak tau apa? Disaat saya terima panggilan tu, Aina kata anak saya dah tak ada dan mata saya tengok sahabat saya tengah tak berdaya depan mata
“Rasa syukur saya terus tinggi, saya tak nak kecewa dan tolak takdir Allah! Ada tu Allah nak tunjuk dan saya belajar untuk redha “Tipu tak sedih, lagi lagi Aina. Tapi kami yakin, ada benda Allah nak bagi lagi, kami yakin sangat. Sebab berita tu saya terima dalam waktu saya tengah bantu orang.
“Andai kamu lelaki. Daddy namakan kamu Haikal Aris. Haikal Aris, kamu pergi dulu dari daddy dan mummy.
“Kamu tunggu kami di syurga, pimpin kami nanti sayang. Ada sebab Allah ambil kamu di usia kamu dua bulan dalam kandungan.
“Sebak daddy menulis ni. Sayang, pimpin daddy mummy dan kakak kamu nanti di syurga. Selagi masih hidup, daddy bekalkan rezeki keluarga kita dengan rezeki halal sayang. “Ini semua satu cerita untuk Allah mengajar saya sekeluarga menjadi kuat lagi dan sentiasa ikhlas dalam usaha.
“Mummy, terima jagakan anak kita dalam kandungan dua bulan dan terima kasih surprise daddy last week.
“Abang happy sayang sebab anak itu anak yang tunggu kita di syurga. Terima kasih @syafiqahaina,” tulis Hafiz menerusi kapsyennya di instagram.
Hafiz dan Aina mendirikan rumah tangga pada 24 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan , Raisya Arisa pada 25 Jun 2019.
Salam takziah buat Hafiz dan Aina.
Stesen minyak bina rumah untuk kucing jalanan, semua anak bulus comel, gebu dan sihat. Seorang wanita meluahkan rasa gembira apabila melihat sebuah stesen minyak yang mengambil inisiatif luar biasa dengan menyediakan sangkar khas untuk kucing jalanan di kawasan Setia Alam, Selangor.