Zakat Emas wajib dibayar apabila sudah sampai kadar uruf yang ditetapkan mengikut negeri.
Ada dua kategori iaitu emas perhiasan (yang dipakai) dan emas bukan perhiasan (yang disimpan atau tidak dipakai).
Kadar uruf emas bukan perhiasan untuk seluruh negeri dalam Malaysia ialah 85 gram. Gold bar dan Dinar secara automatiknya masuk di dalam kategori emas bukan perhiasan kerana ianya tidak boleh digayakan. Melainkan anda tebuk lubang dan buat jadi subang atau loket dan dipakai. Pelik tapi tetap perlu dimaklumkan.
Jadi, jika anda ada gold bar seberat 100g, kali sahaja dengan harga emas semasa dan darab 2.5%. Dapatlah amaun zakat emas bukan perhiasan yang anda wajib bayar.
Contohnya pada 23 Disember 2020 mengikut harga emas 999 semasa :
84 gram tidak perlu zakat.
85g X RM268 X 2.5% = RM569.50
100g X RM268 X 2.5% = RM670
Untuk kadar uruf emas perhiasan pula berbeza mengikut negeri. Jika anda tanya mengapa, ini ada kena mengena dengan maksud uruf itu sendiri iaitu “adat kebiasaan”. Mungkin ada negeri-negeri yang sangat sinonim dengan emas, jadi kadar urufnya lebih tinggi berbanding negeri yang lain.
Untuk negeri Selangor contohnya, kadar uruf emas perhiasan ialah 800 gram. Jadi, apa yang lebih dari 800 gram itulah yang wajib dibayar zakatnya. Sebagai contoh emas perhiasan anda ada 900 gram, jadi 900 – 800 akan jadi 100 gram. Kali sahaja dengan harga emas semasa dan darab dengan 2.5%. Dapatlah nilai zakat emas perhiasan yang wajib dibayar.
Contohnya pada 23 Disember 2020 mengikut harga emas 916 semasa :
1 gram hingga 800 gram tidak perlu bayar zakat.
Ads
801 gram perlu bayar zakat untuk 1 gram sahaja.
1g X RM244 X 2.5% = RM6.10
900 gram perlu bayar zakat untuk 100 gram sahaja (900-800).
100g X RM244 X 2.5% = RM610
Mudah bukan? Di sini saya senaraikan kadar uruf mengikut negeri. Ada kebarangkalian kadar ini ada pindaan, sila dapatkan kepastikan di pusat zakat negeri anda.
Kadar uruf ikut negeri
Selangor, Kuala Lumpur = 800g
Johor, Terengganu = 850g
Perak, Pahang = 500g
Negeri Semilan = 200g
Melaka = 180g
Kedah = 170g
Pulau Pinang = 165g
Sabah = 152g
Sarawak = 90g
Perlis = 85g
Kelantan = Tiada uruf
Apakah yang dimaksudkan dengan Tiada Uruf di Kelantan? Ini bermakna, untuk yang tinggal di Kelantan, emas perhiasan tidak langsung dikenakan zakat. Jika ada 2 kilogram emas perhiasan pun tidak perlu bayar zakat.
Ads
Tetapi emas perhiasan yang tidak dipakai selama genap 1 tahun (cukup haul), secara automatiknya emas itu perlu dibayar zakat dan sudah masuk ke kategori emas bukan perhiasan.
Jadi, orang di Kelantan kena cakna bab ni. Perlu tahu barang kemas mana yang dah lama tak pakai. Nanti tak sedar, zakat tak bayar pula.
Perbezaannya mudah sahaja.
Emas perhiasan perlu dibayar zakat jika lebih uruf sahaja, tetapi hanya baki berat emas selepas ditolak kadar uruf.
(Ada negeri yang kira jumlah terus apabila sudah sampai uruf. Sila rujuk pusat Zakat negeri masing-masing)
Emas bukan perhiasan pula apabila sudah mencapai uruf, perlu dikenakan zakat untuk jumlah berat emas itu.
Ads
Contoh senario emas perhiasan :
Jika anda sebelum ini tinggal di negeri Kelantan dan ada 900 gram emas perhiasan yang dipakai, kemudian berpindah ke negeri Perlis, apabila cukup haul (genap setahun), anda perlu bayar zakat untuk 815 gram emas perhiasan anda.
Sebelum ini tiada uruf di Kelantan. Sekarang tinggal di Perlis sudah setahun, kadar uruf Perlis ialah 85 gram.
900g – 85g = 815g
815g X RM244 X 2.5% = RM4971.50
Itulah jumlah zakat emas perhiasan yang perlu dibayar jika mempunyai 900 gram emas di negeri Perlis.
Semoga kita tidak terleka dalam menjalankan kewajipan membayar zakat kerana membayar zakat itu adalah wajib.
Kongsikan penulisan ini buat makluman semua. Semoga dapat memberi manfaat.
Segala maklumat ini diperolehi dari laman web zakat negeri. Tertakluk kepada perubahan. Perlu dapatkan kepastian dari pusat Zakat negeri masing-masing.
Sumber: Akhtar Syamir
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon dan pengacara, Neelofa berkongsi hasratnya untuk mengikut suaminya, Haris Ismail yang ingin melanjutkan pelajaran ke tanah Arab.
Perkara tersebut dikongsikan bersama dengan pengacaranya, Amyra Rosli menerusi program Nona yang disiarkan di TV3 baru-baru ini.
Dia yang yang muncul sebagai pengacara undangan sempena ulang tahun ke-38 TV3 turut memberitahu ingin mendedahkan anaknya, Muhammad Bilal kepada persekitaran baharu.
“Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke Tanah Arab sama ada Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar di sana.
“Dalam masa sama kami mahu dedahkan anak kepada persekitaran di sana dan saya boleh ambil peluang untuk belajar bahasa Arab,” katanya.
Neelofa turut berhasrat untuk mendalami Al-Quran supaya memberi kebaikkan untuk dirinya di masa hadapan.
“Satu lagi impian saya adalah untuk mendalami al Quran. Walaupun suara saya tak sesedap mana ketika membaca al-Quran, tetapi saya sudah lama ingin mempelajarinya. “
“Kalau boleh mahu turunkan ilmu itu supaya dapat dijadikan saham akhirat kelak,” jelasnya lagi.
Ditanya perihal anak sulung iaitu Muhammad Bilal yang masih tidak didedahkan wajah comelnya, Neelofa memberikan sedikit gambaran bahawa Bilal kini lebih mirip dengan wajahnya.
Kontroversi membabitkan Pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Siti Nur Hidayah kembali reda bila mana masing-masing mengambil jalan tidak mengeluarkan sebarang komen.
Hidayah ketika ditemui Gempak di rumah ibu bapanya di Sabak Bernam memberitahu selepas tempoh itu dia bakal menyara hidupnya dan anaknya Syed Uthman Hamzah Al-Juffery, 8 bulan dengan membantu perniagaan keluarganya menjual produk kesihatan.
Dalam pada itu, dia juga memaklumkan kini sedang menenangkan diri serta menghormati tempoh edah.
“Saya kini hanya mahu berehat dan menenangkan diri demi menghormati tempoh edah selepas pemergian suami.
“Selepas ini, saya akan membantu serta bekerja dengan bapa saya yang kini mengusahakan perniagaan produk kesihatan.
“Untuk bekerja dengan orang atau syarikat lain itu mungkin belum terfikir lagi,” jawabnya ringkas.
Keluarga Hidayah mengusahakan perniagaan produk kesihatan yang menggunakan bahan semula jadi seperti daun sukun serta herba.
Dalam satu perkongsian, Hidayah memuat naik video yang memaparkan anaknya Hamzah melihat gambar arwah.
“Allah menggalir air mata, bila ibu melihat hamzah dengar lagu arwah ayah nye😌 dengar & lihat baru dia benti menangis, sabar wahai sygku, hamzah kene kuat seperti ayah😘😘 ayah sentiasa tengok hamzah, terima kasih pokcu @zainuddin_94 sentiasa layan hamzah..terubat kerinduan hamzah #syeduthmanhamzahaljuffrey
Allah sayu nya hati Hamzah sendiri tidur tempat Arwah ayahnya tidur.. tidur lena2 ya Hamzah.. Al-fatihah (Dalam bacaan) moga syurga buatmu Arwah abam..aamin #syeduthmanhamzahaljuffrey
Masalah anak-anak tidur lambat sering diperkatakan oleh ibu bapa. Apabila kanak-kanak lewat berjaga maka akan sukar untuk bangun pagi. Jumlah purata jam yang diperlukan untuk kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun berehat untuk tidur ialah antara 10 jam hingga 11 jam. Sebenarnya tidur membantu pertumbuhan tubuh kanak-kanak.
Sewaktu kanak-kanak tidur pertumbuhan hormon berlaku dalam masa beberapa jam. Kanak-kanak yang cukup rehat akan berasa segar untuk bermain, belajar dan mengurangkan stress keluarga.
Ibu bapa akan berasa stress apabila terpaksa menunggu melayani anak yang sukar tidur. Keadaan ini mengganggu waktu tidur ibu bapa yang bekerja keesokan harinya.
Umumnya tidak ada panduan yang benar-benar boleh diikuti dan tidak ada salah betulnya jika anda mencuba menyelesaikan masalah kanak-kanak lewat tidur. Cara penyelesaian setiap kanak-kanak adalah berbeza dengan kanak-kanak lain. Ibu bapa hendaklah peka dengan sifat anak-anaknya. Ibu bapa dan keluarga seisi rumah hendaklah memberi kerjasama dalam membantu anak yang selalu tidur lewat.
1.Jadual
Masa untuk tidur hendaklah tetap mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap malam. Sekiranya anda mahukan anak tidur jam 8:00 malam. Jadual untuk tidur tidak boleh berubah-ubah. Sekiranya setiap malam berubah-ubah jadual akan meletihkan kanak-kanak. Anda perlu bertegas dengan peraturan waktu tidur dengan anak anda. Perlu diingat sebenarnya kanak-kanak menguji ibu bapa jika selalu mengikut kehendaknya. Oleh itu jangan melayani kerenah anak dan bertegas dengan jadual yang telah anda tetapkan. Peringkat permulaan agak sukar tetapi apabila jadual yang ditetapkan diikuti ia akan menjadi kebiasaan.
2. Tidak ikut permintaan anak
Cuba tidak melayani kehendak anak apabila disuruh tidur. Contohnya meminta tunggu sebentar kerana belum habis bermain. Semua permintaan dijadikan sebahagian dalam rutin sebelum tidur. Sekiranya dengan membenarkan permintaan yang sesuai sebagai rutin sebelum tidur. Misalnya membenarkan membawa satu alat mainan sebagai teman untuk tidur. Pastikan dengan jelas satu permintaan adalah had yang peruntukan yang diberi. Jangan layani permintaan yang lain. Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk tidur akan menguji anda dengan membuat berbagai permintaan sebagai helah untuk melewatkan masa.
3. Tegas
Apabila anak anda telah masuk bilik tidur atau telah baring di atas katil pastikan anda bertegas dengan peraturan. Anak anda tidak dibenarkan bangun dari katil atau meninggalkan bilik tidur. Jangan pedulikan protes atau rungutan anak anda. Kurangkan interaksi dengan anak anda. Jika anak anda berterusan mahu keluar bilik anda memberi amaran akan mengunci bilik tidur. Jika anda tegas dengan peraturan, anak anda akan memahami dan mematuhi pada hari-hari berikutnya.
4.Beri pujian
Sentiasa memberi pujian jika anak anda sudah mahu bergerak ke arah tempat tidur. Temani sebentar sambil memberi dorongan ketika anak anda berada di tempat tidur. Kata-kata semangat dan pujian menjadikan dia memahami kepentingan tidur. Beritahu kepada anak anda tentang persiapan ke tadika memerlukan tidur awal. Memberi kata-kata semangat yang positif yang mudah difahami dapat memberi ketenangan sebelum anak itu tidur. Contohnya memberitahu badan yang sihat dan cergas baik untuk belajar di tadika.
5. Baca buku
Sebaik-baiknya anda digalakkan membacakan sebuah buku yang digemari sebelum tidur. Secara tidak langsung dapat merehatkan minda anak dengan membacakan buku cerita. Pastikan memilih buku yang sesuai dan bukan buku yang menyeramkan dan menakutkan anak-anak. Pilih buku yang mengembirakan dan memberi ketenangan kepada anak anda sebelum tidur.
6. Tutup televisyen
Masalahnya jika mempunyai keluarga besar atau adik-beradik yang ramai. Semua pihak hendaklah bekerja sama. Waktu menonton televisyen hendaklah dihadkan. Pengaruh persekitaran agak menyulitkan untuk melaksanakan rutin tidur kepada anak yang berusia 5 tahun dan juga anak-anak kecil yang lain. Faktor gangguan persekitaran menjadikan masalah untuk tidur. Pengorbanan ahli keluarga diperlukan untuk membantu anak-anak mematuhi jadual tidur yang dirancang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini mengumumkan bantuan tunai RM10,000 kepada pemilik rumah yang musnah sepenuhnya dalam tragedi letupan paip gas di Putra Heights pada 2 Syawal lalu.