
Kadang-kadang pernah juga terjadi, bila kita membancuh air dalam keadaan hendak cepat hingga terlupa menutup rapat penutup gula tersebut.
Alih-alih nampak penuh sahaja bekas gula tu dengan semut. Aduh! Takkan hendak dibuang gula sebekas, tentu membazirkan.
Jadi ketahui cara atau petua nak halau semut dengan cara mudah dan pantas sebagaimana yang dilakulan oleh Mem Nazeffa di akaun fbnya.
“Habis semua semut keluar. Mabuk bawang putih. Ni petua gula x disentuh semut.Misi Berjaya. Yeahh”– Mem Nazeffa.
Bahan yang diperlukan:
Bawang putih
Cara Buat :
1. Potong 3 ulas bawang putih.
2. Kemudian masukkan ke dlm bekas gula.
Jadilah bolehlah dicuba.
Selain itu orang dulu-dulu ada juga berpesan kalau hendak elakkan daripada gula dihurung semut lakukan beberapa perkara ini.
1. Ikat bekas gula dengan tali atau kain perca yang direndam dengan minyak masak.
2. Masukkan dua tiga kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula.
3. Letakkan bekas gula di dalam pinggan yang berisi air.
4. Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas gula.
Suami Saya Dulu Tidak Makan Ubat Darah Tinggi 2-3 Minggu Sahaja. Terus Pecah Pembuluh Darah Dalam Otaknya!

Seseorang itu dikatakan mengidap penyakit tekanan darah tinggi apabila bacaan tekanan darah sistolik >140 atau diastolik > 90, (>140/90).
Pun begitu bila salah satu bacaan tekanan darah sama ada (sistolik dan diastolik) tinggi secara berterusan, ada baiknya segera dapatkan rawatan pemeriksaan doktor agar ada pemantauan. Bila doktor arahkan makan, dapatlah kawal tekanan darah tinggi tersebut.
Namun jika tidak diambil berat, bimbang pula akan menyebabkan berlakunya perkara yang lebih serius pada kesihatan tubuh badan kita.
Berkongsi pengalaman daripada seorang isteri yang telah sekian lama menjaga suaminya yang strok, bolehlah dijadikan panduan dan peringatan andai ada ahli keluarga yang ada penyakit darah tinggi agar jangan pernah mengambil ringan bab pengambilan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor.
Ini perkongsiannya.
Saya sampai tidak boleh ingat sudah berapa lama bacaan tekanan darah Idzwan dapat cantik begini.
Lebih kurang setahun selepas strok dulu, tekanan darah dia sudah elok sungguh, tapi ada doktor yang tukarkan semula kombinasi ubatnya kerana ubat darah tinggi dia terlalu banyak waktu itu, kata doktor. Jadi doktor cuba kombinasi ubat yang lain. Tetapi tekanan darahnya jadi haru biru.
Selepas elok semula, doktor terpaksa tukarkan lagi sebab ada ujian darah khusus yang perlu dibuat. Jadi ada ubat yang kena ‘flush’ keluar dulu, dan doktor gantikan ubat lain. Sampai ke kecemasan jugalah sebab tekanan darah naik tinggi sangat.
Ubat darah tinggi ada bermacam jenis. Ada banyak kelas dan kategori, dan setiap kelas itu pula ada berderet deret lagi jenis-jenisnya. Hanya doktor yang boleh beri preskripsi ubat-ubat ini kerana mereka tahu kombinasi yang sesuai.
Kena ikut arahan ahli farmasi juga tentang pengambilan ubat, berapa dos dan frekuensi yang ditetapkan. Tidak boleh pandai-pandai ambil sendiri atau berhentikan sendiri.
Jika ada ahli keluarga anda yang sudah diarahkan makan ubat darah tinggi, pastikan mereka makan ikut arahan doktor. Risiko darah tinggi tidak terkawal antaranya ialah strok pendarahan (pembuluh darah dalam otak pecah), seperti yang dialami suami saya. Bukan strok mild-mild (jenis darah beku tersumbat) ini ya. Ia strok yang major, menyebabkan fungsi otak terjejas sebab kecederaan otak yang teruk.
Buah pinggang juga akan rosak jika darah tinggi tidak dikawal.
Jangan dengar orang cakap – “Kalau makan banyak ubat darah tinggi, nanti buah pinggang kau rosak!”
Itu salah.
Kalau tak makan ubat darah tinggilah buah pinggang akan rosak ya tuan puan. Saya pun belajar hal ini bila Idzwan sudah terlantar sakit.
Suami-isteri-mak-ayah atau sesiapa sahaja yang sudah kena makan ubat darah tinggi, tolong ya. Jangan skip makan ubat hospital. Jangan EGO atau ‘deny’ kata diri kita sakit dan perlu makan ubat. Bukan senang nanti jalan ceritanya kalau sudah sakit kronik.
Suami saya dulu tidak makan ubat darah tinggi dia 2-3 minggu sahaja. Terus pecah pembuluh darah dalam otaknya.
Belajarlah dari pengalaman kami dan orang lain. Sayangi diri sendiri dan keluarga anda.
Sekian.
Kak Odah Anderson
Kongsi Pengalaman, Kongsi Ilmu
sumber : Raudzah Arippin
Aiskrim Kacang Merah, Sedap Lemak Manis. Ni Resipi, Boleh Buat Untuk Makan Sendiri!

Sebut sahaja Aiskrim Malaysia tentu sudah ada yang terkenang zaman kanak-kanak. Selalu makan aiskrim dengan bermacam-macam perisa yang enak. Malah diakui dengan makan aiskrim ini sangat menyegarkan rasanya ketika dinikmati setiap petang ketika pulang daripada sekolah. Nikmat yang tak terkata!
Jadi apa kata hari ini kita sediakan sendiri aiskrim kacang merah yang lemak manis ini untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Malah bagus juga dijadikan jualan, maklumlah dengan cuaca panas ketika ini pasti laku keras.
Perkongsian resipi Zaky Mat Ali ini boleh dijadikan panduan untuk yang pertama kali ingin mencuba untuk membuat aiskrim legend ini.
Aiskrim Kacang Merah
350 gram kacang merah-beli online di sini
2.5 liter air masak
1 cawan gula
1/2 tin susu pekat
1 kotak santan (kecil)
1 tin susu cair
3 sudu tepung jagung
3 sudu sirap
1 sudu kecil garam
Cara penyediaan:
- Rendam kacang semalaman. Kemudian rebus sampai empuk dan kisar kasar.
- Didihkan air, masukkan gula.
- Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan kacau.
- Masukkan susu pekat, santan, sirap dan garam.
- Masukkan kacang merah dan kacau sebati.
- Bila dah sejuk boleh masukkan dalam plastik aiskrim. Simpan dalam peti beku semalaman.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- “Jangan Namakan Air Katira Kalau Tak Letak Katira”- Dr Kamarul Kongsikan Resipi Originalnya!
- Suka Makan Daging Goreng Kunyit. Nak Lembut & Basah-basah Sikit, Begini Cara Buatnya!
- Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!
Ketahui 5 Petua Nak Pastikan Jantung Pisang Kekal Putih Warnanya.

Melayan selera selepas puas menjamah rendang sepanjang berhari raya tentunya terbuka selera dengan juadah ala kampung.
Membayangkan betapa enaknya menikmati hidangan makan tengah hari bersama lauk pauk kegemaran dan dilengkapkan pula dengan ulam jantung pisang dan sambal belacan, memang terbaik!
Bahkan bila hidangan ini dijamah, pasti bukan sepinggan nasi dimakan akan tetapi akan makan bertambah. Begitulah jika ingin digambarkan akan keenakan dan kelazatan menikmati hidangan bersama ulam jantung pisang ini buat penggemarnya.
Pun begitu, tidak semua antara kita ‘pakar’ menyediakan ulam jantung pisang agar terlihat putih bersih warnanya. Apa yang sering terjadi, ulam yang direbus sering menjadi lebam dan sekali gus menjadikan ulam jantung pisang ini kurang menarik.
Nak tahu apa rahsianya untuk menjadikan jantung pisang yang direbus nampak cantik, sebenarnya ada petuanya. Nak tahu lebih lanjut, jom praktik 5 kaedah mudah ini sebagai mana yang diamalkan oleh orang dulu-dulu.
[su_highlight background=”#dacfd5″ color=”#d01313″]Petua Untuk Pastikan Jantung Pisang Tidak Mudah Lebam[/su_highlight]
- Minyak masak
Masukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk semasa ingin merebus jantung pisang tersebut.
- Jangan dibelah dua
Pastikan kulit jantung pisang telah dibuang hingga beberapa lapisan dan kemudian masukkan terus ke dalam air rebusan yang mendidih. Jantung pisang jangan dipotong dan setelah masak barulah di potong dua atau empat.
- Limau
Semasa merebus jantung pisang tersebut boleh juga diperahkan limau ke dalamnya.
- Garam
Memasukan garam ke dalam air rebusan jantung pisang juga antara cara yang berkesan untuk memastikan jantung pisang tidak menjadi lebam selepas direbus.
- Asam Keping
Penggunaan asam keping juga dikatakan dapat menjadikan jantung pisang yang direbus kekal berwarna putih. Caranya cukup mudah hanya masukkan sekeping ke dalam periuk rebusan dan masaklah seperti biasa.

[su_highlight background=”#abb3a5″ color=”#d01313″]Khasiat Jantung Pisang [/su_highlight]
- Atasi masalah sembelit- seperti pisang, jantung pisang juga kaya dengan serat bagi membantu melancarkan pencernaan. Kandungan serat dalam jantung pisang juga akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.
- Atasi anemia- Bagi yang mengalami anemia, amalkan makan jantung pisang untuk menambah darah dalam badan . Ini kerana jantung pisang kaya dengan zat besi yang merupakan mineral utama untuk membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah.
- Menyihatkan rahim- Selain tinggi kandungan serat, jantung pisang juga kaya dengan mineral, kalsium, dan zat besi bagi mencegah jangkitan pada rahim serta dapat memperkuatkan dinding rahim.
- Menurunkan berat badan- ia mampu melancarkan pencernaan dan sekali gus akan menurunkan berat badan. Bagi yang sedang berdiet disarankan untuk mengambil jantung pisang sebagai salah satu menu diet harian.