Tentunya limau purut begitu sinonim digunakan dalam perawatan dan penjagaan kesihatan mengikut kaedah tradisi nenek moyang kita.

Malah keistimewaan limau purut turut diamalkan dalam penjagaan kecantikan selain daunnya pula digunakan sebagai bahan utama  dalam masakan Tom Yam.

Jadi tidak hairanlah jika ramai antara kita menanam tanaman ini di rumah untuk kegunaan peribadi.

Pun begitu, jika terlalu lebat buahnya, bimbang pula membazir rosak begitu sahaja. Jadi ada baiknya dibuat sabun sepertimana yang dikongsikan  oleh Kak siti.

Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.

IKLAN

Limau purut banyak kegunaan dalam perubatan traditional. Buat mandian untuk buang energy negatif. Susah nak simpan lama I buat sabun. Tak membazir. Boleh buat jual juga…

Yang tanam buah ni dihalaman rumah boleh nak tambah income. Ada value tahu buah limau purut ini. Ini saya bagi Resepi… Halal…

Bila Banyak Sangat Stok Limau Purut, Bolehlah Buat Sabun Ni!

IKLAN

210 gm minyak zaitun
210 gm minyak sawit
210 gm minyak kelapa
70 gm minyak castor

105gm naoh
266 grm perahan limau purut yang dibekukan…

Minyak pati suka hati nak letak apa untuk tambahan bau yang anda suka… Saya suka ginger bagi atasi masalah gatal kulit.

IKLAN

Limau purut dapat atasi bau badan dan ketiak usyuk…

Ekstra info 

NaOH adalah natrium hidroksida. Fungsi NaOH dalam pembuatan sabun adalah sebagai bahan baku utama selain minyak atau lemak. Ketika NaOH atau sodium hidroksida dicampurkan dengan minyak atau lemak, maka saponification reaction terjadi. Hasilnya, terbentuklah sabun.

sumber : Kak Siti Subang via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI