Tentunya limau purut begitu sinonim digunakan dalam perawatan dan penjagaan kesihatan mengikut kaedah tradisi nenek moyang kita.
Malah keistimewaan limau purut turut diamalkan dalam penjagaan kecantikan selain daunnya pula digunakan sebagai bahan utama dalam masakan Tom Yam.
Jadi tidak hairanlah jika ramai antara kita menanam tanaman ini di rumah untuk kegunaan peribadi.
Pun begitu, jika terlalu lebat buahnya, bimbang pula membazir rosak begitu sahaja. Jadi ada baiknya dibuat sabun sepertimana yang dikongsikan oleh Kak siti.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Ads
Limau purut banyak kegunaan dalam perubatan traditional. Buat mandian untuk buang energy negatif. Susah nak simpan lama I buat sabun. Tak membazir. Boleh buat jual juga…
Yang tanam buah ni dihalaman rumah boleh nak tambah income. Ada value tahu buah limau purut ini. Ini saya bagi Resepi… Halal…
Ads
210 gm minyak zaitun
210 gm minyak sawit
210 gm minyak kelapa
70 gm minyak castor
105gm naoh
266 grm perahan limau purut yang dibekukan…
Minyak pati suka hati nak letak apa untuk tambahan bau yang anda suka… Saya suka ginger bagi atasi masalah gatal kulit.
Ads
Limau purut dapat atasi bau badan dan ketiak usyuk…
Ekstra info
NaOH adalah natrium hidroksida. Fungsi NaOH dalam pembuatan sabun adalah sebagai bahan baku utama selain minyak atau lemak. Ketika NaOH atau sodium hidroksida dicampurkan dengan minyak atau lemak, maka saponification reaction terjadi. Hasilnya, terbentuklah sabun.
sumber : Kak Siti Subang via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Impian memiliki kulit wajah yang sihat dan berseri-seri seperti zaman anak dara bagaikan tinggal kenangan. Apabila kulit wajah mudah dihambat masalah, sering kali kita tertanya apakah punca sebenarnya.
Ketahuilah bahawa penjagaan kulit wajah dalam rutin harian persiapan diri sahaja tidak mencukupi, kami kongsi lima punca penyebab kepada masalah kulit wajah ini.
TANGAN KERAP MENYENTUH KULIT WAJAH
Ini boleh dikatakan tabiat yang biasa dilakukan. Walau sebersih mana pun tangan anda perlu diingat pasti ada kuman. Kuman tersebut secara tidak langsung akan berpindah pada kulit wajah lantas mengakibatkan kerengsaan dan akhir sekali terjadilah jerawat. Jika ini merupakan tabiat yang memang sukar dijauhkan, sapu ‘hand sanitizer’ sekerap yang mungkin.
BERKONGSI BERUS SOLEKAN
Penggunaan berus solekan yang kotor dan berkongsi berus solekan dengan orang lain boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan liang pori-pori tersumbat. Ia juga mengakibatkan kuman daripada alat solek mudah tersebar kepada bahagian lain pada muka. Cuba gunakan jari atau berus berasingan untuk setiap alat kosmetik dan jangan lupa cuci setiap minggu. Jangan pandang remeh dan tidak mengendahkan perkara sebegini kerana ia mungkin penyumbang terbesar dalam masalah kulit anda.
PENGELUPASAN KULIT BERLEBIHAN
Pembersihan yang terlalu kuat atau kasar dan pengelupasan yang berlebihan boleh mengakibatkan penghasilan minyak yang berlebihan dan kesan yang lebih teruk adalah menyebabkan bakteria merebak. Untuk alternatif lain gunakan glycolic peel tiga kali seminggu.
PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN
Kajian dari American Academy of Dermatology menyatakan makanan yang mengandungi bahan MSG yang tinggi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat lantas menghasilkan insulin yang banyak. Insulin itu kemudiannya mengaktifkan kelenjar minyak yang menghasilkan hormon androgen, yang akan mengakibatkan penumbuhan jerawat.
TIDUR TANPA MENCUCI SOLEKAN
Tidur dengan mekap boleh menjadi punca kulit kering. Ia juga menyebabkan kulit terdedah dengan radikal bebas yang akhirnya membuatkan kolagen kulit musnah, dan akhirnya kedutan mula muncul di kulit. Kulit biasanya memperbaharui sel-sel ketika kita tidur, tetapi andai kulit tidak dicuci bersih sukar untuk ia menghasilkan sel baru secara semula jadi.
TRIVIA
Rahsia kecantikan kulit wajah selebriti:
ANZALNA NASIR
Menyapu putih telur pada wajah dan sering berselawat setiap kali membasuh muka.
ROZITA CHE WAN
Amalan semenjak remaja, mencuci muka terlebih dahulu dengan air sejuk pada waktu pagi bagi mengecilkan pori wajah.
Pengambilan air dan tidur secukupnya serta pemakaian krim pelindung tabir suria.
KATE MIDDLETON
Mendapatkan rawatan wajah “Bee Venom Facial” untuk tampil muda dan berseri.
SITI NURHALIZA
Pengambilan Vitamin C, E, antioksida dan B Complex serta berselawat setiap kali mencuci muka.
SCARLETT JOHANSSON
Memilih ‘toner’ ataupun penyegar wajah yang diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu campuran air dan pati lemon untuk mengurangkan bintik-bintik hitam pada wajah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cara bagaimana hendak dipilih sama ada menggunakan kaedah moden atau mengamalkan cara tradisional sekali pun, kedua-duanya dapat memberi kesan yang diharapkan.
Untuk itu, bagi yang ingin mencuba kaedah menggunakan bahan alami, di sini dihimpunkan untuk memudahkan anda mencubanya. Jom semak.
UNTUK RAMBUT
Bahan semula jadi rawat rambut gugur. Ia bukan hanya boleh dilakukan golongan berusia, namun juga sesuai dibuat golongan remaja sekerap yang mungkin kerana semua kaedah ini tidak mempunyai kesan sampingan memudaratkan.
Lidah buaya
Penjagaan rambut menggunakan pati lidah buaya sebagai bahan utama.
Ambil daun lidah buaya, potong bahagian tengahnya dan ambil lendirnya. Lumur pada rambut hingga rata. Urut kulit kepala dan biarkan lima minit. Cuci rambut hingga bersih.
Minyak kelapa
Minyak kelapa adalah perapi semula jadi yang dapat mencegah pertumbuhan rambut rosak.
Untuk mengatasi rambut gugur, lumur minyak kelapa ke rambut hingga mengenai seluruh kulit kepala. Urut kulit kepala selama beberapa minit dan bilas. Mengurut juga membantu peredaran darah menjadi lebih lancar.
Minyak zaitun
Mengurangkan kerosakan akibat penggunaan produk perapi atau pewarna rambut yang mengandungi bahan kimia.
Sebaiknya gunakan minyak zaitun asli. Caranya campurkan dua sudu minyak zaitun dan minyak kelapa, sapu pada kulit kepala sebelum tidur.
Urut kepala selama 10 minit secara perlahan dan tutup rambut dengan topi mandi hingga pagi sebelum mencucinya menggunakan syampu yang lembut.
Avokado
Membaiki kerosakan rambut. Ia bukan sekadar mengembalikan kilauan, memperkuat dan membaiki tekstur helaian rambut, malah mengubah rambut kusam menjadi lebih segar, beralun.
Caranya, lumatkan isi buah avokado bersama pisang. Sapu campuran ini ke kulit kepala dan urut supaya rata. Biarkan ia mengering selama setengah jam. Bilas dengan syampu. Setelah rambut kering, anda akan mula nampak rambut menjadi lebih tebal dan beralun.
Daun inai
Khususnya dalam merawat masalah rambut serta kulit kepala. Cuba kisar atau tumbuk lumat daun inai dan campur dengan sedikit air bagi menjadi pes.
Ratakan di seluruh kulit kepala dan tutup dengan topi mandi selama tiga jam. Selesai tempoh berkenaan, bilas dengan air bersih dan gunakan perapi. Ulangi langkah ini dua kali seminggu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih aktif.
CUBA INI: Selain dijadikan minuman, daun teh juga boleh diaplikasikan dalam kamus cantik untuk menghaluskan kulit serta mencantikkan rambut.
Caranya; cuci bersih daun teh, masukkan ke dalam gelas berisi air putih. Tutup gelas dan biarkan semalaman. Keesokan harinya, campurkan air rendaman daun teh yang sudah ditapis dengan perahan limau nipis. Gunakan ramuan ini untuk membilas rambut setiap kali selepas bersyampu. Hasil rambut sihat bermaya pasti jadi milik anda.
CUBA INI: Pandan sering digunakan dalam masakan bagi mencipta aroma harum pada setiap hidangan. Selain itu, ia juga digunakan untuk tujuan kecantikan. Bagi yang ingin menghitamkan rambut, hiris halus daun pandan muda, rebus sehingga air berwarna hijau, lalu diembunkan semalaman.
Pada keesokan hari, campurkan air rebusan daun pandan tadi bersama perahan biji buah mengkudu. Sapu air tersebut pada rambut dan ramas perlahan-lahan selama 10 – 15 minit, kemudian bilas. Lakukan tiga atau empat kali seminggu.
Sumber : Ana Mahabu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sekiranya ada yang tercari-cari petua apakah yang paling sesuai untuk diamalkan dalam penjagaan luaran untuk satu badan dengan menggunakan satu bahan, jawapannya ada lidah buaya!
Petua cantik dengan lidah buaya memang diakui berkesan dan baik untuk kulit wajah.
Namun tahukah anda, tidak dengan itu sebenarnya lidah buaya ini atau juga dikenali sebagai aloe vera adalah pilihan terbaik untuk digunakan pada keseluruhan penjagaan tubuh.
Pun begitu, ketahui cara dan bagaimana untuk menghasilkan ramuan penjagaan kecantikan berasaskan aloe vera ini. Jom semak.
SELURUH BADAN
Cara-caranya1
1. Kupas kulit
2. Ambil isi
3. Perah dlm botol
4. Sapu shj diserata tubuh
WAJAH
Boleh juga buat skrab
Cara-caranya:
1. Ambil alovera tadi
2. Tambah putih telur
3. Sapu dimuka
4. Biar kering sebelum dicuci bersih.
RAMBUT DAN KUKU
Boleh juga dijadikan sebagai minyak untuk rambut sihat
Cara-caranya :
1. Ambil alovera
2. Perah
3. Ambil air/patinya dan tambah minyak zaiton
4. Sapu dirambut dan kuku
5. Biarkan 30minit
6. Bilas bersih.
Sumber : Eddy Rusdi via Viral Oh Viral
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.