
Baru melahirkan bayi keduanya pada 12 Februari yang lalu, Scha Alyahya kini sedang dalam tempoh berpantang. Isteri kesayangan Awal Ashaari ini, rajin memuat naik perkongsian terbarunya dalam proses berpantang.
Terbaru, Scha memuat naik sekeping gambar bayi yang digelar Baby L itu sudah tidur, namun Scha masih terjaga.
They say sleep when your baby sleeps hmmmkayy
😂🤗😅😭😏😕😟
Perkongsian scha mengundang reaksi ramai warganet, rata-rata bersetuju ibu yang di dalam pantang harus berehat.
rielkies.bangi_Tapi time baby sleep tu lah tak rasa mengantuk kan 😂😂
ptrnralya I kenot sleep when my baby sleep. Lepastu bila dia bangun i was like alamak menyesal tak tidur tadi hahaha😂


Sumber: schaalyahya
Takut Anak Kecil Terkutip Tahi Cicak Di Ruang Tingkap, Segera Lakukan Ni Wahai Ibu!

Masalah tahi cicak yang memenuhi ruang tingkap dan kaki lima rumah antara yang memeningkan kepala ibu-ibu. Lebih-lebih lagi jika ia dibiarkan lama di situ maka ia menjadi keras dan sukar untuk dibersihkan. Walaupun sudah dibersihkan, namun masalah tersebut tetap berlaku.
Untuk para ibu dan suri rumah di luar sana, mungkin boleh cuba kaedah yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna laman facebook iaitu Muna Binti Mohammad. Petua ini dapat menghalang cicak sekaligus menjaga kebersihan tingkap rumah.
Bahan-bahan
3 cuka makan
1/3 air
1/3 cecair basuh pinggan
cara membuat:
♦ Spray di kawasan tersebut, seluruh bingkai tingkap, dinding dan tempat cicak bersembunyi seperti di belakang lampu.
♦ Petua ini juga boleh digunakan untuk kawasan yang banyak semut suka melata.
sumber: Muna Binti Mohammad
Taska Dibenarkan Kembali Beroperasi & Perlu Patuhi SOP Yang Ketat Demi Cegah Penularan Covid-19!

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam fasa keempat, menyaksikan kerajaan terus berusaha keras untuk mengekang penularan COVID-19.
Bermula 4 Mei ini, semua jenis taman asuhan kanak-kanak atau taska akan dibenarkan kembali beroperasi, namun ia masih tertakluk kepada garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Begitu pun, sekiranya taska itu berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), ia sama sekali tidak dibenarkan beroperasi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, kebenaran untuk taska kembali beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat kini, bergantung pada kepatuhan pemilik premis itu terhadap garis panduan KKM.
Berikut merupakan garis panduan yang harus dipatuhi pemilik dan pihak pengurusan taska:
Waktu Operasi:
Operasi biasa –
7 pagi hingga 6 petang
Operasi bersyif –
7 pagi hingga 3 petang
3 petang hingga 11 malam
11 pagi – 7 petang
Waktu kehadiran pelanggan –
8 jam
Kapasiti pekerja –
100 peratus
- Langkah Pencegahan Penularan COVID-19 (sebelum membuka operasi)
Pengusaha, guru dan kakitangan perlu bebas daripada wabak COVID-19. - Premis taska mesti dibersihkan dan dinyahkuman
- Guru dan kakitangan taska perlu diberi latihan langkah-langkah kebersihan dan keselamatan, serta pelaksanaan aktiviti.
- Ibu bapa/penjaga, guru, kakitangan, dan kanak-kanak perlu mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan sebelum taska mula beroperas
- Langkah Pencegahan Penularan COVID-19 (semasa operasi)
Kakitangan atau kanak-kanak yang menunjukkan gejala dilarang daripada berada di taska dan perlu diasingkan untuk dirujuk bagi nasihat perubatan. - Kakitangan/ kanak-kanak yang pernah menjadi kontak rapat dengan orang disahkan positif COVID-19 atau baru pulang dari luar negara tidak dibenarkan hadir ke taska dalam tempoh 14 hari.
- Melaksanakan saringan sebelum masuk/ semasa berada/ sebelum balik setiap hari bagi mengesan gejala berkaitan Covid-19 seperti demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas.
- Kakitangan atau kanak-kanak yang mempunyai suhu badan 37.5° Celsius ke atas dilarang berada di taska.
- Menjalankan proses sanitasi dan pembasmian kuman di taska setiap hari sekurang-kurangnya dua (2) kali sehari.
- Pengusaha hendaklah menyediakan hand sanitizer
- Meletakkan label penjarakan sosial seperti tanda jarak satu meter di lantai khususnya di ruang makan, ruang tidur dan ruang membasuh tangan.
- Penggunaan face mask dalam kalangan kakitangan sepanjang masa berada di taska.
- Melatih kanak-kanak taska kepentingan menjaga kebersihan dengan kerap membasuh tangan dan menjaga jarak sosial
Langkah Pencegahan Penularan COVID-19 (selepas operasi)
- Menjalankan proses sanitasi dan pembasmian kuman di taska.
- Memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga untuk memandikan kanak-kanak terlebih dahulu dan mengelakkan kontak terus dengan warga emas di rumah setelah balik dari taska.
Langkah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat warga dalam Taska disahkan positif COVID-19
- Menutup taska serta-merta.
- Berhubung dengan Pejabat Kesihatan berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat.
- Melakukan disinfeksi mengikut panduan yang ditetapkan oleh KKM
Wanita Ini Amalkan Jus Campuran Buah-Buahan Setiap Hari. Kulit Gebu Macam Bayi

Apabila usia sudah menjejaki 30 an, kaum wanita haruslah berusaha untuk menjaga kecantikan kulit agar tidak tua sebelum waktunya. Di waktu ini, tidak dinafikan ramai wanita sudah kurang menjaga penampilan dan kulit kerana sibuk dengan kerjaya dan juga keluarga.
Namun harus diingat, tindakan anda itu akan menjadikan anda menyesal di kemudian hari. Mungkin anda akan terlihat lebih tua dari usia jika tidak bertindak dengan lebih awal.
Wanita ini berkongsikan petuanya menjaga penampilan diri dan kulit agar nampak sentiasa gebu.
Jika berbicara soal perasaan, rasa gembira itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saya sangat-sangat bersyukur apabila dinobatkan sebagai juara.
Sejujurnya saya memang berharap untuk menang kerana sewaktu menyertai Nona Manis, saya terpaksa berbahagi masa disebabkan ketika itu saya menduduki peperiksaan akhir di universiti.
Jadi, kalau saya tak menang waktu itu maka usaha dan peng0rb4nan yang dilakukan memang tak berbaloi! Alhamdulillah, apabila kemenangan berada dalam genggaman, ia membuahkan hasil yang cukup membahagiakan.
Kehidupan saya berubah 360 darjah kerana saya memilih untuk mendalami bidang penyiaran dan bukannya lapangan undang-undang yang ditekuni kala di universiti.
Tidak kak. Peluang ini saya rebut memandangkan ada kekosongan. Saya juga perlu melalui tempoh percubaan selama tiga bulan bermula awal tahun ini. Alhamdulillah rezeki saya sudah ditentukan di sini dan saya dapat meneruskan tugas untuk tempoh setahun lagi.
Ya, saya cukup menghargai peluang yang diberi dan cuba untuk menikmatinya setiap saat. Walaupun tugas ini memenatkan sementelahan kerja tidak mengikut masa, masuk 9.00 pagi dan pulang sekitar jam 10.00 atau 11.00 malam (bergantung pada kerja yang perlu dilunaskan), namun saya puas. Saya berpeluang mempelajari pelbagai aspek penyiaran seperti suntingan, menyediakan skrip dan mengendalikan sebuah rancangan yang menjadi tumpuan sebahagian besar wanita di Malaysia.
Daripada segi pengacaraan, sudah tentu saya enjoy! Dan saya percaya jika ada minat, kita mampu memperbaiki kehidupan kita ke tahap yang boleh dibanggakan. Untuk terus berjaya dalam bidang ini, saya hanya mampu tawarkan kecintaan dan kemampuan saya sahaja, yang lain terserah kepada Allah SWT.
Masih muda dan memiliki kulit mulus dan cerah. Adakah anda berusaha keras untuk itu?
Saya tidak perlu bersusah-payah untuk memiliki kulit anjal dan gebu memandangkan usia masih muda remaja, hahaha… Sebenarnya tidak juga kak sebab kulit saya sering berdepan dengan masalah jerawat.
Apabila mengendalikan rancangan, bermekap itu wajib bagi saya. Jadi, kulit saya perlu dibiasakan dengan penggunaan mekap saban hari. Walau gebu dan cerah, namun saya perlu menjaganya sejak usia muda.
Apa petua kecantikan yang diamalkan? Mungkin ada petua yang diturunkan oleh ahli keluarga misalnya?
Saya memiliki kulit sensitif maka penjagaannya juga memerlukan kesungguhan. Saya lebih suka menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk memelihara kesihatan kulit saya. Kalau boleh buat sendiri, saya buat misalnya pupur muka yang dihasilkan daripada madu. Produk cantik yang digunakan perlulah sesuai dengan jenis kulit saya dan masalah kulit yang mahu diatasi.
Selain itu, saya amalkan pengambilan jus tomato yang dikisar bersama buah-buahan seperti epal atau sayuran seperti lobak. Petua ini saya dapat daripada kakak saya, Umairah. Kulit dia memang cantik, macam kulit bayi.
Kini saya amalkan pengambilan jus ini sekurang-kurangnya empat kali seminggu. Saya minum jus tomato sebelum ke tempat kerja. Ia bagus untuk detoks sekali gus mencantikkan kulit kita.
Bagaimana dengan penjagaan kulit?
Bagi memastikan kulit pada tahap terbaik, saya sentiasa pastikan solekan dibersihkan sebelum masuk tidur. Penat macam mana sekalipun, utin membersihkan sisa solekan perlu dilakukan.
Memandangkan kulit saya jenis bermasalah maka saya perlu menggunakan makeup remover daripada jenis berminyak kerana ia cukup efisien untuk menanggalkan solekan, kemudian barulah saya cuci muka menggunakan facial foam, lalu dioleskan dengan penyegar dan pelembap. Selain itu, saya tidak pernah lupa menyapukan krim tabir suria sebelum keluar rumah.
Bagaimana dengan penjagaan rambut memandangkan berhijab?
Walau berhijab, rambut tetap saya jaga biar berbau harum dan terurus. Saya cuci rambut selang dua hari sekali, itu pun paling lama ya! Saya juga amalkan mencuci rambut pada waktu petang atau malam (sekitar jam 6.00 petang dan ke atas). Ini kerana jika saya cuci pada waktu tengah hari misalnya, rambut saya jadi kering dan mengerbang.
Saya tak sukalah! Saya juga elakkan menyikat rambut ketika mahu mengeringkannya kerana dikhuatiri ia akan menyebabkan kutikel pecah seterusnya membuat rambut rosak.
Saya turut menyapukan minyak Argan tulen pada helaian rambut bagi memastikan kelembapan dapat dikekalkan. Jika ada masa, saya buat sendiri masker rambut daripada campuran mayonis dan madu sementelah saya bukan jenis yang pergi ke salun.
Cantik itu seharusnya. Cantik secara keseluruhan iaitu luaran dan dalaman. Definisi cantik yang kita faham adalah cantik luaran yang dapat dilihat dengan mata kasar. Bagi saya, cantik merangkumi ciri dalaman misalnya cara kita bercakap dengan orang dan bagaimana kita membawa diri.
Sumber: myinfomaya