Cinta seorang ayah kepada anak perempuannya adalah cinta yang paling tulus sekali di dunia ini. Seorang ayah biasanya mempunyai tahap kerisauan yang berbeza kepada anak perempuan dibandingkan kepada anak lelaki.
Hubungan seorang ayah dengan anak perempuan memainkan peranan penting kepada perkembangan anak sehingga dewasa.
Biasanya anak perempuan juga menjadikan ayah adalah hero pertama yang mereka cintai dan kagumi sejak kecil lagi. Maka pentingnya ayah memainkan peranan penting mempamerkan imej dan karektor yang positif di mata anak.
Perkenalkan Allah Dan Rasul Pada Anak
Menyedari berat tanggungjawab dirinya sebagai seorang bapa, pelakon Saharul Ridzwan,33, turut tidak terkecuali mempunyai perasaan risau pada masa depan anak perempuannya.
Bila seorang ayah tengok anak perempuan, macam-macam dalam fikiran. Risaunya berbeza.
Menurut Saharul, sebagai seorang ayah, tanggungjawabnya bukan sekadar menyediakan tempat tinggal, nafkah dan pendidikan untuk anak tapi penting untuk perkenalkan mereka kepada Pemilik segala hati, Allah SWT dan Rasulullah SAW.
“Kita tak mampu pun nak jaga anak kita, nak tentukan ke mana arahnya dan sebagainya.
Ads
Tapi usahakanlah untuk kenalkan mereka kepada Pemilik segala hati, Allah SWT dan kekasih kepada semua hati yang mencintainya, Rasulullah saw,” demikian tulis Saharul dalam satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Sebelum ini, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati ini pernah berkongsi kisah penghijrahannya mendalami ajaran Islam sehingga ramai terinspirasi untuk mencontohi beliau.
Justeru tidak hairanlah banyak perkara yang dilakukan dalam kehidupan sehariannya termasuk aspek pendidikan anak-anak, pemilik nama sebenar Muhammad Saharul Ridzwan ini memilih pendekatan memahami Islam sebenar sebagai asas mendidik akhlak dan iman kedua cahaya matanya.
Ads
“Semoga Allah pandang usaha kita, dan asbab itu, Allah bentukkan akhlak dan perlindungan terbaik dunia akhirat untuk kita semua. Amin Ya Allah.”
Bapa kepada Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra ini menyerahkan hanya kepada Allah SWT untuk menjaga dan melindungi anak perempuannya di masa depan selepas segala usahanya memberikan didikan agama berjaya dilaksanakan.
Terdahulu, Saharul mendirikan rumah tangga dengan Qaabila Deena Emir Mohamed pada 16 September 2016.
Kongsi Baby Kick, Cara Wanita Ini Raih Perhatian, Siap Ada Tip Nurse
Menyambut kelahiran bayi adalah sesuatu yang mengembirakan buat pasangan yang bergelar suami isteri. Namun dalam tempoh itu, untuk memastikan kandungan selamat pelbagai perkara yang harus diketahui oleh ibu.
Ia termasuk mengetahui tendangan bayi dalam kandungan atau baby kick. Mengira pergerakan bayi memang sangat penting bagi mengetahui keaktifan, pergerakan jantung dan memahami pola pergerakan harian bayi.
Inilah yang dikongsi oleh puan Siti Fatihah menerusi group KELAB IBU MENGANDUNG MALAYSIA (KIMM)yang menunjukkan emoji tapak kaki sebagai bukti gerakan bayi untuk rujukannya. Malah dia juga berkongsi dengan suaminya.
Sebuah perkongsian yang bermanfaat untuk kita semua. Tidak kira yang baru mempunyai anak atau sudah lama, amalan ini wajib ada demi memastikan anak selamat semasa dalam kandungan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Walaupun dah selamat bersalin sis nak share jugak cara rekod gerakan baby. Siap kena tegur dengan bos besar sebab terlebih tick .”
“Bukan apa.. biar kita puas hati rasa baby gerak bukan setakat 10 kali ja. Satu lg senang nak tunjuk kat misi kalau ada yang tak sure.”
NETIZEN KONGSI PENGALAMAN
Meninjau diruangan komen, rata-rata tertarik dengan cara yang dikongsi oleh wanita berkenaan. Malah ada juga berkongsi pengalaman yang sama berbuat begitu. Malah ada yang memberi tip daripada nurse
Semoga perkongsian ini menjadi manfaat untuk para ibu-ibu menjaga kandunan agar sihat dan selamat hingga ke hari bersalin.
Kentang goreng simple rangup diluar, lembut di dalam macam rasa kentang McD
Kali kedua buat kentang goreng homemade untuk difrozenkan.
Anak memang suka sangat. Buat banyak-banyak, senang sebab dah ada dalam peti ais, tinggal goreng je balik.
Yang penting berbaloi buat sendiri fries untuk anak dan nak bagi anak makan tanpa was-was dan sedap
Resepi
Kentang potong jejari dan rendam dalam air + cuka – ikut suka nak rendam berapa lama, agak2 jer. Cuka pun agak-agak jer…
✅ Option satu :
Toskan dan gaul ngan tepung bestari yang original, nak pedas guna yang pedas, sampai semua kentang bersalut dengan tepung. Anak saya tak suka pedas…
✅ Option dua :
Kalau tak nak guna tepung bestari boleh guna tepung gandum campur tepung beras macam kita nak buat bancuhan goreng pisang. Jangan lupa letak juga garam sikit dan lada sulah… jangan bayak sangat, nnt pedas
Bila semua dh bersalut tepung, bolehla mula menggoreng
Kalau nak buat frozen, goreng sekejap jer lepas tu angkat dan tos minyak dia. Biarkan sejuk dulu…
Dah sejuk boleh masukkan dalam beg zip lock dan simpan dalam peti ais.
Bila anak nak makan boleh keluarkan kejap, pastu goreng sampai kekuningan.
Gerenti sedap!!!Mama goreng sikit, anak suh goreng lagi sebab tak cukup.
Kredit: MASRIZA BASRI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mendidik anak bukan hanya dengan memberikan mereka pendidikan yang sempurna. Ia juga merangkumi pendidikan akhlak sepaya anak boleh membesar menjadi insan yang berguna pada masyarakat.
Ingat, anak adalah amanah dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorak mereka.
Ikuti 9 petua yang boleh diamalkan ibu bapa untuk didik anak yang cemerlang rohaninya.
1) Jangan marah anak di hadapan orang ramai
Anak yang sering kena marah ada potensi untuk memberontak. Begitu juga dengan memarahi anak dikhalayak ramai. Tindakan anda boleh buat anak hilang keyakinan diri. Sebaliknya, beri nasihat atau tegur anak ketika anda berdua bersama mereka.
2) Jangan banding-bandingkan anak
Ibu bapa harus ingat bahawa setiap anak ada potensinya sendiri. Jangan bandingkan anak dengan orang lain atau adik beradik hanya kerana mereka berbeza.
Sikap suka membanding akan buat anak berhadapan konflik diri dan kurang yakin.
3) Jangan merendahkan kemampuan anak
Setiap perkataan yang keluar dari mulut ibu atau bapa adalah doa. Cuba cari kebaikan anak dan tegurlah secara berhemah sekiranya anak melakukan kesalahan.
Jika anak tidak cemerlang dalam akedemik dan lebih menonjol dalam bidang lain seperti sukan atau kraf, asah bakat anak supaya mereka dapat pergi lebih jauh dengan minat yang ada.Ingat, kecemerlangan akedemik bukan jaminan untuk jadi ‘manusia berguna’.
4) Belajar jadi pendengar setia
Luahan dari anak adalah cara mereka berkongsi dengan anda emosi dan perasaan mereka. Jangan sekat! Sebaliknya, belajar mendengar dan hargai luahan rasa anak.
Ibu bapa harus belajar jadi ‘rock’ atau ‘support base’ untuk anak. Jangan biar mereka mencari ‘bantuan’ luar atau percaya orang lain lebih dari anda sendiri.
5) Jangan terlalu manjakan anak
Jangan manjakan anak secara keterlaluan. Ia boleh merosakkan masa depan mereka dan keadaan itu akan menjadikan anak ‘keras kepala’ dan sombong. Apabila terlalu dimanjakan, mereka akan ambil mudah semua perkara dan gagal berdikari.
6) Rumah bukan kem askar!
Peraturan, peraturan, peraturan! Anak yang dikongkong dengan terlalu banyak undang-undang dan peraturan mempunyai kecenderungan memberontak bila menginjak usia remaja.
Sebaliknya, ibu bapa perlu ‘give and take’ dengan anak-anak. Tetapkan peraturan asas dan bertegas bila perlu.
7) Tunjukkan tauladan yang baik
Jagan meleteri anak itu dan ini sekiranya anda tidak boleh mengotakan apa yang dikata. Jangan biar anak fikir ibu bapa hanya pandai bercakap. Setiap percakapan perlu disusuli tindakan. Jangan ajar anak berbohong!
8) Jangan bertengkar di hadapan anak
Anak yang sering terdedah dengan pertengkaran ibu bapa akan menjadi murung dan kurang berkeyakinan diri. Anak yang sentiasa berdepan situasi itu lebih suka menyendiri daripada bermesra dengan keluarga.
Siapa menduga ujian yang diberikan sebegitu hebat hingga memusnahkan segala harta benda yang ada dalam sekelip mata. Namun simpanan barang kemas yang dimiliki salah satu keluarga mangsa bencana letupan di Putra Heights dapat memberikan sinar bagi meneruskan kehidupan mereka.