Menjadi kelaziman sebagai seorang suami dan ayah mempunyai perasaan untuk memberi kehidupan yang terbaik dan selesa untuk anak-anak dan isteri. Atas alasan ini juga, ayah sanggup dan akan berkerja siang malam untuk mencari rezeki hinggakan masanya terlalu sibuk dengan urusan kerja.
Sungguhpun begitu, hati dan perasaan anak-anak yang inginkan perhatian dan kasih sayang daripada seorang ayah sewajarnya tidak boleh diambil ringan. Apatah lagi, bagi anak lelaki sebenarnya mereka mahu lakukan banyak perkara dan aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama ayah yang pastinya figura ayah itu dijadikan idola. Biasanya apa yang ada difikiran anak-anak, bila besar nanti nak jadi macam ayah!
Jadi usah lepaskan masa keemasan ketika anak-anak masih kecil dengan begitu sahaja, walau sibuk sekali pun cuba lakukan sekurang-kurangnya 5 perkara ini bersama-sama anak lelaki bagi mengisi ‘tangki’ emosi yang diperkatakan oleh Dr Redza Zainol. Nak tahu detail ini perkongsiannya;
Anak lelaki suka buat 5 perkara ini dengan ayahnya.
✔️ Anak lelaki sukakan aktiviti fizikal bersama ayah:
– memeluk ayah
– bermain lawan-lawan
Ads
✔️ Anak lelaki suka bila ayahnya bercerita tentang kisah hidupnya semasa kecil remaja dulu.
✔️ Anak lelaki suka bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan ayah dan tahu pekerjaan apa yang kita buat.
✔️ Anak lelaki suka kalau kita ajarkan mereka apa saja.
– membaiki sesuatu
– ajarkan subjek matematik
– ajar cara menyepak bola
– ajar main badminton
– ajar melompat
Ads
✔️ Suka ikut ayahnya keluar rumah.
Bila keluar bersama ayah, umpama mereka mengembara bersama idola mereka.
Melihat dunia luar yang asing tetapi terasa sangat selamat ditemani oleh ayah yang pada mereka seorang pelindung yang hebat.
Ads
5 perkara ni jika ayah buat, ia umpama sedang menabung dalam tangki emosi anak.
Kita lelaki sibuk tak kira masa. Ada masa kita terlalu banyak kerja hakiki dan lambat balik ke rumah. Anak pula tertunggu di depan pintu, mengharap wajah si ayah sebelum dia tertidur.
Pada waktu sibuk beginilah tabungan kita tu diguna. Ketika anak ternanti-nanti itulah dia teringat momen indah bersama ayahnya. Dalam hati si kecil, dia faham ayahnya sibuk tapi tetap sayang padanya. Dan bila kita pulang, kita isi semula tabung tangki emosi tadi tu sebelum ia menjadi kering kontang.
Usahawan dan pelawak sensasi, Shuib Sepahtu mendedahkan sudah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah bersama isteri dan anak-anaknya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuib di Insta Storynya, bapa kepada empat cahaya mata ini juga turut memohon doa agar perjalanan ibadahnya bersama keluarga dipermudahkan.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad turut dia memohon maaf kepada semua sekiranya dia melakukan kekhilafan sepanjang mengenalinya selama ini.
Jelas Shuib, dia hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada dosa dan meminta kepada orang ramai mendoakan agar urusannya dalam mengerjakan umrah dipermudahkan.
“Assalamualaikum, kami sekeluarga telah berangkat ke Kota Suci Makkah bagi menunaikan Ibadah Umrah.
“Maaf andai ada salah silap dari kami, terkasar bahasa, terguris rasa sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak.
“Mohon doakan agar segalanya dipermudahkan buat kami sekeluarga sepanjang berada di Tanah Suci,” tulisnya.
Melalui satu entri di Instagramnya, Shuib dan isteri serta anak-anaknya turut bergambar kenangan dengan busana sedondon serba kelabu.
Semoga perjalanan suci Shuib dan anak-anak dipermudahkan.
Cukup berbakat… Itu yang boleh diungkapkan dengan kemahiran yang ada pada adik ini apabila menghasilkan lukisan yang cukup cantik dan nampak kemas. Walaupun baru berumur 8 tahun, namun hasil seni anak ini cukup menkagumkan.
Itulah yang dikongsikan oleh puan June Khalish mengenai anak lelakinya yang melukis hanya dengan menggunakan blok lukisan dan pensel yang dibeli dari Eco.
Memang sangat cantik dan cukup berbakat untuk jadi arkitek, itu antara pujian yang diberikan oleh warganet kepada adik bernama Khalish ini.
Assalamualaikum semua..Thanks to Admin approved saya dalam group Ni. Saya salah seorang peminat seni,tapi cabang kesenian saya lebih kepada bidang menggubah & membuat kuih muih traditional.
Alhamdulillah,minat tu turun pada satu-satunya anak lelaki yang berumur 8 tahun. Inilah antara hasil-hasil contengan dia. Hanya berbekalkan drawing block & pensil kedai ECO.
Penantian seorang ibu dengan segunung harapan agar anak ditemui selamat akhirnya berakhir dengan berita menyedihkan. Sejak semalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan selepas anak dramatis terkenal, Fauziah Nawi yang juga seorang pengarah filem dikhuatiri lemas. Namun pencarian berakhir apabila mayat Pitt hanif ditemui sebentar tadi.
Mangsa, Firdaus Haniff, 43, atau lebih dikenali Pitt Hanif yang berasal Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur hilang selepas bot fiber dinaiki di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela dilaporkan terbalik kira-kira jam 1 tengah hari semalam.
Sebelum ini, mangsa dilaporkan sedang memancing bersama rakannya di lokasi tersebut dibawa arus Sungai Jelai selepas bot fiber dinaiki terbalik, namun rakannya berjaya menyelamatkan diri. Berita kematian Pitt Hanif dikongsikan oleh Fauziah Nawi menerusi laman facebooknya tadi.
Berkongsi berita sedih itu, Fauziah berkata, beliau baru sahaja dimaklumkan mengenai penemuan itu oleh adiknya yang berada di lokasi.
“Saya ingin mengumumkan jenazah anak saya Pitt Hanif telah pun ditemui dalam keadaan sangat elok. Ini diberitahu oleh adik saya yang berada di lokasi. terima kasih kepada semua yang mendoakan dan berusaha mencari anak saya.
“Saya minta maaf kerana tidak boleh menjawab telefon. Pihak bomba yang menjumpai anak saya mengatakan jenazah sebegitu walaupun sudah dua hari dalam air. Allahuakbar Pitt,mama minta maaf tak dapat jaga Pitt sepertimana yang mama janjikan kepada arwah babah.
“Anak saya akan dibawa ke hospital Kuala Lipis. Tak tahu di mana dia akan di bawa pulang ke rumah saya atau rumah besan saya. Berakhir sudah hidup anak saya di usia 43 tahun. Alhamdulillah kerana jenazahnya ditemui elok. Terima kasih semua.
Itu antara perkongsian dari Fauziah Nawi. Al-Fatihah buat arwah Pitt Hanif, semoga keluarga tabah dengan dugaan ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...