Telatah anak sulung kepada pasangan muda Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini tak perlu diperkenalkan lagi. Malah, popularitinya menyamai kedua-dua ibu bapanya. Sehingga kini si comel bernama Yusuf Iskandar memiliki 2.7 juta pengikut di laman sosial Instagramnya.
Selain memiliki raut wajah yang comel, Yusuf juga seorang anak yang cukup manja dan bijak, membuatkan dia disayangi ramai. Telatahnya bersama kucing kesayangan, Bujibu Chempel juga sering mendapat perhatian ramai pengikutnya.
Terbaru, Hanis Zalikha berkongsi video anaknya, Yusuf Iskandar bukan sahaja dilihat prihatin, bahkan cukup ringan tulang dan gentelman. Menerusi video itu, Yusuf dilihat membantu ibunya mengambil peralatan untuk pam susu badan.
Lebih terharu lagi, dia juga meminta izin sebelum memasuki bilik sewaktu ibunya sedang mengepam susu. Walaupun masih kecil, namun Yusuf tampak cukup beradab dan sopan. Pandai Hanis dan Hairul mendidik anaknya ini.
‘I want to keep this forever. My firstborn, my eldest son, Yusuf. You have so much love and care for those around you, may Allah always protect you.
“Kalau tengok Mommy start muka resah tengok jam dinding, dia tanya “Do you need to pump??” sebab dia nak berlari fix the pump set.
“If I am already pumping and he wants to enter the room, ada empat soalan dia selalu tanya, “are you pumping” “can I come in” “are you shy” “are you covered”?
“Bila dah benarkan masuk dia buat muka paling kesayangan tanya bila nak habis pam sebab nak suruh baca planets dengan dia ?,” tulis Hanis pada kapsyennya.
Ternyata perkongsian tersebut mendapat respond dari netizen yang memuji akan keprihatinan dan kesopanan yang ditunjukkan oleh Yusuf walaupun masih kecil.
Beradab dan smart
Adab is so much important
Such a gentleman
peribadinya seindah namanya
Sumber: IG haniszalikha