
“Raya sepatutnya jadi masa paling bahagia… tapi kenapa ayah nampak murung?” Perkongsian ini bukan nak salahkan sesiapa, tapi lebih kepada nak faham satu sudut yang jarang kita tengok dari kaca mata seorang ayah.
Realitinya, banyak lelaki yang nampak diam waktu raya, sebenarnya sedang menanggung beban yang tak semua orang tahu.
Sebagaimana perkongsian, Alwi Adam yang bersimpati dengan dengan keluahan seorang lelaki mengenai sumber kewangan susut selepas raya.
“Dekat tiktok ada banyak juga genZ share, bapak derang moody time raya, tak sporting bersiap dan nak berjalan raya happy-happy.”
“Saya nak cungkilkan, mungkin 70% sebabnya adalah benda dalam ss ni.”
“Time puasa dah banyak habis duit, dah raya pun habis duit. Nak berjalan raya lagilah habis duit.”
Cuba kira anak sedara berapa orang. Tak ker around 10-20 sebelah. Dua belah dah 40 orang. Menjamu perlu modal, memberi duit raya makan modal, berjalan minyak tol berhenti makan pun makan modal.
Tak pelik kalau dia moody. Pastu tabiatnya laki ni, dia sukar nak share even dengan isteri, tambah pula jenis tradisional. Ego lelaki tu tinggi bab provider ni.
Bukan justify, sekadar sembang sembang, raya pumpang pumpang
LUAHAN SEORANG SUAMI LEPAS RAYA, DUIT TINGGAL SIKIT
Dalam pada itu meninjau di ruangan komen rata-rata netizen turut bersimpati namun ada juga memberi pandangan untuk berbelanja seadaannya untuk mengelak berlaku masalah kewangan begitu.
Kesimpulan daripada situasi ini nyata, dalam kegembiraan menyambut Aidilfitri, kadang kita terlepas pandang emosi dan beban yang ditanggung oleh seorang suami atau ayah.
Mereka mungkin tak bersuara, tapi dalam diam mereka mengira, merancang dan menanggung tanggungjawab demi keluarga tersayang. Bila duit makin susut lepas raya, mereka masih cuba tersenyum demi anak-anak dan isteri.
Sebagai pasangan dan anak-anak, marilah kita belajar untuk lebih memahami, bertanya khabar, dan hargai segala pengorbanan mereka walaupun sekadar ucapan terima kasih dan pelukan hangat. Kadang itu saja dah cukup untuk buat hati seorang suami rasa tenang dan dihargai.
Sebab akhirnya, mereka pun manusia. Bukan robot. Ada letih, ada risau. Tapi tetap tabah demi keluarga.
Sumber: Alwi Adam