Buat penggemar ayam ala kenny roggers bolah cuba resipi superb ini. Tengok gambar pun dah sedap, rasanya pasti superb.

Merujuk kepada bahan-bahan penyediaan, jelas menunjukkan serapan bahan-bahan masakan akan menjadikan isi ayam lebih juicy dan rasa yang sedap

Malah, menurut puan Ainon ini, resipi ini dipelajari melalui youtube lebih 5 tahun lalu. Kini menjadi salah satu menu kegemaran keluarga.

Jom kita lihat perkongsian resipi ini.

Bila Asyik Tak Jadi Buat Roast Chicken, Cara Masak Wanita Ini Lebih Sedap Dan Juicy. Siap Ada Gravy & Mash Potato Lagi!

Saya pernah cuba beberapa resipi roast chicken termasuk resipi kenny rogers yg pernah viral tu. Tapi tak berapa jadi sbb bawang yg diblend dan lumur pd ayam kemudian dibakar dlm oven macam tak berapa sesuai. Dapat rasa pahit bawang yg kurang masak. Mungkin juga teknik saya salah.

Bolehlaa makan sekadar utk kenyang.

IKLAN

Roast chicken basic ni jugak yg family suka. Satu2nya western menu saya yg arwah suami suka dan makan bertambah2. Dia tekak Melayu susah sikit nak terima menu omputeh. Kecuali kalau makan di restoran.

Roast chicken ni makanan traditional orang sini. Kita makan rendang masa raya, depa makan nilah utk christmas dinner. Kalau big family, roast turkey. Saya prefer ayam sbb isinya lebih manis & juicy. Macam beli ikan kembung, kalau ikan besar isi kurang sedap kan.

Saya share resipi kat gambar kalau ada ibu2 muda yg nak mencuba resipi sihat dan mudah ini. Resipi ni saya belajar dari youtube Laura Vitale lebih 5 tahun lalu. Sekarang dah jadi salah satu menu favorite keluarga.

Bila Asyik Tak Jadi Buat Roast Chicken, Cara Masak Wanita Ini Lebih Sedap Dan Juicy. Siap Ada Gravy & Mash Potato Lagi!
Basic ingredients. Ayam, Onion , lemon, garlic, thyme (nampak hitam sbb lama sgt berbulan2 dlm freezer), rosemary kalau takda fresh, dried pun ok, butter 1 full tbsp, salt & pepper.
Bila Asyik Tak Jadi Buat Roast Chicken, Cara Masak Wanita Ini Lebih Sedap Dan Juicy. Siap Ada Gravy & Mash Potato Lagi!
Potong carot, celery & kentang. Campak dlm mangkuk baking, pour olive oil, sprinkle black pepper & secubit garam . Gaul & ketepikan sayur2 dan susun onion mcm dlm gambar. Susun begini supaya nnt juice dari ayam jatuh dan bercampur dgn air dr sayur2 menjadi kuah yg enak.
Bila Asyik Tak Jadi Buat Roast Chicken, Cara Masak Wanita Ini Lebih Sedap Dan Juicy. Siap Ada Gravy & Mash Potato Lagi!
Cincang halus rosemary, ambil 1 ulas yg paling besar garlic dan sagat. Campurkan keduanya dgn butter, tambah sedikit garam (dlm 1/2 tsp) dan black pepper dan gaulkan. Kemudian sumbat di bwh kulit ayam (rujuk gambar seterusnya) & tekan dr luar utk ratakan. Kalau ada lebih sapu jer keliling ayam tu. Lemon & garlic di belah dua & sumbat ke dalam perut ayam. Sumbat juga thyme. Klu ada garlic yg tertanggal campak aja ke dlm mangkuk bake.

Bila Asyik Tak Jadi Buat Roast Chicken, Cara Masak Wanita Ini Lebih Sedap Dan Juicy. Siap Ada Gravy & Mash Potato Lagi!

IKLAN
Bila Asyik Tak Jadi Buat Roast Chicken, Cara Masak Wanita Ini Lebih Sedap Dan Juicy. Siap Ada Gravy & Mash Potato Lagi!
Kemaskan dan letak atas susunan onion & sayur2. Bakar pd 170-180 celcius (fan oven) jangan dibuka2 selama 1jam setengah – 1 jam 45 minit bergantung kpd size ayam. Kalau kecil, sejam setengah dah boleh check dgn mencucuk pd pangkal kalau tak da darah maknanya dah masak. Kalau besar sejam 45 minit.

 CARA BUAT GRAVY & MASH POTATO

Bila Asyik Tak Jadi Buat Roast Chicken, Cara Masak Wanita Ini Lebih Sedap Dan Juicy. Siap Ada Gravy & Mash Potato Lagi!

Sebab ramai yg tanya, saya tambah resipi utk gravy & mash potato.

IKLAN

Mash – rebus potato (letak garam siap2 dlm air nnt tak perlu letak dah) hingga empuk, toskan, lenyek sambil dicampur butter (1 -2 tbsp), lada hitam & lada sulah. Tambah sedikit fresh milk (agak2 jgn sampai lembik).

Gravy- tumis garlic atau onion atau both with butter (dlm 2 tbsp) sampai onion bertukar warna. Masukkan black pepper, tambah air sejuk sikit & blend utk hancurkan onion (boleh skip kalau anak2 tak kisah tergigit onion). Masukkan air lagi, 1 kiub ayam dan tepung yg dibancuh dgn air utk pekatkan kuah. Sukatan air & tepung agak2la ya. Dlm 2 cwn air & 1 full tbsp tepung kot. Itu resipi asal, tp saya tambah 1 tbsp black pepper sauce, sedikit susu segar dan kicap manis sikit utk warna. Tak perlu garam sbb kiub ayam dah masin.

WOW SEDAPNYA, MESTI CUBA!

Bila Asyik Tak Jadi Buat Roast Chicken, Cara Masak Wanita Ini Lebih Sedap Dan Juicy. Siap Ada Gravy & Mash Potato Lagi!

Bila Asyik Tak Jadi Buat Roast Chicken, Cara Masak Wanita Ini Lebih Sedap Dan Juicy. Siap Ada Gravy & Mash Potato Lagi!
Ni saya punya. Chicken breast & kuah, carot, onion, nasi goreng butter & sedikit gravy. Saya suka rasa isi ayam dan kuahnya dimakan bersama carot & onion campur sikit gravy. Rasa manis onion dan karot melengkapkan rasa ayam.

Selamat mencuba!

Sumber: Ainon Abdulllah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI