Bila Asyik Membebel, Ini Antara 5 Tanda Isteri Penat Berfikir. Kena Alert Hal Ini.

Share

Apabila kehidupan rumahtangga menjadi suatu tekanan hidup, ia menjadi tekanan emosi kepada empuya diri.

Begitu juga wanita yang bergelar isteri tidak dapat lari menghadapi beban itu. Dengan rutin hidup yang sibuk antaranya menguruskan rumahtangga pastikan kemas, memasak, bekerjaya membantu menambah pendapatan keluarga, anak-anak dan makan pakai suami. Semua dilakukannya oleh kaun wanita.

Jika punya suami yang suka menolong tidak mengapa, bagaimana jika punya suami yang tidak memahami.

Ia tentu akan memberi kesan kepada wanita itu jika dibiarkan. Malah hingga kronik mengakibatkan wanita itu menghadapi tekanan mental.

Sebagaimana perkongsian oleh saudara Mohd Fhais mengenai tanda isteri yang terlalu penat berfikir untuk keluarganya.

Mungkin wanita menganggap 5 tanda ini biasa-biasa aje, tetapi lama-kelamaan ia akan makan diri jika dibiarkan.

Moga kita berkongsi masalah dengan suami. Luahkan rasa di dada. Moga ia tidak menjadi ‘barah’ dalam diri para isteri.

Ikuti perkongsian ini.

Jangan biarkan isteri ada 5 tanda ini kerana ini tanda2 awal burnout

Burnout ni bahaya kerana kita boleh hilang kewarasan diri, sentiasa fikir negatif walaupun depan mata penuh perkara positif dan hilang tujuan hidup!

1 – Duk Membebel Setiap Hari

Bila mulut tak boleh stop tu tanda otak tak stop berfikir. Sentiasa dalam mood ‘bekerja’, nak tukar ke mood ‘rehat’ memang kena tunggu mata tutup baru mulut boleh tutup. Tahu tak kesan penat otak bekerja ni 10 kali ganda lebih penat daripada buat kerja sebenar tau!

2 – Tak Boleh Sabar

Kalau boleh masa nampak ‘kekotoran & kesemakan’ di rumah tu terus nak bersihkan. Tak kira awal pagi atau dah larut malam. Sekali otak dah fikir nak mop lantai kena mop time tu juga, jika tidak hidup rasa tak tenteram. Ini tanda isteri dah hilang kawalan ‘otak masa’ sehingga tak mampu lagi nak kawal waktu bekerja.

3 – Mudah Serabut

Bila otak tak berehat, memang mudah la limbic ( otak emosi ) nak ambil alih decision making badan kita. Itu yang tak boleh nampak baju berlongok tak lipat jadi serabut kepala, nampak anak buat sepah jadi serabut, nampak bilik air kotor jadi serabut. Sampai tengok muka sendiri kat cermin pun serabut. Serabai sangat!

4 – Senang & Suka Bergaduh

Kortisol & adrenalin ni bahaya kalau berlebihan dalam badan. Asalnya dua hormon ni berfungsi untuk stabilkan tubuh kita masa stres atau dalam bahaya tapi bila ia berlebihan ia buat tubuh makin tak stabil pula. Tak pelik la orang yang dah penat melampau pun bila waktu gaduh jadi penuh bertenaga. Semua gara-gara dua hormon ni la.

5 – Lupa Diri

Terlalu leka uruskan keperluan anak, pasangan dan orang lain sehingga keperluan diri sendiri lupa. Bila di tanya,

” Bila kali terakhir buat sesuatu untuk kepentingan diri sendiri ? “

Jawapannya mesti TAK INGAT & TAK TAHU

Yela, Faham sangat kalau kita buat sesuatu untuk diri sendiri nanti mesti ada orang yang akan cakap kita selfish. Lebih lebih lagi isteri yang selalu jadi perhatian.

Sebab tak selfish la wanita selalu jadi mangsa!

WANITA KENA ADA MASA UNTUK TENANGKAN DIRI

Mungkin ini kenapa menurut statistik yang di keluarkan kkm tahun 2017 dari 4.2 juta rakyat malaysia yang di sahkan ‘sakit mental’ kebanyakkannya ialah golongan wanita.

Mari la para lelaki budiman di luar sana jom selalu ingatkan wanita kesayangan anda, baik isteri, ibu mahupun kenalan wanita supaya ingat diri dan utamakan keperluan diri dahulu sebelum yang lain.

Jika isteri ajak keluar rumah ikutkan sahaja ajakan tu.

Bawa la mana-mana pun asalkan keluar rumah supaya boleh tenangkan jiwa mereka. Makin kerap keluar, makin tenang la jiwa isteri kesayangan anda.

Wallahu A’lam,

Saya Mohd Fhais yakin jika tak ada orang yang ‘selfish’ dalam dunia ni nescaya statistik pesakit mental ni pun tak wujud!

#mentalillness

p/s : Kongsikan dengan pasangan dan orang lain juga supaya mereka boleh cakna dan berjaga jaga dengan tanda tanda awal masalah sakit mental ni juga.

Kredit: Mohd Fhais