Bila Arwah Isteri Beli Rumah Sebelum Berkahwin, Suami Berhak Terima Faraid Atau Tidak? Ni Jawapannya Jika Ada Yang Keliru!

Share

Pembelian rumah adalah suatu pelaburan yang cukup menguntungkan dan tidak hairanlah ramai juga anak gadis membeli rumah sebelum berkahwin untuk dijadikan aset untuk jangka masa panjang.

Pun begitu, timbul juga kekeliruan status harta yang dimiliki oleh seorang perempuan sebelum berkahwin andai meninggal dunia, adakah harta tersebut akan menjadi hak milik sepenuhnya kepada suami atau perlu juga dibahagikan kepada waris yang lainnya.

Memahami situasi ini, jom kita baca penjelasan daripada pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, semoga dapat memberi pencerahan sepenuhnya tentang perkara tersebut.

Soalan

Assalamualaikum Dato’ Mufti. Sekiranya isteri ada membeli rumah sebelum berkahwin, adakah selepas kematian isteri, suami berhak ke atas rumah tersebut melalui faraid walaupun suami tidak penah bayar duit installment rumah bulan-bulan, bahkan tak tahu pun kewujudan rumah tersebut?

 

Jawapan

Waalaikumussalam. Alhamdulillah segala pujian bagi Allah SWT atas segala nikmat diberikan serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Apabila seseorang meninggal dunia, segala hartanya akan diklasifikasikan sebagai harta pusaka. Harta pusaka atau harta peninggalan ialah semua harta yang mempunyai nilai dan dimiliki semasa hayatnya serta berterusan sehingga kematiannya. Berdasarkan penetapan daripada pihak Baitulmal MAIWP[1], harta-harta itu termasuklah:

-Semua harta yang diperolehi secara halal melalui jual beli, hibah, wasiat, pembahagian pusaka, hadiah, sedekah dan sebagainya.

-Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati.

-Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.

-Dividen/faedah yang terbit daripada harta si mati.

-Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

-Barang yang terbit selepas kematiannya dari usaha semasa hayatnya, misalnya ikan yang masuk ke dalam bubu yang ditahan oleh si mati.

Berdasarkan pembahagian kategori harta di atas, rumah yang dibeli isteri sebelum berkahwin dan berterusan menjadi hak milik isteri selepas berkahwin merupakan harta yang dikategorikan sebagai harta pusaka yang wajib dibahagikan kepada ahli waris yang mempunyai perkaitan atau disebut sebab perwarisan.

Antara ahli waris utama yang mempunyai bahagian harta pusaka ialah suami, anak-anak (lelaki dan perempuan) dan ibu bapa. Jika kesemua ahli waris ini ada dan masih hidup, maka harta si mati akan dibahagikan keseluruhannya kepada mereka selepas ditolak kos pengurusan jenazah si mati, hutang-piutang dan wasiat yang ditinggalkan.

(Lihat: al-Mughni al-Muḥtaj, 4/7)

Sementelahan itu, rumah yang dibeli isteri di atas tidaklah menjadi hak milik penuh si suami. Sebaliknya akan dibahagikan berdasarkan ketetapan Syarak. Sebagai contoh, jika kita mengandaikan kesemua ahli waris seperti suami, seorang anak lelaki, dua orang anak perempuan dan ibu bapa si mati masih ada.

Suami, ibu dan bapa si mati akan dapat bahagian masing-masing terlebih dahulu. Kemudian, keseluruhan baki harta (BH) akan diberikan kepada anak lelaki dan anak perempuan dengan nisbah anak lelaki dua kali ganda anak perempuan.

Pembahagiannya seperti berikut:

Jika si mati hanya mempunyai aset sebuah rumah sahaja dan nilai harga semasa rumah tersebut ialah RM700,000 contohnya. Maka, suami hanya dapat 9/36 bahagian rumah sahaja, berjumlah kira-kira RM175,000. Selebihnya diberikan kepada ahli waris seperti yang tertera pada jadual di atas.

Situasi akan berbeza jika sebelum isteri meninggal dunia, isteri sudah menjual atau menukar hak pemilikan rumah kepada orang lain. Kesannya, rumah tersebut tidak tergolong di bawah harta pusaka lagi dan ahli waris tidak layak menuntut harta tersebut.

Kesimpulannya, suami mempunyai hak terhadap aset rumah si mati sebanyak 1/4 bahagian sahaja. Pembelian rumah sebelum berkahwin ataupun selepas berkahwin tidak memberi kesan terhadap kelayakan suami mendapat bahagian harta pusaka rumah tersebut melainkan rumah tersebut sudah dipindah milik kepada orang lain.

Wallāhuaʿlam.

Sumber : muftiwp

 

ARTIKEL MENARIK : Beli Emas Dengan Duit RM20. Tu Cara Wanita Ni Reward Diri Guna Tabung Duit Oren!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!

Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.

Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club