Pembelian rumah adalah suatu pelaburan yang cukup menguntungkan dan tidak hairanlah ramai juga anak gadis membeli rumah sebelum berkahwin untuk dijadikan aset untuk jangka masa panjang.
Pun begitu, timbul juga kekeliruan status harta yang dimiliki oleh seorang perempuan sebelum berkahwin andai meninggal dunia, adakah harta tersebut akan menjadi hak milik sepenuhnya kepada suami atau perlu juga dibahagikan kepada waris yang lainnya.
Memahami situasi ini, jom kita baca penjelasan daripada pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, semoga dapat memberi pencerahan sepenuhnya tentang perkara tersebut.
Soalan
Assalamualaikum Dato’ Mufti. Sekiranya isteri ada membeli rumah sebelum berkahwin, adakah selepas kematian isteri, suami berhak ke atas rumah tersebut melalui faraid walaupun suami tidak penah bayar duit installment rumah bulan-bulan, bahkan tak tahu pun kewujudan rumah tersebut?
Jawapan
Waalaikumussalam. Alhamdulillah segala pujian bagi Allah SWT atas segala nikmat diberikan serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
Apabila seseorang meninggal dunia, segala hartanya akan diklasifikasikan sebagai harta pusaka. Harta pusaka atau harta peninggalan ialah semua harta yang mempunyai nilai dan dimiliki semasa hayatnya serta berterusan sehingga kematiannya. Berdasarkan penetapan daripada pihak Baitulmal MAIWP[1], harta-harta itu termasuklah:
-Semua harta yang diperolehi secara halal melalui jual beli, hibah, wasiat, pembahagian pusaka, hadiah, sedekah dan sebagainya.
-Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati.
-Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.
-Dividen/faedah yang terbit daripada harta si mati.
-Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
-Barang yang terbit selepas kematiannya dari usaha semasa hayatnya, misalnya ikan yang masuk ke dalam bubu yang ditahan oleh si mati.
Ads
Berdasarkan pembahagian kategori harta di atas, rumah yang dibeli isteri sebelum berkahwin dan berterusan menjadi hak milik isteri selepas berkahwin merupakan harta yang dikategorikan sebagai harta pusaka yang wajib dibahagikan kepada ahli waris yang mempunyai perkaitan atau disebut sebab perwarisan.
Antara ahli waris utama yang mempunyai bahagian harta pusaka ialah suami, anak-anak (lelaki dan perempuan) dan ibu bapa. Jika kesemua ahli waris ini ada dan masih hidup, maka harta si mati akan dibahagikan keseluruhannya kepada mereka selepas ditolak kos pengurusan jenazah si mati, hutang-piutang dan wasiat yang ditinggalkan.
(Lihat: al-Mughni al-Muḥtaj, 4/7)
Sementelahan itu, rumah yang dibeli isteri di atas tidaklah menjadi hak milik penuh si suami. Sebaliknya akan dibahagikan berdasarkan ketetapan Syarak. Sebagai contoh, jika kita mengandaikan kesemua ahli waris seperti suami, seorang anak lelaki, dua orang anak perempuan dan ibu bapa si mati masih ada.
Suami, ibu dan bapa si mati akan dapat bahagian masing-masing terlebih dahulu. Kemudian, keseluruhan baki harta (BH) akan diberikan kepada anak lelaki dan anak perempuan dengan nisbah anak lelaki dua kali ganda anak perempuan.
Pembahagiannya seperti berikut:
Jika si mati hanya mempunyai aset sebuah rumah sahaja dan nilai harga semasa rumah tersebut ialah RM700,000 contohnya. Maka, suami hanya dapat 9/36 bahagian rumah sahaja, berjumlah kira-kira RM175,000. Selebihnya diberikan kepada ahli waris seperti yang tertera pada jadual di atas.
Situasi akan berbeza jika sebelum isteri meninggal dunia, isteri sudah menjual atau menukar hak pemilikan rumah kepada orang lain. Kesannya, rumah tersebut tidak tergolong di bawah harta pusaka lagi dan ahli waris tidak layak menuntut harta tersebut.
Kesimpulannya, suami mempunyai hak terhadap aset rumah si mati sebanyak 1/4 bahagian sahaja. Pembelian rumah sebelum berkahwin ataupun selepas berkahwin tidak memberi kesan terhadap kelayakan suami mendapat bahagian harta pusaka rumah tersebut melainkan rumah tersebut sudah dipindah milik kepada orang lain.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Ads
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Selain aktif berdakwah dengan cara tersendiri, Ebit Lew juga sangat terkenal dalam menyantuni isterinya. Setiap kali memuat naik perkongsian, pasti terselit ucapan indah dan sweet buat bidadarinya.
Terbaru, Ebit Lew melahirkan rasa syukur dan terharu dikurniakan isteri yang cukup memahami dan juga teman semasa susah dan senangnya.
Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.
Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh.
Dengan janggut kopiah lagi. Kasut pun buruk. Dulu sekolah stokin pun takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya.
Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian.
Program keluargasunnah sekali hadir 7000 orang. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia. Syukur ramai yang mendapat manfaat. Buat dekat hotel 5 bintang dan dewan besar. Persiapan macam konsert sebagai daya tarikan dan lebih selesa. Teambuilding training sebelum ini mereka bayar syarikat luar negara dan syarikat besar. Mereka mula mencari yang ada nilai islamic.
Saya ada 3 restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik hari pertama buka sale habis jubah semua. Selepas itu makin semangat. Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook. Rupanya youtube dan facebook bayar banyak juga kerana mereka tumpang iklan dekat fb dengam youtube.
Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang. Ramai juga yang lain dekat 40 orang on off sukarelawan saya yang ada bayaran juga.
Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semua sekali. 2 perkara penting. Rajin dan Yakin. Tiada tempat dunia dan akhirat untuk orang malas.
Yakin pada Allah. Allah beri rezeki. Dia punya semua. Tiada kita punya. Jaga solat awal waktu. Bila susah selalu beri masa solat sunat. Tahajud dan Dhuha. Jaga mak ayah dan mertua dengan baik.
Jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak. Beri kasih sayang. Pelukan dan kasih sayang. Tanpa doa bidadari saya dan anak-anak pasti tak dapat semua ini. Allah beri rezeki.
Dulu ingat lagi selalu bila jumpa orang susah baju buruk pergi masjid. saya tanggal jubah saya beri dekat dia. Dia nak selipar beri selipar. Sampai orang kata saya bodoh. Kau susah nak tolong orang. Saya sedih. Tapi saya yakin Allah pasti balas. Sekarang anak jalanan saya bawa shoping dekat sogo.
Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Dunia sementara sahaja. Akhirat selamanya. Miskin atau kaya bukan pada rumah kereta. Tapi pada hati. Walau ada sepinggan share dengan orang lain. Sahabatku percayalah disebalik ujian ada rahmat.
Barangsiapa bekerja untuk membantu seramai mungkin orang miskin dan anak yatim dia sedang berjihad di jalan Allah. Penting didik anak rajin. Didik anak jadi orang kaya takwa. Didik anak jadi pemimpin. Didik anak jadi terkenal dunia dan akhirat. Supaya kita semua jadi Duta Islam dan bawa akhlak Nabi saw..-ebitlew
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebagai orang lama dalam bidang seni, Datuk Aznil Hj Nawawi dilihat seorang yang cukup berhemah dan bukan jenis yang mudah melenting.
Tidak hairanlah jika membaca setiap statusnya di laman instagramnya, jarang atau sukar ada yang memberikan komen berunsur negatif atau dengan kata-kata kasar.
“Kalau yang singgah di instgram saya, mesti dengan gaya bahasa yang hormat dan baik. Alhamdulillah memang tak de yang negatif. Kalau ada sekali pun saya akan tegur dengan baik dan mereka reply balik sambil meminta maaf. Tetapi setahu saya tiada.
‘Dibandingkan instafemes yang lain, memang takut baca tulisan dan komen dari netizen. Sangat menakutkan tak dapat dibayangkan jika anak saya membaca komen sedemikian. Beribu-ribu yang instafemes terpaksa padam komen negatif. Tetapi saya syukur kerana tidak mengalami situasi sedemikian.
“Walaupun anak bongsu saya ini mempunyai instagram tapi saya yang pantau termasuklah posting dan juga approve. Lagipun anak saya hanya pegang telefon pada hujung minggu sahaja,” ujar Pak Nil sambil mengakui anak bongsunya cukup manja dengan kakak dan abangnya.
Ditanya mengenai pembabitannya sebagai duta bagi Festival Lola Baba, akui bapa tiga anak inilah pertama kali dia menerima tawaran untuk sebuah festival.
“Jujurnya ini adalah julung kalinya saya bersetuju menjadi duta bagi sebuah festival walaupun sebelum ini pernah beberapa kali tawaran diberikan.
“Saya bersetuju kerana sejak dulu lagi saya dan kanak-kanak mempunyai ‘chemistry’ dan serasi dan golongan ini sentiasa berada dekat di hati saya. Ini juga satu festival yang bukan sahaja untuk kaum Melayu bahkan termasuk kaum India dan juga Cina. kehadiran saya dapat memberikan ‘wajah’ kepada festival ini.
“Tambah istimewa, anak bongsu saya juga terlibat sama pada acara ini walaupun pada awalnya saya tidak tahu penganjur melantiknya sebagai presiden Kelab Kanak-Kanak Lola Baba.
“Sebagai presiden, anak saya adalah sebagai contoh kepada kanak-kanak lain seperti berani untuk naik pentas, bercakap dan beri pendapat.
“Tetapi itulah kadang-kadang anak-anak kita berani tetapi cara kasar dan kena ada susila dan sopan. Malah anak saya ini jenis yang tahu apa pakaian yang sesuai untuk majlis baik formal atau biasa.
“Saya selalu beri tunjuk ajar selain dia belajar dari pemerhatiannya. ,” ujarnya sambil memberitahu Festival itu akan diadakan pada 26 hingga 28 Oktober depan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Tidak sekadar menjadi duta, Pak Nil juga akan berada di booth selama tiga hari bagi sama-sama memeriahkan festival.
“Saya memang suka benda-benda berkaitan pelajaran dan ilmu agama dan itu semua boleh diperoleh melalui festival ini selain makanan, pakaian dan sebagainya. Itu sebab saya mahu anak-anak datang ke sini untuk enjoy dan dalam masa yang sama saya mahu mereka timba pengalaman dan benda baru di sini.
“Saya juga terbabit dengan program Lalak Land yang mana kanak-kanak boleh menunjukkan bakat mereka di pentas. Ini adalah platform yang cukup sesuai untuk anak-anak tonjolkan diri dan sekali gus membantu festival ini berjaya pada masa akan datang. Ini adalah pengalaman yang cukup luar biasa untuk anak-anak peroleh.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan memang membahayakan kesihatan. Sebab itu kita kena kawal kolesterol dalam badan sejak awal kecil lagi bagi mengelakkan masalah obesiti, sakit jantung, kencing manis dan lain-lain lagi.
Bagi yang mempunyai masalah kolestrol dalam badan, bolehlah cuba petua yang mudah ini. Contohnya khasiat daripada barli dan lemon. Dikatakan barli mempunyai banyak khasiat.
Salah satunya ia mengandungi serat yang berkesan merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut adalah penting bagi memastikan usus berfungsi dengan sihat sekaligus berfungsi meredakan sembelit dan baik untuk mengawal nafsu makan.
Begitu juga dengan lemon. Terlalu banyak khasiatnya. Secara ringkasnya lemon sangat bagus untuk menurunkan kadar kolesterol dengan cepat.
Salah satu cara menurunkan kadar kolesterol secara semulajadi adalah dengan memanfaatkan JUS LEMON. Vitamin C yang terdapat pada jus lemon terbukti secara efektif menurunkan kadar kolesterol.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.