
Tengah memasak, tiba-tiba api nampak bertukar dari biru kepada oren, mula nampak periuk pun berjelaga. Sedikit sebanyak ia mengambil masa untuk makanan untuk masak. Leceh kan!
Situasi ini berlaku kerana sisa masakan dan kotoran tersumbat di saluran dapur gas anda.
Jadi bagaimana anda hendak atasi masalah ini? Mudah sahaja, disini admin akan terangkan cara mudah untuk anda atasi masalah dapur gas tersumbat.
Tip ini dikongsikan oleh saudari Sharina Binti Othman. Selamat mencuba!
Haritu ada nampak status seorang sahabat dalam group ni.
Kenapa tetiba api jadi warna oren dan periuk berjelaga.
Haaa ini caranya untuk kembalikan api jadi warna biru
Selamat tinggal jelaga yang suka singgah di periuk.
Nampak dak api jadi warna oren. Ni bubuh periuk ka bubuh kuali ka, tak sampai seminit tobat hitam periuk tu.
Pusingkan benda tu. ( Yang anak panah tu. )
Pusingkan hingga tidak menutup lubang tu ( anak panah ).
Nah hasilnya..😍😍😍😍😍 tak payah nak pening² kepala. Nak sental periuk. Nak beli dapoq gas baru. Alhamdulillah jimat duit.. yeayyyy
Suami isteri Miliki Semua Anak Perempuan, Ini Keistimewaan Yang Ramai Tak Tahu.

Lahir anak sulung perempuan, kedua perempuan, ketiga pun perempuan. Tentunya ramai pasangan dalam situasi ini menaruh harapan besar agar kelahiran anak seterusnya adalah lelaki.
Namun rezeki cahaya mata itu ketentuan Tuhan, ada yang dimakbulkan hajat beroleh anak lelaki tapi ramai juga yang tetap dianugerahkan anak perempuan.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Daripada Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya :
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa kelebihan memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada api nerewka.
Sebenarnya anda patut rasa bangga. Paling penting, jangan sesekali rasa tertekan bila anda tidak punya anak lelaki seperti orang lain. Yang anda perlu yakini, rezeki setiap orang berbeza-beza. Ada orang yang hanya memiliki anak lelaki kesemuanya dan ada pula yang bertuah memiliki kembar sepasang dan sebagainya. Semua ini bergantung kepada rezeki daripada Allah.
Antara kelebihan yang anda perlu tahu adalah:
1. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya.
2. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
3. Mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
4. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
5. Ibubapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Bayangkan kesemua anak perempuan anda yang setiap hari mendoakan ibu dan bapanya.
7. Apabila ibu dan bapa diuji dengan sesuatu perkara daripada anak-anak perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
9. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
Bagaimana Seorang Ayah Patut Didik Anak Perempuan
1. Seorang ayah mesti tunjukkan contoh tauladan dan sikap yang baik buat anak perempuannya.
2. Ajar anak perempuan menjadi anak yang sopan serta pandai menjaga akhlak dirinya.
3. Menutup aurat? Ini hal yang sangat penting ayah kena lakukan. Wajib!
4. Tunjukkan contoh bagaimana menjadi orang yang menghormati orang lain serta pandai menjaga hati orang lain ketika bercakap.
5. Ayah harus ajar anak perempuan jadi lebih kuat, percaya dan yakin pada diri sendiri.
6. Walaupun anak perempuan nampak manja dan agak penakut tetapi penting untuk seorang ayah menanamkan kata-kata semangat supaya jadi lebih berani.
7. Ketika anak perempuan mula belajar berjalan, ayah kena jadi lebih kuat dalam memberikan kata-kata semangat supaya anak berani melangkah walaupun berisiko untuk jatuh.
8. Anak perempuan memang anak yang manja. Mereka suka disayangi dan dimanjakan walaupun sudah besar. Ayah, jangan lupa tentang hal ini!
9. Sentiasa berikan mereka perhatian, konsisten ucapkan ‘ayah sayang kamu’, percayalah anak perempuan anda akan membesar menjadi anak yang berjaya dan bahagia.
10. Ayah wajib jadi pelindung setiap saat hingga akhir hayatnya!
Sumber: My info
Anak Lambat Sembuh Rupanya Salah Pada Kita Yang Beri Ubat. Ahli Farmasi Ni Jelaskan Biar Mak-mak Faham Apa Perlu Buat!

Bukan suatu yang mudah buat ibu bila ada ahli keluarganya demam atau kurang sihat. Lebih-lebih lagi jika yang kurang sihat itu adalah anak kecil. Umumnya anak-anak bila demam atau tidak sihat akan menangis dan tiada selera untuk makan.
Tambah membimbangkan setelah diberi ubat tetap juga tidak sihat-sihat. Jika reda pun seketika, kemudian sakit lagi.
Tahukah ibu-ibu, semua ini terjadi mungkin disebabkan kita memberi ubat tersebut dengan sukatan yang tidak tepat dan jarak waktu yang tidak menepati saranan doktor. Untuk lebih jelas tentang perkara ini, telah dikongsikan oleh Fahmi Hassan yang juga merupakan ahli farmasi di akaun twitternya.
Terdapat tiga pilihan alat yang boleh digunakan oleh ibu-ibu untuk memudahkan memberi ubat dengan sukatan yang tepat dan dalam masa yang sama mengelakkan daripada ubat yang disuapkan tertumpah atau sebagainya.
- Picagari
2. Penitis
3. Dosage cup
Dan ini pula yang paling biasa kita gunakan, iaitu sudu. Namun punya risiko sebenarnya kerana dengan menggunakan sudu, kebiasaannya dos yang diberikan tidak sama dan kurang tepat sebagai mana yang disarankan oleh doktor.
Selain itu juga Fahmi Hassan pernah juga memuat naik jadual yang tepat untuk makan ubat. Menurutnya apabila disarankan makan ubat 2 kali sehari itu bermakna boleh diambil pada pukul 8 pagi dan 8 malam (selang 12 jam). Manakala jika disarankan 3 kali sehari itu bermakna boleh ambil ubat pada pukul 7 pagi, 3 petang dan 11 malam (selang 8 jam). Begitu pula jika disarankan 4 kali sehari, maka makanlah pada pukul 6 pagi, 12 tengah hari, 6 petang dan 12 tengah malam (selang 6 jam).
sumber : Fahmi Hassan
Kualiti Atau Harga? Sebenarnya Dua-dua Boleh Dapat Bila Keluarga Berbelanja Di Sini!

Setiap bulan tentu ada sahaja perbelanjaan bulanan yang perlu dikeluarkan untuk memastikan keperluan isi rumah dapat disediakan dengan sebaiknya. Namun kalau silap gaya belanja, bimbang juga duit gaji yang diterima tidak mampu bertahan hingga hujung bulan.
Maklumlah sana sini harga barangan naik dan ditambah pula dengan desakan hidup masa kini memerlukan kita sebagai pengguna membuat pilihan yang bijak untuk pastikan kos perbelanjaan bulanan untuk keluarga tidak membebankan.
Hal yang demikian menjadikan ada sebahagiannya tidak lagi mengutamakan kualiti produk dan memadai membeli asalkan murah. Namun ada juga yang keliru, sama ada perlu atau tidak membeli barangan yang mahal sedikit namun puas hati dengan kualitinya. Ini seperti peribahasa ada mengatakan alah membeli menang memakai.
Tak perlu nak pening kepala untuk membuat pilihan sama ada utamakan kualiti atau harga. Hakikatnya kedua-duanya anda boleh dapatkan serentak bila berbelanja di pasaraya Lotus’s.
Ini bertepatan dengan hasrat Lotus’s untuk membantu pelanggan setianya memenuhi keperluan keluarga dengan menawarkan produk pada harga yang berpatutan.
Bahkan, Lotus’s telah menggunakan kepakaran tertentu untuk mendapatkan dan membekalkan barangan yang dijamin keunggulannya, diperbuat oleh pakar-pakar terhebat dan hanya menggunakan bahan-bahan yang terpilih dan berkualiti.
Semua Ada Di Lotus’s
Seperti mana umum ketahui Lotus’s ada semua produk yang dicari oleh setiap keluarga bukan sahaja barangan dapur malah produk makanan kesihatan, barangan penjagaan diri, bahan pencuci dan bermacam-macam lagi ditawarkan di bawah satu bumbung dengan harga yang berpatutan.
Apatah lagi Lotus’s bukanlah pasaraya baharu memandangkan sebelum ini ia dikenali sebagai Tesco yang menawarkan rangkaian produk berkualiti tetapi dengan harga yang murah. Kelebihan yang dijanjikan ini tentunya memberikan 1001 kelebihan dan keistimewaan untuk anda seisi keluarga berbelanja di Lotus’s dan ianya tidak perlu diragui.
Kualiti Yang Diyakini & Harga Terendah
Jika sebelum ini anda sekeluarga pernah menggunakan produk jenama Tesco pasti sudah tahu kualiti barangannya. Lotus’s juga menjanjikan perkara yang sama bahkan apa yang lebih hebat setiap produk Lotus’s telah dipertingkatkan lagi kualitinya demi untuk kepuasan pelanggan.
1. Lotus’s Toilet Bowl Cleaner 700ml
Antara rangkaian produk jenama Lotus’s yang menjadi pilihan utama ibu-ibu dalam hal pemilihan bahan-bahan pencuci adalah antaranya seperti Lotus’s Toilet Bowl Cleaner 700ml. Produk ini diperhebat dengan ciri istimewa bahan yang boleh melekap 50% lebih lama, boleh membunuh 99.9% kuman dan 5x tindakan pembersihan untuk memusnahkan kotoran yang sukar. Ini sekali gus menjadikan proses membersihkan mangkuk tandas lebih mudah tanpa perlu menyental. Memang puas hati!
2. Lotus’s Laundry Liquid Detergent 4.1kg
Liquid Detergent Dazzling (RM18.99)
Begitu juga dengan produk Lotus’s Laundry Liquid Detergent 4.1kg ini. Detergen cecair baharu yang dipertingkatkan dengan Duo scent yang memberikan haruman cukup menyegarkan dan tahan lama. Bahkan mampu menghilangkan kotoran degil dengan berkesan dan melindungi fabrik untuk kekal cantik warnanya.
3. Cute & Care Baby Pants
Baby Diaper Pants/tape (RM24.99)
Produk jenama Lotus’s juga mendapat tempat dihati ibu-ibu yang mencari lampin buang yang mudah digunakan Cute & Care Baby Pants yang didatangkan dengan empat saiz berbeza, iaitu M,L,XL,XXL.
Belian yang cukup menguntungkan dan kualiti produk tidak dapat dinafikan lagi melalui pengalaman ibu-ibu sebelum ini yang setia menggunakan produk ini sekian lama.
4. Lotus’s minced chicken, Lotus’s chicken lasagna dan Lotus’s beef lasagna
Buat anda yang suka memasak juga tentu akan berpuas hati dengan pembelian Lotus’s minced chicken yang lebih segar dan juicy yang pastinya bila dimasak akan memberi rasa lebih enak pada hidangan.
Bukan sahaja aspek kualiti produk diberi perhatian oleh Lotus’s malah pembungkusan produk juga diambil berat agar lebih mesra alam. Umpamanya produk Lotus’s chicken lasagna ini. Jika sebelum ini pembungkusanya tidak boleh dikitar semula namun kini diperhebat dengan material yang lebih selamat untuk dikitar semula. Begitu juga dengan pilihan Lotus’s beef lasagna ini.
Chicken Lasagne (RM6.99)
- Harga yang tertera pada produk mungkin berubah atau berbeza mengikut harga semasa.
Semua ini tersedia untuk anda miliki dengan tawaran harga yang cukup berbaloi di pasaraya Lotus’s. Lotus’s menjanjikan produk yang berkualiti dengan harga yang mampu milik dan ini sekali gus menjadikan pelanggan terus setia walaupun sudah bertukar nama namun Pasaraya Lotus’s tetap jadi pilihan utama.
Produk yang berkualiti kita dapat, harga pun puas hati!