Ibu mana yang tidak risau apabila anak yang sudah membesar mempunyai masalah gigi. Malah pada usia sembilan tahun gigi sudah mulai kelihatan buruk. Namun apa yang berlaku ini bukan gigi susu. Ibu ayah perlu hati-hati apabila berhadapan dengan situasi ini. Ikuti penjelasan doktor gigi ini Iqbal Rosali.
INI BUKAN GIGI SUSU
Seorang ibu datang ke klinik gigi membawa anak lelakinya berumur 9 tahun. Kata si ibu gigi anaknya buruk. Dua gigi kacip di hadapan menjongang seperti dalam gambar. Sudahlah jongang, tumbuh dengan jarak dan ruang antara gigi yang besar menambah buruk pada wajahnya. Kata si ibu lagi, gigi itu jadi begitu disebabkan terdapat gigi susu yang belum gugur. Gigi susu tersebut masih kukuh semasa gigi kekal tumbuh keluar.
Lalu si ibu membawa anak lelakinya kepada perkhidmatan pergigian. Cubaan mencabut gigi dilakukan oleh pegawai terlibat. Tak pasti sama ada doktor gigi, jururawat pergigian atau doktor gigi jadian. Cubaan tersebut gagal. Kes budak kecil ini dibiarkan begitu sahaja, tanpa ada rujukan kepada yang sepatutnya. Kes terabai. Mujur si ibu ada kesedaran.
Si ibu datang ke klinik kami. Pemeriksaan dilakukan. Kedudukan gigi hadapan seperti di dalam gambar. Terdapat satu gigi berbentuk konikal dan tumbuh di tengah-tengah antara dua gigi kacip. Gigi-gigi lain juga ada masalah aturannya. Gigitan silang, tidak tumbuh habis kerana berlaku himpitan dan gigi terimpak dengan teruk sekali. Kebersihan mulut sangat-sangat tidak memuaskan. Di celah-celah gigi yang terimpak dan antara gusi penuh dengan plak dan sisa makanan. Gusi merah dan bengkak.
Ads
Pemeriksaan radiograf untuk gigi hadapan dilakukan. Untuk mengesahkan status gigi tersebut. Bagaimanakah bentuk akarnya dan hubungannya dengan gigi-gigi berdekatan. Apa yang pasti, gigi ini BUKAN GIGI SUSU. Tidak ada gigi susu berbentuk kon begitu dan tumbuh keluarnya di lelangit.
Gigi susu hadapan akan tumbuh pada umur lingkungan 6 bulan dan gugur sendiri jika tidak dicabut (sebab rosak) pada umur lingkungan 6 tahun. Jadi ini gigi apa?
Ads
Inilah yang kita panggil GIGI SUPERNUMERARY. Bahasa mudahnya gigi yang terlebih bilangan. Kalau tumbuh di tengah begini, ia juga dipanggil MESIODENS.
Rawatan untuk gigi terlebih ini adalah cabutan. Cuma yang menjadi persoalan, bilakah ia akan dilakukan. Lebih-lebih lagi jika ia tidak tumbuh keluar dan menyebabkan susun atur yang buruk pada gigi depan. Pengambilan radiograf akan dilakukan dua kali untuk menentukan kedudukan gigi di dalam gusi.
Dalam Indeks Keperluan Rawatan (Index of Treatment Needs), kes begini adalah di bawah kategori 4x, bermakna untuk rawatan yang segera. Konsultasi akan dilakukan dengan pakar orthodontik untuk cabutan dan rancangan rawatan seterusnya selepas itu.
Ads
Pakar orthodontik mencadangkan untuk medapatkan khidmat konsultasi tentang orthodontik seawal umur 7 tahun, untuk mengenal pasti masalah susunan gigi seperti kes sebegini.
Ibu bapa ambil perhatian kes seperti ini dan tambahlah ilmu.
Yang pasti, ia bukan gigi susu.
Dr Muhamad Iqbal.
Prihatin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu dan ayah adalah tempat kanak-kanak untuk bermanja, namun ada juga yang tidak dapat merasai kemanisan bermanja ini apabila ibu atau ayah telah pergi untuk selamanya.
Ingat lagi dengan seorang kanak-kanakyang dipanggil Omok. Omak pernah tular suatu ketika dulu apabila videonya mengundang sebak netizen apabila dia senyap-senyap menangis apabila melihat gambar arwah ayahnya ditelefon.
Sekali lagi, kanak-kanak ini mencuri perhatian netizen apabila dia ke pusara ayahnya selepas waktu persekolahan bagi melepaskan kerinduan.
“Ayah.. Omok nak pergi sekolah ni”
Antara salah satu yang menarik perhatian ramai adalah perkongsian seorang ibu dikenali Aishah Sanusi di aplikasi TikTok mengenai anak lelakinya di sebuah tanah perkuburan Islam.
Menurut Aishah, anaknya yang mesra disapa ‘Omok’ menatap gambar arwah ayahnya yang meninggal dunia pada penghujung tahun lalu dengan memberitahu dia mahu pergi ke sekolah.
Ceritanya lagi, anaknya meminta untuk dibawa berjumpa ayahnya selepas balik dari sekolah bagi melepaskan kerinduan yang bersarang dihati.
Moga jadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat…
Perkongsian itu mengundang rasa sebak di kalangan warganet sebaik sahaja kanak-kanak yang memakai uniform sekolah Tadika Kemas itu mengucap salam dan mencium batu nisan di pusara ayahnya.
Masing-masing menitipkan doa agar kanak-kanak ini membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat kelak.
Al-fatihah, salam takziah. Sesungguhnya kehilangan orang tersayang terutama ibu bapa adalah kesakitan yang tiada ubatnya.
Masalah jangkitan cacing pada kanak-kanak boleh berlaku jika tidak mengambil cakna tentang kebersihan anak-anak baik melalui pemakanan atau persekitaran yang kotor.
Jangkitan melalui pemakanan boleh berlaku apabila sayur atau buah-buahan yang tidak dibasuh dengan betul menyebabkan telur cacing tidak tertanggal, selain amalan tidak membasuh tangan sebelum makan bagi kanak-kanak manakala bagi bayi pula sering memasukkan barangan ke dalam mulut.
Begitu juga kulit kanak-kanak terdedah kepada telur cacing secara terus, misalnya tidak memakai selipar atau bermain pasir tanpa pengawasan.
Untuk ibu bapa yang ingin mengatasi masalah cacing pada anak-anak, mungkin boleh mencuba petua yang dikongsikan oleh Wan Normamenerusi Facebooknya.
Malam ni nak share sikit tips turun temurun macam mana nak hilangkan cacing pada kanak-kanak. Boleh la cuba untuk anak- anak. Mana lah tahu dengan izin Allah SWT menjadi.
Mudah je caranya, hanya perlu sediakan bahan berikut:
Bahan
Asam keping
Garam
Air
Cara:
Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk.
Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut.
Kemudian angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandikan anak kita 2 kali sehari setiap pagi dan petang.
Amalkan selama dua atau tiga hari.
Akan ada perubahan pada anak. Selalunya kalau anak kena cacing selera makannya kurang. InshaAllah selepas amalkannya anak akan lalu makan tanpa dipaksa.
Selamat mencuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melihat ruang dapur yang sentiasa terlihat kemas dan bersih, tentu mengundang tanda tanya bagaimana tuan rumah dapat kekal maintain sebegitu. Apatah lagi bila ingin dibandingkan dengan dapur rumah sendiri, setiap kali memasak terpercik-percik sambal dan ini menjadikan ruang dapur menjadi comot.
Jadi apa kata kita baca perkongsian daripada Puan Noor Hafiza Mohamad bagaimana cara dirinya menjaga ruang dapur untuk terlihat kekal bersih. Banyak juga info yang dikongsikannya semoga semua ini memberi manfaat.
Jom semak.
Dah 2 bulan rasanya sis guna wallpaper brick ni. Pengalaman pertama guna, melecur jugaklah yang dekat dapur gas tu, sebab sis guna api kuat semasa guna periuk ajaib, dan buka penutup ajaib tu jadi kena ke dinding. Sis terleka sekejap.
Sekarang ni bila nak masak sis gunakan penghadang aluminium (boleh scroll gambar) letak pada dinding dan tepi bekas garam kunyit supaya masa menumis takdelah terpercik merata.
Dapur pulak sis tarik kedepan sikit. Senang je nak lap wallapaper ni guna span cuci pinggan atau magic span. Nanti kita tengoklah berapa lama boleh tahan. Hermmm ada lagi ke orang nak cakap dapur putih sis tak berasap.
Dapur sebelum tepek wallpaper brick. Haaa inilah penghadang aluminium. Beli kat kedai MR DIY
Satu dinding ni sis guna 4 keping wallpaper MR DIY.
Dapur gas sis spray cat putih Samurai. Sekarang dah nampak kuning-kuning kesan garam kunyit. Tunggu masa je nak beli dapur baru hehehe. Dah 6 tahun dapur. Cap GIANT ni masa beli RM45 je.
Ni sudut belakang dapur atau backyard orang putih cakap. Sis guna rak buku GERSBY IKEA. Sebijik RM129. Dekat bahagian atas jangan letak balang kaca dengan berat muatan ye nanti lenduh. Berpada-padalah.
Nak dapatkan barangan dapur klik di sini
Ekstra tip :Sis lap dengan air softlan + cuka setiap 2 minggu. Tengok pada habuk tebal mana. Alah senang je lap-lap sambil exercise kecikkan pinggang tu.
Sumber : Noor Hafiza Mohamad via Deko Rumah Ku Syurga Ku
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Usahawan 36 tahun gigih duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.