Hati ibu bapa mana yang tidak resah dan bimbang apabila saban hari melihat anak asyik mengadap telefon setiap hari.
Tidak dinafikan ramai yang tahu kesan buruk penggunaan gajet ni serta aplikasi yang digunakan, namun kadang kita sebagai ibu bapa terlepas pandang hal ini.
Sebagaimana perkongsian saudara Taufiq Razif yang telah meluahkan rasa bimbang sebuah aplikasi yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak tanpa kawalan.
Apa pun sebagai ibu bapa kita yang menentukan tindakan anak. Kita boleh mengawal perkara ini daripada ia memberi kesan yang tidak baik kepada anak. Elak perkara ini daripada ‘menjadi bubur’. Bertindak segera.
Ikuti perkongsian bermanfaat ini. Moga kita muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak.
Anak perempuan saya tunjuk tarian tiktok!
Beberapa hari lepas anak perempuan sulung saya datang di depan saya dengan wajah tersenyum senyum seakan akan nak bagitahu sesuatu.
” Abi, nak tengok tak? “
” Nak tengok apa kakak?”, terpinga-pinga saya dibuatnya.
Tiba-tiba si Maryam ni angkat tangan dia, dihayun tanggannya ke kanan dan kiri. Yang tak tahannya siap goyang goyang punggung tu.
Ya Rabbi. Astaghfirullah!
Masa tu tiba-tiba datang rasa menyirap! Rasa nak tengking pun ada tapi cepat cepat saya rasionalkan balik diri saya.
Kalau saya marah dia terus, apa jadi? Ada kemungkinan lepasni Maryam takkan bagitahu saya apa apa dah. Dia akan pendam sendiri je semua kesalahan dia!
Yang kedua, bila fikir balik dia menari tiktok macam tu depan keluarga sendiri. Tak haram. Tak berdosa pun. Cuma yang berdosa kalau pergi tayang pada yang bukan mahram je.
Hati saya tiba tiba kembali sejuk.
” Kakak belajar kat mana menari ni? “
Saya tunjuk video tersebut pada anak saya dan saya boleh nampak dia ketakutan.
Bila anak nak masuk usia remaja ni kena nasihat dengan hikmah. Dah tak boleh sangat guna cara ‘Control & Dominance’ dengan cara marah marah dan tengking.
Mereka dah mula ada identiti. Mereka dah mula ada circle sendiri. Mereka dah mula ada kecenderungan sendiri.
Makin kita berkasar, makin mereka lari. Makin kita memaksa, makin mereka pendam sendiri dan kerosakan sebenar bila mereka mula buat kesalahan secara diam diam di belakang kerana merasa tak selamat untuk meluah dan mengadu pada ibubapa.
Ya Allah. Bantu kami didik anak perempuan dan anak lelaki kami Ya Allah dan jauhi anak anak kami daripada pengaruh buruk dunia dan rakan sebaya mereka. Amin Ya Allah.
Boleh ganggu ‘fokus span’.
Sumber: Taufiq Razif
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club