Bila Anak Tanya Tentang Seksual, Ini Skrip Jawab Soalan Dengan Betul. Tepat Dan Mudah Faham!

Share

Tahukah anda bahawa, memberi pendidikan seks dapat mengajar kanak-kanak untuk mengenal pasti garis pemisah antara pengantunan seksual kanak-kanak (child sexual grooming).

Tapi bukan mudah untuk menjelaskan anak-anak dengan perkataan yang mudah dan ringkas.

Jadi nak tahu cara terbaik ibu bapa dalam mendidik anak-anak terhadap pendidikan seksual, menerusi facebook Adlil Rajiah yang  mengupas perkongsian Akhi Fairuz (penulis pendidikan seksual) mengenai apakah skrip yang betul untuk menjawab soalan anak tentang seksual.

Satu ilmu power yang saya belajar dari Akhi Fairuz (penulis pendidikan seksual) ialah skrip yang betul untuk jawab soalan anak tentang seksual. Dan saya nak share kat sini, supaya kita boleh sama2 betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.
.
So lepas ni bila anak2 tanya pasal seksual, takde la kita—
1. Terkebil2 atau malu2 tak tentu pasal
2. Marah atau suruh anak stop tanya
3. Pass soalan tu kat suami. Pastu suami pass balik kat kita. Pastu dua2 pura2 noob tak tahu jawapan. 
4. Anggap anak kecik lagi, nanti dah besar diorang tahu sendiri lah
.
Kalau macam ni perangai kita, jangan terkejut kalau anak—
1. Stop tanya kita tentang seksual
2. Lebih suka tanya Google / kawan2
3. Belajar dari strangers kat internet
4. Belajar SEGALANYA dari pornografi 

Ingat, ini bukan lagi zaman kita perlu bersusah payah mencari pornografi. Sebab segalanya terhidang depan mata tanpa dicari—
dalam TV, youtube, netflix, facebook, instagram, tiktok lagi lahh , iklan2 kat phone apps, billboard tepi jalan pun berlambak soft porn.

Sebab tu penting untuk biasakan beri nama yang sepatutnya untuk kemaluan anak. Udah2 la guna nama objek seperti burung, bebird, bunga, flower, belalai, karipap, asam keping, nasi lemak, batang.

Kiasan nama2 objek macam ni la yang mencetus lawak double meaning yang makin merepek2 zaman sekarang.

Ini la akibat bila mak bapak tu sendiri tak terbuka untuk ajar anak sebut zakar / penis atau faraj / vagina, semata2 sebab rasa malu, rasa lucah, rasa akward.

Padahal dalam quran dan hadis pun sebut jelas perkataan2 tersebut dalam bab hadas, jimak, haid dan sebagainya.

Kat sekolah pun anak belajar tentang zakar/penis dan faraj/vagina, dalam subjek Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Islam dan Sains.

So apa isunya lagi?
Apa yang awkward?

Ok dah. Kembali kepada point asal.
Skrip yang betul untuk jawab soalan anak seperti:

1. Seks/ persetubuhan/ kahwin tu apa?
2. Baby datang dari mana?
3. Kenapa kemaluan lelaki perempuan berbeza?
4. Atau soalan2 yang seumpamanya.

Pertama sekali, jangan panik. Syukur dulu sebab anak tanya soalan ni pada kita dan bukan pada orang lain. Maksudnya kita adalah orang yang paling anak percaya.

So this is the best learning moment untuk kita sampaikan ilmu seksualiti pada anak dengan jelas, tanpa melucah, tanpa melawak, dan dengan berterus terang.

Sambil buat muka cool, just jawab dengan tenang—

Anak: Mama, bersetubuh tu apa? Seks tu apa?

Mama: Kakak dengar dari mana perkataan tu?

Anak: Kat sekolah / Tadi kawan sebut (contoh)

Mama: Kakak tahu kan, Allah ciptakan manusia ni berpasangan. Ada lelaki, ada perempuan. Kakak rasa, apa yang membezakan lelaki dan perempuan?

Anak: Tubuh badan? Kemaluan?

Mama: Pandai! Yang bezakan lelaki dan perempuan adalah kemaluan. Macam mama dan kakak, kita perempuan, Allah beri faraj/vagina. Kalau lelaki macam Papa pulak, Allah beri zakar/penis.

Allah buat macam tu, sebab sampai satu masa lelaki dan perempuan akan berkahwin. Lepas berkahwin, Allah benarkan lelaki dan perempuan bermesra, berciuman, berpelukan, dan boleh lakukan hubungan seksual atau bersetubuh.

Tapi kalau bersetubuh tanpa berkahwin, ia dipanggil zina. Zina haram dan berdosa besar. Kalau bersetubuh secara paksaan pulak, ia dipanggil rogol. Rogol ni satu perbuatan yang amat jahat dan jijik! Jenayah dan dosa besar.

Tapi kalau hubungan seksual atau persetubuhan dalam perkahwinan, suami isteri dapat pahala. Allah sayang. Dan melalui persetubuhan ni la, boleh dapat anak / baby.

Anak: Aikk macam mana pulak boleh dapat baby?

Mama: Setiap makhluk di dunia ni ada cara membiak. Contohnya pokok membiak melalui biji benih. Binatang macam kucing, lembu, gajah, harimau membiak melalui proses mengawan (mating) antara jantan dan betina.

So kita manusia pun ada cara membiak, iaitu persetubuhan antara lelaki dan perempuan.

Zakar yang ada pada lelaki, bukan sekadar tempat keluar air kencing, tapi juga tempat mengeluarkan benih iaitu sperma. Bentuk dia macam berudu. Sperma ni dihasilkan dalam testis lelaki. (Lukis atau guna buku panduan)

Perempuan pula ada ovari di kanan dan kiri rahim. Ovari keluarkan benih jugak iaitu ovum. Bentuk dia macam telur.

Bila sperma ayah dan ovum mama bertemu, ia akan membentuk zigot, kemudian jadi embrio, fetus dan akhirnya jadi lah bayi.

(Boleh ajak anak buka Quran, lihat surah Al-Mukminun ayat 12-14, tentang proses kejadian manusia)

Anak: Oooo.. tapi macam mana pulak sperma lelaki boleh bertemu dengan ovum perempuan?

Mama: Sperma dan ovum bertemu bila zakar lelaki dimasukkan ke dalam faraj perempuan. Itu lah yang dinamakan persetubuhan.

Itulah cara macam mana kakak dan adik2 boleh lahir ke dunia. Tapi kakak kena ingat, persetubuhan ni dibenarkan oleh Allah bila lelaki dan perempuan itu berkahwin sahaja.

Kalau tak kahwin, itu yang ada anak2 remaja lahirkan anak luar nikah, sampai sanggup buang bayi dalam tandas, sebab lakukan persetubuhan di luar perkahwinan.

Sebab tu mama kena terus terang dengan kakak tentang ni. Mama taknak kakak dapat info dari sumber yang salah. Mama risau, kakak terjebak dengan video lucah.

Sebab tu mama selalu ingatkan, kalau kakak ternampak video atau gambar orang seksi, tak pakai baju, kena cepat2 bagi tahu mama.

Kakak kena pandai jaga diri. Jangan bagi sesiapa pun sentuh mulut, dada, punggung, paha dan kemaluan. Tak kiralah orang tu papa ke, mama ke, atuk, bapa sedara, sepupu, cikgu, ustaz, kawan2, atau rakan sama jantina sekalipun.

Mama bangga dengan kakak sebab berani tanya tentang ni, dan terima kasih sebab tanya mama. Mama happy dapat bantu kakak. (Peluk anak)

Haa amacam? Ready nak jawab dengan anak lepas ni? 
.
But of course, bukan senang nak start bercerita dengan anak tentang seksual ni kan. Baca skrip ni je pun dah berpeluh. Apatah lagi nak cakap depan anak. Menggelupur terus. 


.
Tapi insyaAllah, kalau niat kita benar2 untuk mendidik anak, dan untuk pastikan mereka tak “dididik” oleh sumber yang salah, pasti Allah permudahkan.
.
Dan sebenarnya pendidikan seksualiti ni luas lagi. Soalan anak takkan berakhir kat situ. Ada banyak lagi kemusykilan yang akan buat kita tercengang memikiorkan jawapan.
.
So sebelum didik anak, pastikan kita dulu terdidik. Okay?
.
Sumber: Adlil Rajiah

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH

Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
E-KELUARGAGADER : TEROKA & REALISASI IMPIAN ANAK @ KIDZANIA
CIta-cita apa yang sesuai untuk anak-anak ye? Kalau nak tahu, jom sama-sama kita jejalah apa yang ada di Kidzania

 

Bintang Kecil:  

KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz