
Boleh dikatakan anak-anak kalau nampak Nutella depan mata, memang habis licin dikerjakannya. Jadi apa kata kali ini anda buatkan menu istimewa ini, Nutella Butter Cake.
Rasanya enak, bukan sahaja akan memikat selera anak-anak malah kita orang dewasa juga menggemarinya. Jika tidak percaya, kenalah cuba buat sekali menu yang dikongsikan oleh Cik Dayang Zuhaila. Memang puas hati!
NUTELLA BUTTER CAKE
BAHAN A :
120g gula
3biji telur
10g ovalette
1/4 tsp garam
BAHAN B :
120g tepung self-rising
20g susu tepung
1tsp vanilla powder
BAHAN C :
70g butter (cairkan)
BAHAN D :
Strawberry emulco
Pandan emulco
Pewarna ungu
CARA-CARA :
1.Satukan kesemua BAHAN A & BAHAN B.
2.Kemudian putar menggunakan kelajuan yang laju sehingga adunan gebu dan kembang.
3.seterusnya masukkan BAHAN C dan kacau kaup balik sahaja cukup sekadar adunan sebati.
4.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Kemudian letakkan BAHAN D dan kacau sebati. Nak letak pewarna sahaja pun boleh.
5.Alaskan loyang saiz 7” dengan baking paper.
6.Tuangkan adunan secara berselang-seli dan letakkan juga nutella disetiap layer.
7.Bakar pada suhu 150c selama 40minit. Bergantung pada oven masing-masing.
8.Akhir sekali tuangkan topping nutella di atas kek. Boleh hiaskan mengikut citarasa masing-masing.
Ekstra tip : Nak dapatkan nutella cair sebegini, tambahkan dengan sedikit minyak jagung.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Rupanya Ini Cara Nak Elak Adunan Tepung Pelita Berketul. Wanita Ini Sedia Langkah Demi Langkah, Baru Confirm Jadi!

Tepung pelita adalah hidangan wajib ada sepanjang bulan Ramadan. Jika berbuka itu tak lengkap hidangan jika tak ada pemanis mulut ini.
Jika asyik membeli, je tahun-tahun sebelum ini, apa kata kita cuba membuatnya sendiri di rumah.
Nak tahu cara membuatnya. Ikuti resipi oleh Puan Aisha Shukor menerusi perkongsian facebook miliknya.
Langkah demi langkah yang ditunjukkan, confirm jadi!
BAHAN-BAHAN:
Tepung beras (apa2 cap pun blh.sy cuba cap teratai,xde gajah gajah hihi)
Daun pandan wajib (klau nk warna terang,blh titiskan warna hijau.tp sy mmg suka warna pandan asli)
Santan
Gula
Garam
air
P/s: Tak kisah kita guna cawan jenis apa n besar mana,yg penting,gunakan cawan yg sama utk sukat semua di atas..blh faham ye. Sila ambil maklum ya,tekstur tepung pelita hanya likat,tak sama mcm tepung talam atau seri muka okey
LANGKAH DEMI LANGKAH
3 helai daun pandan diblend dgn 4cawan air..xyah guna pewarna sbb sy suka warna neutral pandan tu je dh ok..
Tapis daun pandan yang telah dikisar.
Masuk air pandan dlm kuali..jgn buka api dulu ye..masuk tepung beras secawan (tidak membumbung). Saya guna cap teratai..xde gajah
gula pasir 3/4 ke secawan (nanti kita nk letak gula custor kt dasar bekas tau utk dpt melt2 sensasi gula tu,so kt sini xmo manis sgt2..agak2 ye ikut citarasa masing2).
p/s: Masuk air pandan,masuk tepung n gula,kacau dulu smp tepung tu larut dlm air..baru bukak api..lepas bukak api,jgn tinggal g cuci baju ke g jogging ke..kacau je non stop..berketul tu sbb tepung tu xlarut
buka api n kacau je
kacau je smp likat..kejap je ni.
ini teksture yg kita nk..xnak likat sgt mcm seri muka n xnk cair sgt mcm bubur..faham kan..dh menggelembung2 kecil tu,tutup api..jgn smp overcooked ok..semua sekali xsmp 15mini.
p/s: dah bukak api mmg kene kacau terus xleh tinggal sbb dia kejap je nk likat..xyah likat sgt..bubbling je terus tutup api..tp still kacau lagi
bekas2 kecik,tabur dgn gula custor stgh sudu,buat lapisan nipis je bawah tu supaya bila kita letak lapisan hijau yg panas tu nti gula tu melt..klau xde gula custor,blend gula bg halus..klau xhalus,nti makan,tergigit2 gula xbest
tuang lapisan hijau panas2 tu..hentak2 sikit bg rata
ok jom buat lapisan putih pulak..santan kara kotak kecik tu bancuh dgn 3cawan air (so semua akan dpt 4cawan) @ klau guna santan fresh,amik santan dlm 4cawan..jgn bukak api dulu.
3/4 cawan tepung beras @ bersamaan +- 4sudu besar..agak2 la sendiri ye tgk tepung uolls tu..sbb tepung kita mungkin cap lain,cawan lain size..masak ni kene ikut kesesuaian masing2..
satu camca garam halus..kacau sebati dulu baru bukak api.
masak atas api smbil kacau je smp likat.
haa camni teksture dia..xlikat sgt,xcair sgt..dh berbubble2 tu,tutup api
curah atas lapisan hijau
siapp..bg rest 5minit camtu,blh tutup n masuk peti sejuk..klau nk mkn terus pon boleh tp mkn sejuk2 lagi nikmatt..nyumm3
Puas makan bila buat sendiri kan.
P/s: Dlm tempoh PkP ni,guna apa yg ada kat rumah je ye..bekas besar sikit xpe,janji rasa dia sedapp..jgn heboh nk carik bekas kecik bagai,jd alasan kluar merayap
Siap untuk hidangan! Wangi pandan dgn air gula mencair lawan dgn lemak masin tepung santan aduhai.
Selamat mencuba hidangan ini untuk berbuka puasa nanti.
Sumber: Aisha Shukor
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Petua Hilangkan Lendir Ikan Keli Elak Meletup Masa Menggoreng

Ramai yang suka makan ikan keli goreng masak berlado tetapi kebanyakan tidak gemar proses mencuci dan menggorengnya.
Ikan keli menjadi antara pilihan ikan yang mudah diperolehi di mana-mana restoran atau gerai menjual nasi campur. Namun masih ramai yang memandang rendah pada ikan keli yang harganya lebih murah berbanding ikan-ikan lain.
Terdapat pelbagai petua bagi menghilangkan lendir pada ikan keli ketika proses membersihkannya supaya tidak meletup ketika menggoreng. Ini antara petua-petua yang dikongsi oleh followers facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).

- Bersihkan ikan, rendam limau dan satu sudu air kapur barus. Cuci dan bilas lagi dengan limau dan tepung gandum sehingga bersih dan cuci sekali lagi dengan limau nipis tetapi jangan lama sangat. Bila ikan dah tak ada lendir baru boleh sapu dengan garam dan kunyit. Terus goreng dan tak akan meletup.
- Basuh bersih ikan keli kemudian ramas daun pisang bersama ikan sampai keluar air hitam. Nanti ikan tiada lagi lendir.
- Rendam dalam air campur cuka untuk hilangkan semua lendir.
- Kisar limau kasturi/limau nipis/daun limau purut. Tapis air kisar dan rendamkan ikan. Biarkan seketika sebelum dicuci bersih.
- Basuh dengan tepung beras pun boleh hilangkan lendirnya dan goreng pun tak meletup.
- Rendam ikan keli dalam campuran asam keeping dan garam kasar selama 10 minit. Cuci bersih dan letak sekeping asam keeping dalam kuali semasa menggoreng boleh elak meletup.
Nutrisi Ikan Keli
Sebenarnya banyak kandungan nutrisi yang ada pada ikan keli. Walaupun harganya murah tetapi terdapat banyak manfaat ikan keli yang ramai tidak tahu seperti dipetik dalam Hello Doktor ini.
Bagi setiap 100 gram ikan keli, ia mengandungi kandungan nutrisi seperti berikut:
Protein: 16.38 gram
Lemak: 2.8 gram
Kolesterol: 58 mg
Vitamin D: 12.50 mcg
Natrium: 43 mg
Kalium: 358 mg
Kalsium: 14 mg
Zat besi: 0.30 mg
Vitamin B3: 1093 mg
Vitamin B12: 2.23 mcg
Antara kebaikan ikan keli kepada kesihatan adalah seperti berikut :

1. Menjaga kesihatan jantung
Berdasarkan kajian yang diterbitkan pada tahun 2015, ikan keli merupakan antara jenis makanan yang mengandungi asid lemak omega-3.
Asid lemak ini terdiri daripada jenis asid eicosapentaenoic atau EPA dan juga asid docosahexaenoic atau DHA.
Jenis makanan yang tinggi dengan kandungan asid lemak omega-3 sememangnya diketahui memberikan manfaat kepada kesihatan jantung manusia.
Omega-3 berperanan menjaga lapisan arteri jantung daripada mengalami sebarang kerosakan.
Selain itu, nutrisi yang terdapat pada ikan keli juga boleh mencegah penebalan arteri akibat daripada plak yang menjadikan aliran darah lebih lancar.
Asid lemak omega-3 juga dapat menurunkan paras trigliserida dengan memperlahankan pembentukannya.
Jika paras trigliserida ini berada dalam keadaan yang tinggi, ia boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung.
2. Baik untuk kesihatan otak
Keradangan boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh manusia termasuklah pada bahagian otak.
Jika keradangan pada otak terjadi, ia boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami penyakit Alzheimer.
Perlu diketahui bahawa penyakit Alzheimer boleh menjejaskan kemampuan otak manusia untuk berfikir dengan baik.
Namun, anda juga boleh mencegah risiko keradangan pada otak ini dengan memakan ikan keli.
Ini kerana, ikan keli mengandungi asid lemak omega-3 yang boleh mencegah keradangan daripada berlaku.
3. Mencegah penyakit anemia
Penyakit anemia boleh dicegah melalui penyerapan vitamin B12 yang lebih banyak.
Anda tidak perlu risau untuk mendapatkan vitamin B12 kerana ikan keli ternyata memiliki nutrisi ini.
Apabila anda memakan ikan keli, tubuh akan menyerap vitamin B12 ini bagi membantu penghasilan DNA, memberi makan sel saraf selain menggalakkan penghasilan sel darah merah normal.
Oleh itu, ikan keli boleh membantu anda untuk mencegah masalah darah ini selain menjadi menu pilihan bagi mereka yang menghidap anemia.
4. Mengurangkan risiko kena strok
Disebabkan ikan keli juga mengandungi kalium, ia boleh membantu anda untuk mengurangkan risiko mengalami strok.
Kalium berperanan menjaga kesihatan otot, saraf dan juga pembuluh darah, sekali gus menurunkan risiko penyakit strok.
Sekiranya kita memakan ikan keli dan mendapat jumlah kalium yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan, maka risiko mendapat penyakit strok juga akan semakin berkurangan.
5.Menjadikan sistem imun lebih kuat
Ikan keli juga mengandungi kandungan protein yang tinggi, dan ini memberikan kesan positif dengan menguatkan sistem imun tubuh.
Sistem imun yang kuat dapat membantu tubuh untuk melawan serangan jangkitan daripada bakteria, virus mahupun parasit yang lain.
Ini akan menjadikan kita tidak mudah untuk jatuh sakit.
Selain itu, protein juga berperanan penting dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Petua Tempoyak Tahan Lama & Tak Berkulat, Barulah Rasa Selamat Nak Buat Stok Banyak-Banyak!

Bila dah datang musim durian ni, hantu durian takkan lepaskan peluang makan raja buah itu bersungguh-sungguh. Maklumlah, buah-buahan bermusim kan? Bila dah datang kenalah manfaat sebaiknya. Hehe.
Dalam dok menikmati durian, pasti anda akan jumpa beberapa buah yang tak berapa elok isinya kan? Mungkin rasanya tawar, atau terlajak lembik. Haaa isi durian begini jangan dibuang pula, sayang tau! Apa kata buat jadi tempoyak. Bila nak makan tinggal masak je ikut menu yang kita suka. Paling tidak, gaul dengan sambal belacan pun sodap!
Yang mana first time nak buat tempoyak tu, boleh cuba cara ni!
RESIPI TEMPOYAK
Bahan-bahan:
Durian
Garam
Cara-cara:
1. Asingkan durian dengan bijinya. Yang ini tempoyak masam tau. Kalau tak nak masam, selepas asingkan biji dengan isi terus simpan dalam bekas dan letak dalam peti sejuk.
2. Masukkan di dalam penapis.
3. Toskan dan biarkan 2 malam. Letak di luar peti ais.
4. Masukkan garam secukupnya jangan terlalu masin. Gaul rata.
5. Akhir sekali simpan dalam balang. Boleh letak penuh sebab gas dia dah keluar. Sebelum tutup bekas, tabur sedikit gula.
Boleh simpan dalam peti ais atau kat luar. Selamat mencuba!
Sumber: Mayang Suri