
Selain baju raya, gaya potongan rambut anak-anak juga selalu diberi perhatian oleh ibu ayah untuk pastikan di Hari Lebaran nanti anak-anak terlihat kemas dan bergaya. Begitulah juga yang dilakukan oleh seorang ibu ini apabila membawa anak lelakinya ke selon rambut.
Nak dijadikan cerita, tukang gunting tersebut telah memotong rambut anaknya mirip gaya perempuan. Dia agak terkejut bila dimaklumkan oleh ibu kanak-kanak tersebut yang anaknya itu adalah lelaki. Comel sungguh kanak-kanak tersebut!
Bila anak potong rambut
Video yang dikongsikan oleh ibu kepada kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Jieha Adon di aplikasi Tik Tok menarik perhatian ramai. Rata-rata netizen memuji betapa anak lelakinya itu sangat comel.
Tanpa mengetahui jantina kanak-kanak itu, tukang gunting rambut telah memotong rambutnya dengan gaya kanak-kanak perempuan. Ini memandangkan rambut sebelumnya agak panjang dan secara tidak langsung tukang gunting beranggapan anaknya itu adalah perempuan.
Dan setelah dimaklumkan bahawa anaknya lelaki menjadikan situasi kelakar di dalam salon. Suasana terasa lucu dirasakan oleh pekerja salon dan pelanggan lain yang ada di situ.
Setelah dimaklumkan, barulah tukang gunting rambut itu memotong semula rambut kanak-kanak tersebut dengan gaya ala-ala Kpop. Barulah anaknya nampak handsome!
Sumber : Jieha Adon
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Jangan Cabut, Bila Tertusuk Pisau. Pegawai Perubatan Ini Beri Panduan Hadapi Kejadian Ini

Ahad lalu, dikhabarkan berita sedih kematian seorang kanak-kanak perempuan baru berusia dua tahun maut selepas tertusuk pisau di perut. Tragedi ini berlaku di rumahnya ketika arwah berlari kearah neneknya yang berada di dapur.
Menurut laporan akhbar, ketika anak kecil ini berlari menuju ke arah neneknya, dia terjatuh dan tertusuk pisau yang berada dalam pinggan itu. Dalam keadaan panik, ahli keluarga arwah, segera menarik keluar pisau sepanjang 15 sentimeter. Arwah, adik Nur Qhaisara Medina Supian, disahkan meninggal dunia di Hospital Parit Buntar.
Walaupun tidak mengenali anak syurga ini, pastinya hati setiap yang membaca berita duka ini, sebak. Malah setiap portal yang menyiarkan berita ini mendapat simpati masyarakat mengenai tragedi duka ini.
Juga turut mendapat perhatian daripada seorang Penolong Pegawai Perubatan, Muhsin Zaidi yang melahirkan rasa simpati atas kejadian yang berlaku. Beliau juga berkongsi tindakan yang harus dilakukan jika melalui situasi sebegini.

Benar, ajal maut itu di tangan Tuhan. Tapi kita disuruh berikhtiar menggunakan ilmu yang ada.
Berita ini benar-benar mencarik hati saya. Saya ada anak perempuan yang sebaya dengan mangsa. Mari kita tengok apa yang boleh kita ambil pengajaran.
Kes ini, seorang kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun maut apabila pisau sepanjang 15cm tertusuk perutnya, masuk rapat hingga ke hulu pisau. Mangsa berlari dan terpijak pinggan yang ada pisau di dalamnya, lalu terjatuh meniarap ke atas pisau. Neneknya yang panik terus MENCABUT pisau itu.
Saya faham keadaan cemas begitu, kadang-kadang kita boleh buat apa sahaja tanpa berfikir dahulu. Panik.
JANGAN sesekali cabut

Ini isunya. Dalam perubatan kecemasan, apabila seseorang itu mendapat luka tusukan dan objek itu masih tertusuk, JANGAN sesekali cabut. Dalam kes ini, dikatakan tertusuk ke perut. Kita tak tahu pisau tu dah tikam organ apa di dalam. Mungkin dah kena limpa, mungkin kena kidney dan yang paling ditakutkan kalau terkena Abdominal Aorta (salur darah bernadi yang paling besar dalam badan). Aorta ni kalau terluka sikit memang memancut darah keluar tak berhenti sampai la darah habis.
Kadang-kadang, walaupun ditikam, tapi perdarahan dalaman masih perlahan kerana objek itu menyekat perdarahan dari luka.
Selagi objek itu tidak ditarik keluar, selagi itu perdarahan masih perlahan.
Kebiasannya, jika pesakit sampai ke hospital dalam keadaan ada objek tertusuk, doktor akan scan dan tengok keterukan tusukan itu. Akan nilai risiko untuk cabut keluar.
Hampir semua kes tusukan di abdomen begini dicabut di dewan bedah, tempat di mana perdarahan akan dikawal secara direct selepas objek itu dicabut.
Ingat, kalau ditikam atau tertusuk, jangan panik, jangan menjerit, jangan meneran dan yang paling penting JANGAN CABUT. Kurangkan pergerakan dan minta bantuan. InsyaAllah anda akan selamat. Jadikan pedoman.
Salam takziah buat keluarga mangsa.
Moga perkongsian bermanfaat bersama.
Sumber: FB Muhsin Zaidi
Ini rahsianya Jika Nak Hasil Goreng Celup Tepung ‘Krup Krap’. Wanita Ni Kongsikan Caranya. Memang Superb!

Setiap kali membeli makanan goreng celup tepung di luar, pasti seronok mengunyah, lebih-lebih lagi apabila mendengar bunyi ‘krup krap.
Bukan mudah sebenarnya nak dapatkan bancuhan goreng celup tepung yang betul-betul melekat dan rangup walaupun sudah sejuk.
Untuk ibu-ibu yang ingin cuba buat sendiri, cuba perkongsian dari Achik Ita Jsd Kelantan ini. Tipnya mudah sahaja, yang penting bahan-bahan yang digunakan mesti betul. Jom semak!
K.cik nk bercerita pasal celup tepung. Ni nak bagi tips ye. Part paling penting ialah bahan-bahan kena betul tau.
Pertama sekali,tepung kena yang terbaik untuk goreng celup tepung. Bagi yang gemar makan cicah habuk halus banyak krup krap. Ini taste bukan goreng ala-ala KL yang takde habuk(serdak) tu ye.
Tepung beras? tahu tak tepung beras ada banyak jenis dan fungsinya. Banyak cap kan, jenama macam-macam, mana satu nak pilih?
Ehhh..jangan, nanti tak menjadi salahkan si pemberi resepi pula,walhal bahan tak kena.
Apa ilmu yang dapat sejak menuntut secara lisan dengan bonda, tepung terbaik untuk celup tepung ialah tepung beras cap 3 teratai. Untuk rapuh,rangup,berabuk banyak. Kalau silap tepung, ada yang jadi tebal, tak berabuk halus dan lemau bila sejuk. Sebab fungsi pun berbeza kan…
Bahan-bahan:
500g tepung beras (kurang pun takpe)
1bj telur
1sk garam
2-3sb gula
1sk serbuk kunyit
Secubit kapur makan
Cara membuat:
♦ Bancuh semua dengan air biasa. Agak-agak warna peach gitu. Part ni ada yang kata guna ais, tapi silap percaturan nanti tak pasal-pasal adunan makin cair. Ingat, ais mencair bukan beku dalam tu.. Tak payh guna ais pun mmg rangup sangat berhabuk banyak tau..
♦ Jadi bila semua bahan sudah betul, lihat pula cara membuatnya. Adunan jangan pekat sangat,jangan cair sangat.
-Minyak wajib banyak,jangan kedekut(deep fried)
-Api wajib api besar (slow-slow kena tinggal)
-Jangan selam lama bahan untuk celup tepung. Nanti adunan mudah pekat
-Jangan simpan lama dalam peti adunan tu. Nak ulang guna wajib bancuhlah sikit, kemudian campur dulu dengan yang sebelum tu
-Jika terlebih kapur,akan berbuih banyak dalam kuali nanti. Jadi, tipsnya,perahkan sikit limau nipis atau limau kasturi. Alkali+acid=neutral balik.
Selamat mencuba!
Sumber: Achik Ita Jsd Kelantan
“Dulu Belajar Di London Tapi Tak Mampu Hadir Majlis Konvo .” Permintaan Bapa Sarung Jubah Konvo Anak Undang Sebak Netizen

Ibu bapa mana yang tak gembira dan bangga bila mana anak yang dididik dan dibesarkan kini sudah mencapai kejayaan. Terasa berbaloi segala pengorbanan yang dicurahkan selama ini baik tenaga, masa mahupun wang ringgit.
Manakala si anak pula bahagia melihat wajah gembira ibu bapa atas kejayaan mereka kecapi. Itulah yang ingin dikongsikan oleh saudara Aiman Hamizan di twitternya baru-baru ini.
Menceritakan kisah sebenar, Aiman berkata, video berkenaan dirakam selepas dia menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Pemasaran ketika majlis konvokesyen di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Shah Alam, Selangor,
Dia memuat naik satu video yang mengundang sebak apabila ayahnya menyuarakan hasrat untuk memakai jubah konvokesyennya. Walaupun video tersebut memperlihatkan bapanya tersenyum disamping memakai jubah serta topi konvokesyen, rata-rata warganet mengakui sebak dengan situasi itu.
“Selain ibu, abah sangat teruja untuk menghadiri majlis konvokesyen saya kerana sudah lama dia menanti saat untuk melihat saya naik ke pentas dan menerima skrol.
“Namun, abah datang sedikit lewat semalam dan selepas majlis konvokesyen selesai, kami sekeluarga berkumpul di luar dewan untuk mengambil gambar bersama.
“Ketika itulah, abah meminta izin untuk memakai jubah dan topi mortar dengan alasan tidak pernah menggayakannya.
“Kata-kata abah itu membuatkan saya tersentuh hingga terus menyarungkan jubah serta topi mortar di kepalanya.
“Saya sempat mengambil gambar dan merakam videonya memakai persalinan itu, tetapi terkejut apabila banyak komen diterima tidak lama selepas memuat naiknya di Twitter,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Aiman, rata-rata komen diterimanya positif dan dia berharap supaya perkongsian itu memberi inspirasi kepada golongan muda untuk menghargai ibu bapa mereka selagi ada.
“Abah pernah menyambung pengajian di London satu ketika dulu, tetapi tidak berpeluang menghadiri majlis konvokesyen kerana masalah kewangan.
“Lagipun, abah anak sulung dalam keluarga jadi dia terpaksa lupakan hasrat untuk ke majlis konvokesyen demi keperluan adik beradik lain.
“Kini, giliran saya bergelar graduan, jadi inilah masanya saya menggembirakan abah dengan memenuhi permintaannya (memakai jubah dan topi mortar).
“Sekurang-kurangnya, saya dapat melaksanakan salah satu impiannya yang dulu tidak kesampaian,” katanya.
Aiman yang juga graduan dari kolej KDU ini telah memuat naik video tersebut petang tadi dan sehingga kini telah menjangkau lebih 12 ribu RT di laman Twitter miliknya.
Abah : “Abah nak cuba boleh? Abah tak pernah pakai.”
😭😭😭😭😭 pic.twitter.com/BSK3AgKrL8
— Aiman (@AimanHamizan) November 16, 2019
Menerusi posting yang dibuat Aiman itu, ramai warganet telah menurunkan komen yang pelbagai di muat naik tersebut.
Rata-rata daripada mereka mengakui sebak melihat telatah bapa pemuda itu dan ada juga yang berkongsi situasi sama seperti dihadapi Aiman semasa bergraduasi.
Same energy :)) pic.twitter.com/AdwEKrXJcO
— Handayani (@Wanitamanismu) November 16, 2019
Sama dengan my mom!! ❤️ pic.twitter.com/PRTlVhxi7G
— husna🌸 (@AsmHsn_) November 16, 2019
Macam ayah beta juga pic.twitter.com/qV9YvgMFG8
— انيق حازيق (@NiqAziq) November 16, 2019
Congrats! Im sure he’s super proud!
— Vanilla R. (@VanilliaReno90) November 16, 2019
Sama! Waktu aku konvo aku cuma ada gambar diorang je dia punya rasa tu sebak gila :,). Macam mana ada 2 baju sebab aku dengan abg aku konvo sekali so yang abg aku, ayah pakai. Yang aku, ibu pakai. Semoga org tua kita semua dipanjangkan umur – Amin 🤲🏻 pic.twitter.com/h4FiOf07fD
— Pika je. (@fykasyafieka) November 16, 2019
Aku tetap akan ingat sampai bila bila moment ni 🤲🏻 :,) pic.twitter.com/Ti4Pz7z7a8
— Pika je. (@fykasyafieka) November 16, 2019
Ma brother heaven is a few steps from you, to anyone who is reading this. Make your parents proud,study hard and get a good job and always make them happy. I guarantee you will be successful. Cause I couldn’t anymore.
— Mirul 🐧 (@mirulrighthere_) November 16, 2019
Sumber: Harian Metro