Bila Anak Nak Kahwin, Kita Sebagai Ibubapa Kena Bijak Urus Wang Hantaran Mereka. Ni Dr Azizul Bagi Triknya!

Share

Bila lihat anak bujang atau anak dara kita semakin dewasa tentunya tidak lama lagi pasti akan tiba masanya untuk mereka pula berkahwin. Dan ketika itu, wang hantaran yang perlu diadakan pastinya banyak jumlahnya.

Namun alangkah ruginya kiranya wang tersebut habis begitu sahaja semata-mata untuk menampong kos majlis gilang gemilang. Jadi apa kata kita ubah corak penggunaan wang  hantaran tersebut dengan cara yang lebih memberi manfaat untuk anak-anak kita agar dapat memulakan hidup sebagai suami isteri menjadi lebih terancang dan selesa.

Bagaimana caranya itu, hadam betul-betul perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad ini, moga bermanfaat.

#TabungKahwin

1. Kita ada satu budaya kahwin, habiskan duit hantaran yang diterima. Ia tiada dalam amalan agama sebenarnya.

2. Duit kenduri harusnya dari ibubapa pengantin sendiri, kenduri atas rasa syukur anak kita bakal dilamar dan jadi raja sehari.

“Ada sikit buat sikit, ada banyak buat banyak. Ikut kemampuan kita”.

3. Selepas kahwin kehidupan lebih mencabar. Jadilah ibu bijak seperti Puan Linda Rahman ini. Ketika orang mintak duit dari kita, kita sediakan panduan atau syarat nak buat apa.

Kita juga ada hak kerana ia duit kita. Jangan nak habiskan begitu saja.

4. Runding secara baik dan bijaksana, santuni rombongan meminang kita dan nyatakan apa yang kita akan buat dengan duit itu.

“Jika dapat duit itu, dijadikan deposit rumah pertama buat mereka. Mereka juga dapat rumah lepas kahwin nanti.”.

“Hantaran ini kami beri dalam bentuk dinar emas, agar lebih terjaga nilainya”.

“Anak saya dah beli rumah, cadangnya nak dijadikan hantaran nanti rumah ini.”.

” Kenduri nie kita buat kecil sahaja, lebih duit nanti untuk mereka mula hidup nantinya”.

“Barang hantaran kita beli mesin basuh, peti sejuk, periuk nasi sebab semua tu nak guna nanti”.

5. Jadi ibubapa yang bijak urus perkahwinan anak kita.

Kahwin itu sekali, biarlah kekal abadi. Bukan meriah, tetapi merempat susah.

Pernikahan tidak saja berisi pelukan tapi juga perkelahian, jika tiada wang.

Sumber : Azizul Azli Ahmad